Kawalan kelahiran, juga dikenali sebagai pencegahan hamil dan kawalan kesuburan, merupakan kaedah atau peranti yang digunakan untuk mencegah kehamilan.[1] Merancang, menyediakan, dan menggunakan kawalan kelahiran disebut perancangan keluarga.[2][3] Kaedah kawalan kelahiran sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi, tetapi kaedah yang efektif dan selamat hanya boleh didapati pada abad ke-20.[4] Beberapa budaya membataskan atau tidak menggalakkan capaian kepada kawalan kelahiran kerana mereka menganggapnya tidak diingini dari segi moral, agama atau politik.[4]

Kaedah kawalan kelahiran yang paling efektif ialah pemandulan dengan cara vasektomi bagi kaum lelaki dan pengikatan tiub bagi kaum wanita, alat kontraseptif dalam rahim (IUD), dan kawalan kelahiran boleh tanam. Ini diikuti oleh sebilangan kaedah berasaskan hormon termasuk pil oral, tampalan, cincin vagina, dan suntikan. Kaedah yang kurang efektif termasuk halangan fizikal seperti kondom, diafragma dan span kawalan kelahiran serta kaedah kesedaran kesuburan. Kaedah yang paling kurang efektif ialah spermisid dan gangguan persetubuhan oleh pasangan lelaki sebelum ejakulasi. Walaupun pemandulan amat efektif, ia biasanya tidak boleh dibalikkan; semua kaedah lain boleh dibalikkan, kebanyakan daripadanya secara serta merta sebaik sahaja berhenti menggunakannya..[5] Seks selamat, seperti menggunakan kondom perempuan atau lelaki juga dapat membantu mencegah jangkitan hubungan seksual.[6][7] Kawalan kelahiran kecemasan dapat mencegah kehamilan dalam beberapa hari selepas hubungan seks yang tidak dilindungi.[8] Sesetengah golongan menganggap tidak membuat hubungan seks sebagai kawalan kelahiran, tapi pendidikan seks penghindaran sahaja boleh meningkatkan kehamilan remaja apabila diberikan tanpa pendidikan tentang kawalan kelahiran disebabkan oleh ketidakpatuhan.[9][10]

Dalam kalangan remaja, kehamilan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk hasil yang lemah. Pendidikan seks yang menyeluruh dan capaian kepada kawalan kelahiran menurunkan kadar kehamilan tidak dingini dalam kelompok umur ini.[11][12] Walaupun semua bentuk kawalan kelahiran boleh digunakan oleh orang-orang muda,[13] kawalan kelahiran tindakan lama boleh dibalikkan seperti implan, IUD, atau cincin vagina memberi manfaat tertentu dalam mengurangkan kadar kehamilan remaja.[12] Selepas bersalin, wanita yang tidak menyusukan anak secara eksklusif boleh hamil semula selepas seawal empat hingga enam minggu. Beberapa kaedah kawalan kelahiran boleh dimulakan serta merta selepas kelahiran, sementara kaedah lain memerlukan masa sehingga enam bulan. Dalam kalangan wanita yang menyusukan anak, kaedah progestin sahaja lebih diutamakan daripada gabungan pil kawalan kelahiran oral. Bagi wanita yang sudah menopaus, mereka dinasihatkan supaya terus mengamalkan kawalan kelahiran selama setahun selepas haid yang terakhir.[13]

Kira-kira 222 juta wanita yang ingin mengelak daripada hamil di negara sedang membangun tidak menggunakan kaedah kawalan kelahiran moden.[14][15] Penggunaan kawalan kelahiran di negara sedang membangun sudah menurunkan bilangan kematian sepanjang atau sewaktu kehamilan sebanyak 40% (kira-kira 270,000 kematian dicegah pada tahun 2008) dan dapat mencegah 70% sekiranya permintaan penuh kawalan kelahiran dipenuhi.[16][17] Dengan memanjangkan masa antara kehamilan, kawalan kelahiran dapat menambah baik hasil kelahiran wanita dewasa dan daya hidup anak-anak mereka.[16] Di negara membangun, pendapatan, aset, berat wanita, dan persekolahan serta kesihatan anak-anak mereka meningkat dengan capaian yang lebih baik kepada kawalan kelahiran.[18] Kawalan kelahiran meningkatkan pertumbuhan ekonomi kerana semakin sedikit bilangan anak yang bergantung kepada mereka, lebih ramai wanita menyertai tenaga kerja, dan kurang menggunakan sumber yang sukar didapati.[18][19]

