Kealiran elektrik adalah ukuran kemampuan suatu bahan untuk menghantarkan arus elektrik. Jika suatu beza keupayaan elektrik ditempatkan pada setiap hujung sebuah pengalir, casnya akan berpindah, menghasilkan arus elektrik. Kealiran elektrik ditakrifkan sebagai nisbah ketumpatan arus terhadap kekuatan medan elektrik :

.

Pada beberapa jenis bahan dimungkinkan mempunyai kealiran elektrik yang anisotrop. Lawan kepada kealiran elektrik adalah kerintangan elektrik atau biasa disebut sebagai kerintangan saja, iaitu

.

Beberapa kealiran elektrikSunting

Kealiran elektrik

(S·m-1)

Suhu(°C) Catatan
Perak 63.01 × 106 20 Kealiran tertinggi dari semua logam
Kuprum 59.6 × 106 20
Kuprum sepuh lindap 58.0 × 106 20 Dirujuk sebagai 100% IACS atau International Annealed Copper Standard (Piawaian Kuprum Sepuh Antarabangsa). Unit bagi menyatakan kealiran bahan bukan magnet adalah dengan menggunakan kaedah arus pusar. Lazimnya digunakan untuk pewajaan dan pengesahan aloi untuk Aluminium.
Aluminium 37.8 × 106 20
Air laut 5 23 Rujuk ke http://www.kayelaby.npl.co.uk/general_physics/2_7/2_7_9.html (Inggeris) untuk lebih lanjut kerana terdapat pelbagai nilai bagi air laut.

5(S·m-1) adalah untuk purata kemasinan bagi 35 g/kg pada lebih kurang 23(°C) Hak cipta bahan berpaut boleh ditemui di sini http://www.kayelaby.npl.co.uk/copyright/

Air minum 0.0005 to 0.05 Julat nilai ini adalah untuk air minum berkualiti tinggi dan bukan penunjuk mutu air
Air terion 5.5 × 10-6 Berubah kepada 1.2 × 10-4 dalam air tanpa kehadiran gas; lihat J. Phys. Chem. B 2005, 109, 1231-1238