Kaya (album 1996)

Kaya adalah sebuah album studio berkonsepkan pop etnik yang disulamkan dengan irama rock nyanyian penyanyi popular Aris Ariwatan yang diterbitkan pada tahun 1996. Ini adalah album studio kelima dan terakhir daripada penyanyi itu. Album ini mencipta kontroversi apabila Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia melalui Anugerah Industri Muzik serta penganjur Anugerah Juara Lagu tidak dapat mengkelaskan secara pasti genre muzik yang diperdengarkan dalam album ini terutama lagu single utamanya, "Cinta Tak Kenal Siapa" yang mencampurkan bunyian masri, langgam dan slow rock. Lagu tersebut juga berjaya mara ke peringkat separuh akhir Irama Malaysia Muzik Muzik namun gagal ke Anugerah Juara Lagu ke-11 sementara album ini keseluruhannya dicalonkan untuk kategori Album Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik pada edisi ke keempat penganjurannya. Untuk kedua-dua anugerah tersebut, Aris tewas kepada penyanyi irama tradisional terkenal ND Lala.

Kaya
Album studio oleh Aris Ariwatan
Dikeluarkan pada1996 (1996)
Dirakam padaNov 95 - Mar 96
GenrePop Etnik, Malay, Rock
SyarikatEMI
PenerbitAris Ariwatan
Kronologi Aris Ariwatan
"Aris"
(1994)
"Kaya"
(1996)
Single dari album Kaya
  1. "Cinta Tak Kenal Siapa"
    Tarikh keluaran: 20 Mei 1996
  2. "Kaya"
    Tarikh keluaran: 27 Jun 1996
  3. "Anak Malaysia"
    Tarikh keluaran: 14 Ogos 1996
  4. "Lafaz Kasmaran"
    Tarikh keluaran: 15 November 1996
  5. "Kata-kata Berharga"
    Tarikh keluaran: 2 Februari 1997

Album ini merupakan kali kedua Aris sendiri menggalas tugas sebagai penerbit di bawah seliaan syarikat rakaman EMI Music. Mengulangi kerjasama terdahulu bersama komposer Saari Amri, kali ini Aris menampilkan kelainan menerusi lagu single utamanya yang menjuarai pelbagai carta radio tempatan dan Indonesia. Lagu-lagu lain juga popular seperti lagu berentak reggae "Kaya" yang sering diputarkan hingga kini. Lagu "Anak Malaysia" pula mula dipromosikan ketika sambutan Hari Kebangsaan 1996 merupakan antara lagu patriotik yang masih diingati hingga kini.

ProduksiSunting

Penerbit: Aris Ariwatan
Penyelaras Promosi: Mas Omar
Studio: King Studio: Jururakam :Reza / Mat / Ramlan
Juruadun: Nelson

Senarai LaguSunting

# Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Masa
1 "Cinta Tak Kenal Siapa" Saari Amri Aris & Idzahar
2 "Lafaz Kasmaran" Aris & Firdaus Mahmud Azam Dungun
3 "Kamus Hidup" Aris Aris
4 "Kata-kata Berharga" Aris & Joe Wings Kamal Halim
5 "Antara Marah & Tawa" menampilkan Mac Rahayu Aris Maria
6 "Kurnia Hidayat" Aris & Firdaus Mahmud Aris
7 "Padang Rindu" To'ki Firdaus
8 "Maya Romantika" Aris Aris, Joe Wings & Eddie Wings
9 "Anak Malaysia" Aris Aris
10 "Kaya" Aris Aris


RujukanSunting