Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah 2017

Pada 14 September 2017, kira-kira jam 5.10 pagi, satu kejadian kebakaran telah berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, iaitu sebuah madrasah tahfiz lelaki di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, yang menyebabkan 23 orang penghuni yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan dua orang guru terbunuh, manakala lima orang penghuni lagi dilaporkan tercedera.[4]

Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah
Tarikh14 September 2017; 6 tahun yang lalu
Masa5:10 pagi (WPM)
LokasiKampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′08″N 101°43′58″E / 3.1688°N 101.7328°E / 3.1688; 101.7328Koordinat: 3°10′08″N 101°43′58″E / 3.1688°N 101.7328°E / 3.1688; 101.7328
PenyebabPembakaran sengaja yang bermula daripada ejek-ejekan antara pihak suspek dengan penghuni tahfiz kerana terlihat suspek menghisap dadah.[1][2][3]
Kematian23
Kecederaan5
Suspek7

Menurut siasatan polis, insiden bermula apabila berlaku ejek-mengejek antara sekumpulan pelajar tahfiz yang tinggal di sana, dan tujuh orang remaja lelaki bersuai 11 hingga 18 tahun yang menceroboh kawasan berkenaan untuk menghisap dadah, memaksa mereka membakarnya sekaligus. Kesemua suspek juga telah dibuang sekolah akibat pelbagai salah laku disiplin yang serius ketika mereka masih bersekolah. Punca lain yang membawa kepada kejadian ini termasuk serangan mercun ke atas pelajar tahfiz dari madrasah yang sama oleh suspek yang sama dan pertelingkahan antara dua pihak tentang siapa yang akan mengendalikan gelanggang futsal.

Latar belakang sunting

Api kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua dan teratas bangunan madrasah tersebut. Selepas itu, api tersebut merebak dengan cepat ke seluruh bangunan sehingga menghalang satu-satunya pintu masuk dan menyebabkan penghuni-penghuni madrasah tersebut terperangkap sehingga mereka tidak dapat menyelamatkan diri. Tambahan pula, tingkap-tingkap di bangunan tersebut dipasang dengan jeriji-jeriji yang menyukarkan kebanyakan penghuni untuk menyelamatkan diri masing-masing.[5] Saksi-saksi berdekatan melaporkan bahawa mereka terbangun pada awal waktu subuh setelah terdengar tangisan para pelajar yang terperangkap di dalam bangunan madrasah tersebut dan cuba menyelamatkan penghuni yang terperangkap namun tidak dapat berbuat demikian kerana api merebak dengan sungguh pantas. Penghuni yang terselamat pula dikatakan berjaya menyelamatkan diri dengan melompat terus ke atas tanah sementara yang lain pula melalui saluran paip air pada bangunan tersebut. Api kebakaran akhirnya berjaya dipadamkan oleh pihak bomba pada kira-kira jam 6.40 pagi.[4][6]

Mangsa sunting

Seramai 23 orang yang terbunuh dalam insiden ini, kebanyakannya pelajar dan dua orang guru. Nama dan umur mereka seperti yang tertera di bawah:[7][8]

  1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
  12. Umar Al Khatab Helmi, 6
  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
  14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
  15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
  16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
  17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
  18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
  19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
  20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
  21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
  22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
  23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Siasatan dan penangkapan sunting

Siasatan telah dijalankan oleh pihak polis dan bomba bagi mencari dan mengenal pasti punca kebakaran. Pada awalnya, pihak bomba mengatakan bahawa kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas.[9] Namun, setelah siasatan penuh dilakukan dan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berdekatan diteliti, beberapa orang suspek dikenal pasti menceroboh kawasan bangunan PPIM sebelum ke kawasan madrasah tahfiz tersebut yang bersebelahan pada pukul 3.10 pagi. Melalui rakaman CCTV lain yang diambil dari lima buah stesen minyak terdekat pula, terdapat kelibat dua orang lelaki mencurigakan menaiki motorsikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol pada jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan.[10][11]

Pada 16 September 2017, tujuh orang suspek yang dikenal pasti terlibat dengan kebakaran tersebut telah ditahan di lokap Balai Polis Jinjang, manakala mangsa yang terselamat pula ditahan di khemah Kementerian Pertahanan yang terletak di luar madrasah sebelum ditempatkan di premis rahsia di sekitar Keramat pada hari sebelumnya, 15 September 2017. Bilangan yang terselamat turut dirahsiakan pada awalnya, dan hanya waris terdekat sahaja dibenarkan masuk. Langkah ini bertujuan melindungi mangsa daripada didekati oleh pihak luar.[12]