Rujukan sunting

  1. ^ "Definition of Birth control". MedicineNet. Dicapai pada 9 August 2012.
  2. ^ Oxford English Dictionary. Oxford University Press. June 2012.
  3. ^ World Health Organization (WHO). "Family planning". Health topics. World Health Organization (WHO).
  4. ^ a b Hanson, S.J.; Burke, Anne E. (21 December 2010). "Fertility control: contraception, sterilization, and abortion". Dalam Hurt, K. Joseph; Guile, Matthew W.; Bienstock, Jessica L.; Fox, Harold E.; Wallach, Edward E. (penyunting). The Johns Hopkins manual of gynecology and obstetrics (ed. 4th). Philadelphia: Wolters Kluwer Health/Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 382–395. ISBN 978-1-60547-433-5. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  5. ^ World Health Organization Department of Reproductive Health and Research (2011). Family planning: A global handbook for providers: Evidence-based guidance developed through worldwide collaboration (PDF) (ed. Rev. and Updated). Geneva, Switzerland: WHO and Center for Communication Programs. ISBN 978-0-9788563-7-3.
  6. ^ Taliaferro, L. A.; Sieving, R.; Brady, S. S.; Bearinger, L. H. (2011). "We have the evidence to enhance adolescent sexual and reproductive health--do we have the will?". Adolescent medicine: state of the art reviews. 22 (3): 521–543, xii. PMID 22423463.
  7. ^ Chin, H. B.; Sipe, T. A.; Elder, R.; Mercer, S. L.; Chattopadhyay, S. K.; Jacob, V.; Wethington, H. R.; Kirby, D.; Elliston, D. B. (2012). "The Effectiveness of Group-Based Comprehensive Risk-Reduction and Abstinence Education Interventions to Prevent or Reduce the Risk of Adolescent Pregnancy, Human Immunodeficiency Virus, and Sexually Transmitted Infections". American Journal of Preventive Medicine. 42 (3): 272–294. doi:10.1016/j.amepre.2011.11.006. PMID 22341164.
  8. ^ Gizzo, S; Fanelli, T; Di Gangi, S; Saccardi, C; Patrelli, TS; Zambon, A; Omar, A; D'Antona, D; Nardelli, GB (October 2012). "Nowadays which emergency contraception? Comparison between past and present: latest news in terms of clinical efficacy, side effects and contraindications". Gynecological endocrinology : the official journal of the International Society of Gynecological Endocrinology. 28 (10): 758–63. doi:10.3109/09513590.2012.662546. PMID 22390259.
  9. ^ DiCenso A, Guyatt G, Willan A, Griffith L (June 2002). "Interventions to reduce unintended pregnancies among adolescents: systematic review of randomised controlled trials". BMJ. 324 (7351): 1426. doi:10.1136/bmj.324.7351.1426. PMC 115855. PMID 12065267.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ Duffy, K.; Lynch, D. A.; Santinelli, J. (2008). "Government Support for Abstinence-Only-Until-Marriage Education". Clinical Pharmacology & Therapeutics. 84 (6): 746–748. doi:10.1038/clpt.2008.188. PMID 18923389.
  11. ^ Black, A. Y.; Fleming, N. A.; Rome, E. S. (2012). "Pregnancy in adolescents". Adolescent medicine: state of the art reviews. 23 (1): 123–138, xi. PMID 22764559.
  12. ^ a b Rowan, S. P.; Someshwar, J.; Murray, P. (2012). "Contraception for primary care providers". Adolescent medicine: state of the art reviews. 23 (1): 95–110, x–xi. PMID 22764557.
  13. ^ a b World Health Organization Department of Reproductive Health and Research (2011). Family planning: A global handbook for providers: Evidence-based guidance developed through worldwide collaboration (PDF) (ed. Rev. and Updated). Geneva, Switzerland: WHO and Center for Communication Programs. m/s. 260–300. ISBN 978-0-9788563-7-3.
  14. ^ "Costs and Benefits of Contraceptive Services: Estimates for 2012" (pdf). United Nations Population Fund. June 2012. m/s. 1.
  15. ^ Carr, B.; Gates, M. F.; Mitchell, A.; Shah, R. (2012). "Giving women the power to plan their families". The Lancet. 380 (9837): 80–82. doi:10.1016/S0140-6736(12)60905-2. PMID 22784540.
  16. ^ a b Cleland, J; Conde-Agudelo, A; Peterson, H; Ross, J; Tsui, A (Jul 14, 2012). "Contraception and health". Lancet. 380 (9837): 149–56. doi:10.1016/S0140-6736(12)60609-6. PMID 22784533.
  17. ^ Ahmed, S.; Li, Q.; Liu, L.; Tsui, A. O. (2012). "Maternal deaths averted by contraceptive use: An analysis of 172 countries". The Lancet. 380 (9837): 111–125. doi:10.1016/S0140-6736(12)60478-4. PMID 22784531.
  18. ^ a b Canning, D.; Schultz, T. P. (2012). "The economic consequences of reproductive health and family planning". The Lancet. 380 (9837): 165–171. doi:10.1016/S0140-6736(12)60827-7. PMID 22784535.
  19. ^ Van Braeckel, D.; Temmerman, M.; Roelens, K.; Degomme, O. (2012). "Slowing population growth for wellbeing and development". The Lancet. 380 (9837): 84–85. doi:10.1016/S0140-6736(12)60902-7. PMID 22784542.