Kawasan Keselamatan Bersama

Kawasan Keselamatan Bersama (Joint Security Area, JSA), juga dikenali sebagai Perkampungan Damai Panmunjeom (Truce Village of Panmunjeom)[1][2][3] ialah satu-satunya kawasan dalam Zon Bebas Tentera Korea di mana kedua-dua pihak Korea Utara dan Selatan dapat bersemuka secara langsung.

Askar-askar Korea Selatan dalam keadaan bersedia di sebelah selatan Kawasan Keselamatan Bersama. Dewan Panmungak di sebelah Korea Utara dapat dilihat dari jauh.

Kawasan ini digunakan oleh pihak kedua-dua negara Korea untuk tujuan hubungan diplomatik, serta juga tempat berlangsungnya rundingan antara pihak Korea Utara dengan Markas Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga tahun 1991.

Rujukan sunting

  1. ^ "Korea Truce Village At Peace". Spacewar.com. Dicapai pada November 28, 2011.
  2. ^ "Despite tensions, tourists flock to Korean DMZ". MSNBC. 4 November 2006. Dicapai pada November 28, 2011.
  3. ^ "Democratic People's Republic of Korea (DPRK)". Maic.jmu.edu. 7 Disember 1979. Dicapai pada 28 November 2011.