Menurut satu sidang khas oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, suspek-suspek dipercayai bertindak membakar pusat tahfiz tersebut akibat perasaan dendam yang muncul daripada insiden ejek-ejekan antara penghuni tahfiz dengan pihak suspek. Menurut beliau, enam daripada tujuh orang suspek disahkan positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kesalahan merusuh dan mencuri kenderaan. Suspek-suspek tersebut berumur antara 11 hingga 18 tahun.[13]

Reaksi sunting

Insiden kebakaran ini telah mendapat perhatian yang amat meluas dalam kalangan pihak kerajaan, orang awam dan juga pihak luar negara.

Pihak kerajaan sunting

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi merupakan yang terawal tiba di kawasan kejadian pada waktu petang hari kejadian. Beliau telah menyebut tentang masalah kekurangan kawalan dan latihan pusat-pusat tahfiz yang menyebabkan pelbagai insiden yang melibatkan pusat tahfiz seperti kejadian kebakaran dan penderaan serta pembukaan madrasah dan pelantikan ustaz tanpa kelayakan yang sah.[14]

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pula melahirkan rasa kesal kerana insiden itu seolah-olah menunjukkan bahawa tiada pengajaran yang diambil daripada insiden yang serupa pada tahun 1989.[14]

Pihak antarabangsa sunting

Selain Malaysia, kebakaran ini juga mendapat perhatian pihak media antarabangsa seperti AFP, BBC, CNN, The Telegraph dan Hindustan Times. Perbadanan berita Al-Jazeera pula menyifatkan insiden tersebut sebagai "kebakaran paling dahsyat dalam beberapa dekad di Malaysia". Pihak-pihak media lain seperti NHK dan Deccan Herald turut melaporkan kebakaran tersebut.[15][16]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Dendam sampai bakar tahfiz". HM Online. 2017-09-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2017. Dicapai pada 2017-09-16.
  2. ^ Abdul Hakim Rahman; Hafiz Marzukhi (16 September 2017). "Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2017. Dicapai pada 16 September 2017.
  3. ^ "Malaysia school fire: Seven youths arrested over blaze were 'mocked by students', police say" [Kebakaran sekolah Malaysia: Tujuh orang pemuda ditahan akibat kebakaran 'dimomokkan oleh para pelajar', kata polis]. ABC. 16 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2020. Dicapai pada 16 September 2017.
  4. ^ a b "Pusat tahfiz terbakar: 23 maut, empat serius". Astro Awani. 14 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2017.
  5. ^ Latif, Rozanna (14 September 2017). "Boys 'cried from barred windows' as Islamic school blaze kills 23 in Malaysia" [Laki-laki 'menangis dari tingkap terhalang' apabila kebakaran sekolah Islam mengorbankan 23 orang di Malaysia]. Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2017.
  6. ^ "Pusat tahfiz terbakar: 'Ada yang menggelungsur dari saluran paip air' - Saksi". Astro Awani. 14 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2020.
  7. ^ "Senarai mangsa terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz". Berita Harian. 14 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2017. Dicapai pada 16 September 2017.
  8. ^ "Senarai mangsa terkorban". Utusan Malaysia. 14 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2017. Dicapai pada 16 September 2017.
  9. ^ "Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]". HM Online. 2017-09-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2020. Dicapai pada 2017-09-16.
  10. ^ "Cari pembeli petrol". HM Online. 2017-09-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-16. Dicapai pada 2017-09-16.
  11. ^ "Kebakaran pusat tahfiz, 7 ditahan". BH Online. 2017-09-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-17. Dicapai pada 2017-09-16.
  12. ^ "Mangsa terselamat di lokasi rahsia". HM Online. 2017-09-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-16. Dicapai pada 2017-09-16.
  13. ^ Hafiz Marzukhi, Abdul Hakim Rahman (16 September 2017). "Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2020.
  14. ^ a b "After Malaysia fire, outrage over unregulated religious schools" [Selepas kebakaran di Malaysia, timbul kemarahan berkenaan sekolah agama tak terkawal]. Reuters, Bangkok Post. 15 September 2017.
  15. ^ "Kebakaran pusat tahfiz disifatkan paling dahsyat - Media antarabangsa". Bernama, Astro Awani. 14 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2017.
  16. ^ "マレーシアの学校で火事 生徒ら23人死亡" [Kebakaran di sekolah Malaysia, 23 orang maut]. NHK. 14 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2017.

Pautan luar sunting