Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Hong Kah

Kawasan undi di kawasan barat Singapura

Koordinat: 1°20′33″N 103°41′30″E / 1.3425866°N 103.6916102°E / 1.3425866; 103.6916102

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Hong Kah adalah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan dengan lima anggota yang terletak di kawasan barat Singapura. Kawasan ini merangkumi Bukit Batok, Chua Chu Kang, bagian atas Bukit Timah, Jurong Barat, dan Lim Chu Kang. GRC Hong Kah dibentuk di tahun 1988 dan dimansuh untuk dimasukkan ke dalam GRC Chua Chu Kang pada tahun 2011. Kawasan ini selalu dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat.

Hong Kah
  • Cina:丰加集选区/Fēng Jiā Jí Xuǎnqū
    Inggeris:Hong Kah group Representation Constituency
    Tamil:ஹொங் கா குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Hoṅ Kā Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahBarat Singapura
Pengundi159,055 (sebelum dimansuh pada 24 Februari 2011)[1]
Kawasan undi tidak beroperasi
Dibentuk1988; 36 tahun yang lalu (1988)
Dimansuh24 Februari 2011; 12 tahun yang lalu (2011-02-24)
Bilangan wakil5
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandaranHong Kah
Digantikan denganGRC CCK dan SMC Hong Kah Utara
Ditubuhkan dariKawasan Undi Bukit Batok dan Hong Kah

Kawasan ini terbagi ke dalam lima wad, yakni Bukit Gombak, Hong Kah Utara, Keat Hong, Nanyang, dan Yew Tee. Di tahun 2001, Bukit Gombak diserap ke dalam GRC Hong Kah.

Kawasan ini menjadi salah satu kawasan dengan ukuran besar kerana kawasan ini merangkumi keseluruhan kawasan barat laut Singapura dan perairan Selat Teberau. Selain itu, kawasan ini juga mensyaratkan kepada parti-parti yang bertanding untuk membawa setidaknya satu kandidat yang punya latarbelakang etnik Melayu.[2]

Sejarah sunting

Pada tahun 1988, GRC Hong Kah terbentuk. Hong Kah Utara mengandung Bukit Gombak dan Tengah (yang sebelumnya disebut sebagai Kampung Hong Kah), Hong Kah Tengah terdiri atas sebagian Kampung Hong Kah dan Jurong Timur (Neighbourhood 3). Hong Kah Selatan terdiri dari Jurong Barat (Neighbourhood 4 & 5).

Tahun 1991, GRC Hong Kah dibentuk semula. Hong Kah Selatan mengandungi Jurong Barat Neighbourhood 4 dan 5, Hong Kah Timur terdiri dari Jurong Timur Neighbourhood 3 dan Kampung Hong Kah, Hong Kah Utara merangkumi Bukit Gombak dan Tengah, sedangkan Hong Kah Barat membawahi Jurong Barat Neighbourhood 7 dan 8.

Di tahun 1997, GRC Hong Kah berubah lagi. Nanyang (Jurong Barat Neighbourhood 9) diukir dari Hong Kah Barat, SMC Jurong dan Yew Tee (Chua Chu Kang N5-N7, Lim Chu Kang) dikeluarkan dari SMC Chua Chu Kang.

Untuk tahun 2001, wad Hong Kah Timur berubah nama menjadi Jurong Tengah di bawah GRC Jurong. Sebagai gantinya, wad Hong Kah Barat digabung dengan Hong Kah Utara, dan Keat Hong terukir keluar dari Hong Kah Utara, Yew Tee dan Chua Chu Kang.

Menjelang pilihan raya umum Singapura 2011, GRC Hong Kah dimansuh. Wad-wad yang ada dimasukkan ke dalam Kawasan Undi Perseorangan Hong Kah Utara sedangkan wad Bukit Gombak, Keat Hong, Nanyang dan Yew Tee digabung bersama dengan SMC Chua Chu Kang ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Chua Chu Kang.

Anggota Parlimen sunting

Pilihan raya Wad Penyandang Parti
2006
  • Yew Tee
  • Hong Kah Utara
  • Bukit Gombak
  • Keat Hong
  • Nanyang
PAP
2001
  • Yew Tee
  • Hong Kah Utara
  • Bukit Gombak
  • Keat Hong
  • Nanyang
1997
  • Yew Tee
  • Hong Kah Utara
  • Hong Kah Timur
  • Hong Kah Barat
  • Nanyang
  • Yeo Cheow Tong
  • John Chen Seow Phun
  • Kenneth Chen Koon Lap
  • Harun bin Abdul Ghani
  • Peter Chen Min Liang
1991
  • Hong Kah Selatan
  • Hong Kah Utara
  • Hong Kah Timur
  • Hong Kah Barat
  • Yeo Cheow Tong
  • John Chen Seow Phun
  • Kenneth Chen Koon Lap
  • Harun bin Abdul Ghani
1988
  • Hong Kah Selatan
  • Hong Kah Utara
  • Hong Kah Tengah

Calon-calon dan keputusan sunting

Pilihan raya pada 2000-an sunting

Pilihan raya 2006: GRC Hong Kah[3][4]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat Tak tertanding
Pengundi terdaftar 144,677
PAP kekal Peralihan
Pilihan raya 2001: GRC Hong Kah[5][6]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 96,450 79.74% 10.74
Parti Demokratik Singapura
  • Cheo Chai Chen
  • Bryan Lim Boon Heng
  • Arthero Lim Tung Hee
  • Sarry bin Hassan
  • Wong Hong Toy
24,513 20.26%
Majoriti 71,937 59.47% 21.47
Jumlah undian sah 120,963 97.75% 0.25
Undian rosak 2,786 2.25% 0.25
Peratusan mengundi 123,749 95.88% 1
Pengundi terdaftar 129,073
PAP kekal Peralihan 10.74

Pilihan raya pada 1990-an sunting

Pilihan raya 1997: GRC Hong Kah[7][8]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 82,182 69%
Parti Perpaduan Nasional (Singapura)
36,920 31%
Majoriti 45,262 38%
Jumlah undian sah 119,102 98%
Undian rosak 2,431 2%
Peratusan mengundi 121,533 96.88%
Pengundi terdaftar 125,452
PAP kekal Peralihan
Pilihan raya 1991: GRC Hong Kah[9][10]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat Tak tertanding
Pengundi terdaftar 64,712
PAP kekal Peralihan

Pilihan raya pada 1980-an sunting

Pilihan raya 1988: GRC Hong Kah[11][2]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat Tak tertanding
Pengundi terdaftar 65,538
Parti Tindakan Rakyat menang (kerusi baru)

Rujukan sunting

  1. ^ The Report of the Electoral Boundaries Review Committee (EBRC), 2011 [Laporan pada Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi (EBRC), 2011] (PDF). Jabatan Pilihan Raya (ELD) (Laporan) (dalam bahasa (Inggeris)). 24 Februari 2011. m/s. 5. Dicapai pada 10 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b (Inggeris) [1]
  3. ^ (Inggeris) [2]
  4. ^ (Inggeris) [3]
  5. ^ (Inggeris) [4]
  6. ^ (Inggeris) [5]
  7. ^ (Inggeris) [6]
  8. ^ (Inggeris) [7]
  9. ^ (Inggeris) [8]
  10. ^ (Inggeris) [9]
  11. ^ (Inggeris) [10]