Kawasan perbandaran di Jepun

(Dilencongkan dari Kawasan Perbandaran Jepun)
Bahagian Pentadbiran Jepun
Peringkat Prefektur
Prefektur
(都道府県 todōfuken)
Peringkat Subwilayah
Subwilayah
(支庁 shichō)


Daerah
(郡 gun)

Peringkat Kawasan Perbandaran
Bandar Terancang
(政令指定都市 seirei-shitei-toshi)


Bandar Utama
(中核市 chūkaku-shi)


Bandar Istimewa
(特例市 tokurei-shi)


Bandar
(市 shi)


Wad Istimewa (Tokyo)
(特別区 tokubetsu-ku)


Pekan
(町 chō, machi)


Kampung
(村 son, mura)

Peringkat Subkawasan Perbandaran
Wad
(区 ku)

Jepun terdiri daripada tiga peringkat pentadbiran kerajaan: negara, wilayah dan perbandaran. Negara dibahagikan kepada 47 buah wilayah Jepun. Setiap wilayah Jepun terdapat pelbagai kawasan perbandaran. Di Jepun, terdapat empat jenis kawasan perbandaran iaitu bandar terancang, bandar utama, bandar istimewa, bandar, pekan, kampung serta wad istimewa (ku di Tokyo). Dalam bahasa Jepun, sistem ini dikenali sebagai shikuchōson (市区町村), dimana setiap huruf kanji dalam setiap patah perkataan mewakili satu daripada empat jenis kawasan perbandaran.

Segala bentuk keputusan bagi mendapatkan status kawasan perbandaran (sama ada bandar, pekan, kampung yang berada dalam lingkungan kawasan perbandaran) adalah ditentukan oleh kerajaan di peringkat wilayah. Secara amnya, status bagi sebuah kampung atau pekan boleh dinaik taraf menjadi sebuah bandar jika kadar populasi penduduknya bertambah melebihi 50,000 orang, akan tetapi sesebuah bandar yang telah mendapat status “bandar” boleh (atau tidak perlu) diturunkan statusnya kepada asal (kampung ataupun pekan) jika kadar populasinya kurang daripada 50,000 orang. Bandar yang mempunyai penduduk yang paling sedikit ialah Utashinai, Hokkaidō, yang mempunyai populasi penduduk anggaran 6,000 orang sahaja, manakala sebuah pekan di kawasan wilayah yang sama iaitu Otofuke, Hokkaidō, mempunyai kadar populasi penduduknya hampir 40,000 orang.

Terdapat juga beberapa bandar yang mempunyai pentadbiran subbahagiannya tersendiri, juga dikenali sebagai wad. Akan tetapi wad istimewa di Tokyo bukanlah sebahagian daripada wad didalam lingkungan kawasan perbandaran.

Berikut merupakan senarai bandar-bandar besar:

  • Fukuoka, bandar yang mempunyai penduduk yang paling ramai di kawasan Kyūshū
  • Hiroshima, kawasan bandar industri paling sibuk di kawasan Chūgoku, Honshū
  • Kobe, sebuah kawasan bandar pelabuhan yang besar di Laut Inland, terletak di pusat Honshū berdekatan dengan Osaka
  • Kitakyūshū, sebuah bandar yang mempunyai penduduk lebih daripada satu juta orang di kawasan Kyūshū
  • Kyoto, merupakan bekas ibu negara Jepun, pusat sejarah serta sebuah bandar yang sedang pesat membangun kearah sebuah bandar moden.
  • Nagasaki, sebuah kawasan bandar pelabuhan di kawasan pulau Kyūshū Nagoya, sebuah pusat bandar yang menjadi tumpuan kepada kawasan pembuatan kenderaan bermotor di timur pesisir pantai Honshū
  • Osaka, sebuah bandar yang pesat dengan kawasan pembuatan di sekitar pesisir Laut Inland, Honshū
  • Sapporo, merupakan bandar terbesar di Hokkaidō
  • Sendai, pusat bandar yang terletak di utara-timur Honshū (juga dikenali sebagai kawasan Tōhoku
  • Yokohama, sebuah bandar pelabuhan yang terletak diselatan Tokyo

Perhatian: Ibu negara iaitu Tokyo, tidak lagi mempunyai status sebagai sebuah bandar. Kini wilayah Tokyo terdiri daripada 23 buah wad istimewa, dimana setiap satu bandar, pekan serta kampung (sama ada dikawasan kepuluaun utama ataupun diluar) tidak bergantung daripada mana-mana pihak dalam sistem pentadbirannya. Setiap satu daripada 23 wad istimewa Tokyo juga dikatakan bersamaan dengan sebuah pusat bandar dan kadang-kadang 23 buah wad istimewa ini juga dikenali sebagai sebuah bandar besar. Untuk pengetahuan yang lebih lanjut mengenai bekas bandar-bandar di Tokyo, sila lihat Bandar Tokyo; manakala bagi lanjutan tentang wilayah Tokyo terkini, sila lihat Tokyo

Pengecualian diberikan kepada wad istimewa di Tokyo, kesemua bandar-bandar besar di Jepun adalah bandar terancang yang telah ditetapkan oleh ordinan kerajaan

Lihat Senarai bandar-bandar Jepun untuk melihat senarai bandar-bandar yang lengkap.

Lihat Juga: Bandar Utama

Bukan Kawasan Perbandaran sunting

Huruf kanji yang sama menggunakan perkataan bagi bandar (町) juga kadang-kadang digunakan dalam seksyen alamat rumah di kawasan bandar. Bagi sesetengah kes, sebuah kawasan kampung di kawasan perbandaran Jepun juga mungkin mengandungi sebuah seksyen yang mempunyai jenis yang sama seperti yang ditetapkan. Walaupun dalam huruf kanji adalah sama, tidak satu seksyen pun adalah kawasan perbandaran tersebut. Kadang-kadang nama-nama seksyen ini merupakan sebahagian daripada saki baki yang tinggal hasil daripada gappei (sebuah sistem yang menggabungkan beberapa buah komuniti bagi membentuk sebuah kawasn perbandaran yang besar), dimana nama pekan-pekan lama dikekalkan bagi seksyen di bandar baharu, walaupun proses pembentukkan bandar baharu ini mungkin mempunyai nama yang berbeza.

Subwilayah Jepun adalah cabang pejabat bagi wilayah dan bukannya daripada kawasan perbandaran

Daerah Jepun bukan sebahagian daripada kawasan perbandaran kini, tetapi merupakan nama bagi kumpulan pekan dan kampung

Provinsi Jepun adalah nama geografi bagi kawasan yang bagi wilayah yang mempunyai erti yang sama dan bukannya kawasan perbandaran kini


Rujukan sunting

Lihat Juga sunting

Pautan luar sunting