Kawasan Stesen Tapak Maxis

(Dilencongkan dari Kawasan Stesyen Tapak Maxis)

Stesen Tapak (Base Station, BS) merupakan komponen antaramuka (interface) yang menghubungkan Stesen Bergerak (Mobile Station, MS) dengan Pusat Pensuisan Bergerak (Mobile Switching Center, MSC).

Satu stesen tapak boleh mempunyai unit kawalan kabin radio,sistem antena, bekalan kuasa dan pencawang data (data terminal). Sebilangan BS diperlukan untuk membekalkan perkhidmatan yang dapat meliputi kawasan pengembaraan pengguna selular.Satu kawasan dalam lingkungan beberapa BS yang disambung ke satu MSC digelar satu kawasan perkhidmatan (service area).

Maxis membahagikan kawasan perkhidmatan di Semenanjung Malaysia kepada empat kawasan bergantung kepada lokasi geografinya, iaitu kawasan tengah (central region), selatan (southern), utara (northern) dan timur (eastern).

Setiap kawasan ini mempunyai bilangan MSC yang berbeza bergantung kepada keamatan trafik dan kepadatan pengguna Maxis. Setakat November 1998, terdapat 7 MSC di kawasan tengah, 1 di selatan, 2 di utara. Tiada MSC di kawasan timur tetapi kebanyakan BS di timur disambung ke MSC di kawasan tengah.

Kebanyakan kawasan tapak bagi Maxis bertindak sebagai BS, tetapi sesetengah tapak juga dilengkapi dengan Pengawal Stesen Tapak (Base Station Controller, BSC) atau Pusat Pensuisan Bergerak (Mobile Switching Center, MSC. Beberapa tapak Maxis juga bertindak sebagai Pengulang (Repeater) bagi gelombang-micro atau RF bagi GSM. Terdapat sejumlah 864 kawasan tapak bagi Maxis yang bertaburan di seluruh kawasan liputan Semenanjung Malaysia sehingga akhir November 1998