Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Moulmein-Kallang

kawasan undi yang sudah dimansuh di Singapura

Koordinat: 1°19′18″N 103°52′13″E / 1.3217662°N 103.8702289°E / 1.3217662; 103.8702289

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan MoulmeinKallang ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan yang terdiri dari empat Anggota Parlimen yang berada di tengah-tengah Singapura. Kawasan ini berwujud dari tahun 2011 hingga 2015.

Moulmein-Kallang
  • Cina:摩棉-加冷集选区/Mómián-Jiālěng Jí Xuǎnqū
    Inggeris:Moulmein-Kallang Group Representation Constituency
    Tamil:மோல்மின்-காலாங் குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Mōlmiṉ-Kālāṅ Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti[1]
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahTengah Singapura
Pengundi87,988 (sebelum dimansuh pada 24 Julai 2015)[2]
Kawasan undi tidak beroperasi
Dibentuk2011; 13 tahun yang lalu (2011)
Dimansuh2015; 9 tahun yang lalu (2015)
Bilangan wakil4
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandaranMoulmein-Kallang (untuk Parlimen 2011-15)
Digantikan denganGRC Jalan Besar dan GRC Tanjong Pagar
Ditubuhkan dariGRC Jalan Besar dan GRC Tanjong Pagar

GRC ini berwujud sebagai persiapan PRU 2011, menyerap sebagian besar Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jalan Besar serta memasukkan wad Moulmein yang ada di GRC Tanjong Pagar. GRC ini dimansuh pada PRU 2015 kerana kawasan ini dibalik ke kawasan-kawasan undi yang berwujud sebelum PRU 2011. Hanya wad Jalan Besar yang dibubarkan dan dimasukkan ke Kampong Glam dan Kreta Ayer-Kim Seng (Jalan Boon Keng Atas/Lorong 1 Geylang/Lorong 3 Geylang).

GRC Moulmein–Kallang GRC dipimpin oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan serta Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, yakni Yaacob Ibrahim, dan Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew. Dua menteri ini bersara dari politik sejak 2020. Hanya Denise Phua dan Edwin Tong yang tetap bertahan dengan menjadi AP untuk kerusi Kampong Glam dan Joo Chiat.

Kawasan ini dipertandingkan di tahun 2011 dengan melibatkan penjawat PAP dan WP. NSP sempat menyatakan minatnya untuk bertanding di kawasan ini namun memutuskan untuk bertanding di kawasan lain bagi menghindari persaingan tiga calon.[3] PAP berhasil merebut 44,828 atau 58.56% jumlah suara sah. Secara kebetulan perolehan ini menjadi raihan tertinggi PAP di kawasan undi yang ditantang oleh WP.

Anggota-Anggota Parlimen sunting

Pilihan Raya Wad Penyandang Parti
2006 PAP
Pembentukan
2011
  • Jalan Besar
  • Kampong Glam
  • Kolam Ayer
  • Moulmein
PAP
Pembubaran
2015
  • Whampoa (GRC Jalan Besar)
  • Kolam Ayer (GRC Jalan Besar)
  • Kampong Glam (GRC Jalan Besar)
  • Moulmein-Cairnhill (GRC Tanjong Pagar)
PAP

Tanggungjawab operasi sunting

Selepas PRU 2015, wad Moulmein berubah dan dibagi menjadi empat bahagian:

  • Blok 677 & 681-85 Jalan Perumal dan Jalan Race Course, Jalan Tessensohn dan Jalan Kent Blok 51–54 dipindah ke GRC Jalan Besar.[perlu rujukan]
  • Jalan Moulmein Blok 69, Hospital Tan Tock Seng, Novean, dan Balestier dipindah ke GRC Bishan–Toa Payoh.[perlu rujukan]
  • Jalan Adam (Estet Eng Neo, Dunearn dan Watten) dipindah ke GRC Holland–Bukit Timah.[perlu rujukan]
  • Sisanya dipindah ke GRC Tanjong Pagar dan menjadi wad Moulmein-Cairnhill, yang menyerap separuh utara daripada Tanglin-Cairnhill.[perlu rujukan]

Calon-calon dan keputusan sunting

Pilihan raya pada 2010-an sunting

PRU 2011: GRC Moulmein–Kallang[4][5]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 44,886 58.55%
Parti Pekerja (Singapura)
  • Mohd Rahizan bin Ya’acob
  • Toh Hong Boon
  • L Somasundaram
  • Frieda Chan Sio Ping
31,773 41.45%
Majoriti 13,113 17.10%
Jumlah undian sah 76,659 97.88%
Undian rosak 1,659 2.12%
Peratusan mengundi 78,318 89.41%
Pengundi terdaftar 87,595
Parti Tindakan Rakyat menang (kerusi baru)

Rujukan sunting

  1. ^ "அரசியலில் இருந்து விடைபெறுகிறார் டாக்டர் யாக்கோப் இப்ராகிம்" [Dr. Yaacob Ibrahim mengucapkan selamat tinggal kepada politik]. Tamil Murasu (dalam bahasa (Tamil)). Singapura. 24 Jun 2020. Dicapai pada 13 Jun 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ The Report of the Electoral Boundaries Review Committee (EBRC), 2015 [Laporan pada Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi (EBRC), 2015] (PDF). Jabatan Pilihan Raya (ELD) (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). 24 Julai 2015. m/s. 5. Dicapai pada 27 Januari 2023.
  3. ^ "GE NSP drops out of Moulmein-Kallang GRC contest". CNA (dalam bahasa (Inggeris)). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ (Inggeris) [1]
  5. ^ (Inggeris) [2]