Kawasan Chūgoku

(Dilencongkan dari Kawasan Chugoku)

The Kawasan Chūgoku (Jepun: 中国地方, Hepburn: Chūgoku-chihō) atau San'in-San'yō (Jepun: 山陰山陽地方, Hepburn: San'in san'yō-chihō) ialah kawasan paling barat di Honshū, pulau terbesar Jepun. Kawasan ini terdiri daripada wilayah-wilayah Hiroshima, Yamaguchi, Shimane, Tottori, dan Okayama.

Kawasan Chūgoku
中国地方
Kawasan
Kawasan Chūgoku di Jepun
Kawasan Chūgoku di Jepun
Keluasan
 • Jumlah31.921,87 km2 (12.32510 batu persegi)
Penduduk
 (Oktober 1, 2015)
 • Jumlah7.438.037
 • Kepadatan233,0/km2 (6,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+09:00 (JST)

Nama Chūgoku secara harfiahnya bererti "negara tengah", iaitu tinggalan sejarah pembahagian Jepun kepada "negara dekat" (近国 kingoku, kini dikenali sebagai Kinki), "negara tengah" (chūgoku), dan "negara jauh" (遠国 ongoku), berdasarkan jarak dari ibu negara Nara atau Kyoto. Sebetulnya, kawasan Chūgoku hari ini hanya meliputi negeri-negeri tengah di barat Kyoto, sepanjang jalan-jalan San'indō (山陰道) dan San'yōdō (山陽道).

Dalam bahasa Jepun, aksara 中国 dan lafazan Chūgoku juga bermaksud "China". Dua aksara ini digunakan dalam bahasa Cina untuk nama China juga, dengan sebutan Zhōngguó dan erti harfiah "negara tengah".

Untuk membezakan "kawasan Chūgoku" dengan China, kawasan Chūgoku juga dikenali sebagai "San'in-San'yō". San'in (yin gunung) ialah bahagian utara yang menghadap Laut Jepun, iaitu "sebelah utara Pergunungan Chūgoku". San'yō (yang gunung) ialah bahagian selatan yang menghadap Laut Pedalaman, iaitu "sebelah selatan Pergunungan Chūgoku". Nama-nama ini berasal dari konsep yin dan yang, yang mana yin bererti utara gunung atau selatan sungai, manakala yang bererti selatan gunung atau utara sungai.

Rujukan sunting

Koordinat: 35°03′N 134°04′E / 35.050°N 134.067°E / 35.050; 134.067