Kawasan Rekreasi Telaga Simpul

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul merupakan sebuah kawasan rekreasi di daerah Kemaman, Terengganu. Antara tarikan utama disini adalah Telaga Simpul yang mempunyai sejarah tersendiri. Selain itu, Pantai Marina, pantai peranginan untuk melakukan aktiviti riadah dan sebagainya.

Pantai Marina sunting

Pantai Marina ,juga dikenali sebagai Marina Bay merupakan pantai yang terletak di Muara Sungai Kemaman, Kemaman. Terengganu. Terdapat pelbagai kemudahan di pantai ini seperti taman permainanan. Terdapat banyak Pokok Rhu untuk berteduh. Pantai ini menjadi pusat riadah, rekreasi dan pelancongan. Pantai ini juga berhampiran Teluk Kalong.

Telaga Simpul sunting

Telaga simpul merupakan sebuah aliran mata air yang mengalir turun dari atas bukit dan bertakung. Takungan mata air ini telah digunakan oleh penduduk-penduk tempatan dan pelayar yang singgah untuk mandi, membasuh dan juga tujuan bagi air minuman. Ia terletak dipinggir Pantai Marina.

Menurut cerita daripada orang-orang tua, kawasan tersebut pernah menjadi tempat kediaman makhluk halus yang mana penduduk pernah mengadakan urusan pinjam-meminjam tembikar seperti pinggan, mangkuk bagi tujuan kenduri-kendara.

Menurut catatan Abdullah Munsyi dalam buku bertajuk "Kisah Pelayaran Abdullah Munsi ke Kelantan" ada menyebut semasa pelaran balik dari Kelantan, beliau telah singgah di suatu tempat di Kemaman iaitu Telaga Simpul untuk mangambil air minuman dan mandi manda. Semasa di Telaga Simpul, beliau dan awak-awak yang lain telah mandi, orang disitu dimestikan mengambil daun sengkuang yang tumbuh di sekitar itu dan menyimpulnya kemudian diletakkan berhampiran telaga,sekirannya gagal membuat demikian , mereka akan ditimpa bencana.

Pautan luar sunting