Keajaiban ekonomi Jepun pascaperang

Keajaiban ekonomi Jepun pascaperang adalah nama yang diberikan kepada fenomena sejarah rekod zaman pertumbuhan ekonomi Jepun setelah Perang Dunia Kedua; yang didorong terutama oleh pelaburan Amerika Syarikat serta sebahagian oleh amalan intervensionisme ekonomi pemerintah Jepun, khususnya melalui MITI.[1] Ciri khusus ekonomi Jepun selama tahun-tahun "keajaiban ekonomi", antara lain meliputi: kerjasama antara para pengeluar/pengilang, pembekal, pengedar, dan bank dalam suatu kelompok yang terjalin erat (keiretsu); kesatuan pekerja perusahaan yang kuat dan shuntō; hubungan yang baik dengan birokrat kerajaan, dan jaminan pekerjaan seumur hidup (shūshin koyō) di perusahaan-perusahaan besar serta kilang-kilang yang memiliki kesatuan pekerja kolar-biru yang kuat. Sejak tahun 1993, syarikat-syarikat Jepun telah mulai meninggalkan sebahagian norma-norma tersebut dalam usaha untuk meningkatkan keberuntungan dan kecekapan.

World Trade Center di Osaka, sebuah simbol kekuatan kewangan keiretsu.

Rujukan sunting

  1. ^ Ellington, Lucien. "Learning from the Japanese Economy," Japan Digest, 2004.

Pautan luar sunting