Kawasan Undi Perseorangan Punggol Timur

kawasan undi yang sudah dimansuh di Singapura

Koordinat: 1°23′18″N 103°54′18″E / 1.388316°N 103.905029°E / 1.388316; 103.905029

Kawasan Undi Perseorangan Punggol Timur ialah sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di bahagian timur laut Singapura. Sebelum dijadikan sebuah SMC yang tersendiri semasa pilihan raya umum 2011, kawasan Punggol Timur merupakan sebahagian daripada Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pasir Ris-Punggol.

Punggol Timur
  • Cina:榜鹅东单选区/Bǎngé Dōng Dān Xuǎnqū
    Inggeris:Punggol East Single Member Constituency
    Tamil:பொங்கோல் ஈஸ்ட் தனித்தொகுதி/Poṅkōl Īsṭ Taṉit Tokuti
Kawasan Undi Perseorangan
bagi Parlimen Singapura
WilayahTimur laut Singapura
Pengundi35,477 (sebelum dimansuh pada 13 Mac 2020)[1]
Kawasan undi tidak beroperasi
Dibentuk2011
Dimansuh2020
PartiParti Tindakan Rakyat
WakilCharles Chong You Fook (untuk Parlimen 2015-20)
Majlis Bandaran
  • Pasir Ris–Punggol (untuk Parlimen 2011-20)
  • Aljuined–Hougang–Punggol Timur
Digantikan denganKawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sengkang
Ditubuhkan dariPasir Ris-Punggol

Pada 12 Disember 2012, Anggota Parlimen (AP) bagi SMC Punggol Timur pada ketika itu, Michael Palmer meletakkan jawatan sebagai Speaker Parlimen, AP dan ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) setelah mengaku adakan hubungan sulit dengan seorang kakitangan Persatuan Rakyat (PA).[2] Sebuah pilihan raya kecil diadakan pada 26 Januari 2013 akibat pengosongan kerusi parlimen di Punggol Timur. Pada Hari Pengundian, calon Parti Pekerja Lee Li Lian berjaya menewaskan PAP dan dilantik menjadi AP bagi SMC Punggol Timur.[3]

Semasa pilihan raya umum 2015, Charles Chong dari PAP berjaya menawan semula SMC Punggol Tomur, menggantikan Lee Li Lian sebagai AP bagi kawasan undi tersebut.[4]

Punggol Timur akhirnya dimansuh dan diserap ke dalam Kawasan Sengkang. Kemudian sebahagian tempat di Punggol Timur dimasukkan ke dalam wad Rivervale.

Pertandingan pada pilihan raya kecil 2013 sunting

Pada 10 Januari 2013, PAP mendedahkan calonnya untuk PRK, yakni Koh Poh Koon, doktor ahli bedah kolorektum dari Hospital Mount Elizabeth. Parti Pekerja Singapura mencadangkan Lee Li Lian sebagai calon. Ia pernah menjadi calon di PRU 2011 dengan berhasil merebut 41% of suara pengundi, meskipun pada akhirnya ia kalah dari Michael Palmer. Perikatan Demokratik Singapura memasukkan nama Desmond Lim Bak Chuan sebagai kandidat. Lim pernah bertanding untuk kawasan ini juga dan menjadi satu-satunya calon yang kehilangan deposit sebesar SGD$16,000 during kerana hanya sanggup mendapat 4.5% undian. Kenneth Jeyaretnam dari Parti Reform menjadi calon terakhir yang mendaftarkan diri. Parti Demokratik Singapura mula-mula menyatakan keinginannya untuk bertanding namun tidak menunjukkan nama hingga Hari Nominasi Calon.

Anggota Parlimen sunting

Anggota Parlimen Parti Tempoh Nota
Michael Palmer PAP 2011–2012 Meletakkan jawatan ekoran hubungan sulit, mengakibatkan Pilihan raya kecil Punggol Timur
Lee Li Lian WP 2013–2015
Charles Chong You Fook PAP 2015 – Mac 2020

Calon-calon dan keputusan sunting

Pilihan raya pada 2010-an sunting

Pilihan raya 2015: Punggol Timur[5][6]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat Charles Chong You Fook 16,957 51.76% 2.74
Parti Pekerja Singapura Lee Li Lian 15,801 48.24% 4.51
Majoriti 1,156 3.52% 7.25
Jumlah undian sah 32,758 98.86% 0.26
Undian rosak 379 1.14% 0.26
Peratusan mengundi 33,137 96.23% 1.92
Pengundi terdaftar 34,466
PAP tawan daripada WP Ayunan 2.74
Pilihan raya kecil 2013: Punggol Timur[7][8]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Pekerja Singapura Lee Li Lian 16,045 54.50% 13.49
Parti Tindakan Rakyat Koh Poh Koon 12,875 43.73% 10.81
Parti Reform Singapura Kenneth Jeyaretnam 353 1.20% N/A
Perikatan Demokratik Singapura Desmond Lim Bak Chuan 168 0.57% 3.88
Majoriti 2,649 10.77 2.76
Jumlah undian sah 29,441 98.60% 0.34
Undian rosak 418 1.40% 0.34
Peratusan mengundi 29,859 94.34% 0.96
Jumlah pengundi 31,649
WP tawan daripada PAP Ayunan 13.49
Pilihan raya 2011: Punggol Timur[9][10]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat Michael Palmer 16,994 54.54% N/A
Parti Pekerja Singapura Lee Li Lian 12,777 41.01% N/A
Perikatan Demokratik Singapura Desmond Lim Bak Chuan 1,387 4.45% N/A
Majoriti 4,217 13.5% N/A
Jumlah undian sah 31,158 98.26% N/A
Undian rosak 551 1.74% N/A
Peratusan mengundi 31,709 95.28% N/A
Jumlah pengundi 33,281
Parti Tindakan Rakyat menang (kerusi baru)

Rujukan sunting

  1. ^ The Report of the Electoral Boundaries Review Committee (EBRC), 2020 [Laporan pada Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi (EBRC), 2020] (PDF). Jabatan Pilihan Raya (ELD) (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). 13 Mac 2020. m/s. 5. Dicapai pada 27 Januari 2023.
  2. ^ Mohd, Azahar; Kuchit, Adli Yashir (14 Disember 2012). "Peletakan Jawatan Speaker Michael Palmer: Tumpuan ramai beralih pada pilihan raya kecil" (PDF). Universiti Pengurusan Singapura (dalam bahasa (Melayu)). Singapura. Berita Harian Singapura. m/s. 4. Dicapai pada 16 Januari 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Au Yong, Jeremy (26 Januari 2013). "Workers' Party wins Punggol East by-election with 54.52% of valid votes" [Parti Pekerja menang pilihan raya kecil Punggol Timur dengan 54.52% undian sah]. The Straits Times (dalam bahasa (Inggeris)). Singapura. Dicapai pada 16 Januari 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Sim, Royston (12 September 2015). "GE2015: PAP's Charles Chong wins Punggol East SMC with 51.76 per cent of votes" [Charles Chong dari PAP menangi SMC Punggol Timur dengan 51.76 peratus pungutan undi]. The Straits Times (dalam bahasa (Inggeris)). Dicapai pada 22 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ (Inggeris) [1]
  6. ^ (Inggeris) [2]
  7. ^ (Inggeris) [3]
  8. ^ (Inggeris) [4]
  9. ^ (Inggeris) [5]
  10. ^ (Inggeris) [6]