Keadaan jirim merupakan bentuk tersendiri dalam fasa jirim berlainan berlaku. Pepejal, cecair, gas dan plasma merupakan keadaan paling biasa jirim di Bumi. Selain itu, terdapat beberapa jenis keadaan jirim perantaraan yang wujud, serta keadaan-keadaan yang hanya wujud dalam persekitaran melampau.

Keadaan jirim lazimSunting

Keadaan jirim lazim terbahagi kepada empat, iaitu pepejal, cecair, gas dan plasma.

PepejalSunting

Dalam keadaan pepejal, daya intermolekul menyebabkan zarah-zarah berada dalam kedudukan yang rapat dan tetap; zarah-zarah hanya boleh bergetar pada kedudukan masing-masing. Dalam pepejal berhablur, zarah-zarah tersusun dalam suatu susunan yang bercorak berulang-ulang. Struktur hablur pepejal adalah pelbagai, dan satu jenis pepejal boleh memiliki pelbagai jenis struktur hablur.

CecairSunting

Cecair ialah sejenis bendalir yang menuruti bekas yang menampung cecair, tetapi masih memiliki isi padu yang hampir malar tanpa mengira tekanan. Dalam cairan, daya-daya antara molekul menyebabkan zarah-zarah tetap berada berdekatan, namun tidak ada hubungan ruang yang tetap.

GasSunting

Gas ialah sejenis bendalir yang boleh dimampatkan. Gas boleh menuruti bekas yang menampung jirim dan mengembang mengikut saiz bekas. Dalam keadaan gas, zarah-zarah lebih terpisah dan daya tarikan antara molekul relatif tidak memengaruhi pergerakan zarah.

PlasmaSunting

Plasma ialah sejenis gas yang sangat terion yang wujud pada suhu tinggi. Daya antara molekul yang terhasil oleh daya tarikan dan tolakan ion-ion memberikan keadaan ini sifat-sifat yang berbeza sehingga plasma dideskripsikan sebagai wujud zat keempat. Kebanyakan jirim barion di dalam alam semesta berada dalam wujud plasma panas, baik sebagai medium antara najam mahupun sebagai bintang.

RujukanSunting

BibliografiSunting

  • D.L. Goodstein (1985). States of Matter. Dover Phoenix. ISBN 978-0486495064.
  • A.P. Sutton (1993). Electronic Structure of Materials. Oxford Science Publications. halaman 10–12. ISBN 978-0198517542.

Pautan luarSunting

Deletar>