Kebakaran Dhaka 2010

Kebakaran Dhaka 2010 berlaku di Nimtoli, Dhaka, ibu negara Bangladesh, pada 3 Jun 2010 dan mengorbankan sekurang-kurangnya 117 orang.[1]

Sekumpulan orang meninjau bangunan terbakar (di tengah) sehari selepas kejadian

Punca sunting

Kebakaran berpunca daripada transformer elektrik yang meletup di bandar itu. Ketua Bomba menyatakan api bermula daripada bahan kimia dan produk lain yang mudah terbakar yang disimpan di dalam sebuah stor kedai. Perumahan yang padat menyulitkan petugas pemadam kebakaran untuk memadamkan api. Api menjulang tinggi sehingga 3,000 kaki bagai aliran lanar gunung berapi.

Kebakaran kerap berlaku di Dhaka terutama di kawasan miskin di tengah bandar itu. Tetapi kali ini yang terbesar dalam sejarah. Kawasan perumahan dan setinggan yang terpadat di dunia itu mudah dijilat api. Bahan-bahan membuat rumah diperbuat daripada bahan mudah terbakar.

Korban sunting

Penduduk terperangkap di dalam apartmen. Api mula pada 10.30 petang selama tiga jam. 116 orang terbunuh dan lebih dari 100 luka terbakar. Kebanyakan mangsa adalah tetamu majlis perkahwinan di situ. Pengantin perempuan terselamat kerana masih diandam oleh kedai salon. Bapa pengantin Mohammad Gulzarmasih keliru dengan kejadian itu.

Mangsa dirawat di Hospital Dhaka Medical College.Punca utama kematian dan kecderaan ialah lemas dalam asap kebakaran. Sepatutnya sewaktu kebakaran mangsa hendaklah menyelamatkan diri dengan merangkak-rangkap kerana oksigen berada di bawah gas karbon dioksida dan karbon monoksida. Gas lain biasanya lebih ringan berbanding dengan oksigen.

Reaksi sunting

Sheikh Hasina Wazed selaku Perdana Menteri Bangladesh memerintahkan siasatan segera dilakukan. Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. 5 Jun 2010 diumumkan sebagai hari berkabung. Bendera dikibarkan separuh tiang pada hari Sabtu. Pasukan kriket Bangladesh yang bertanding di Britain akan memakai lilitan toha berwarna hitam di lengan mereka.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Farid Hossain (4 Jun 2010). "Bangladesh fire races through buildings, kills 117". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-05. Dicapai pada 2010-07-19.
  2. ^ Massive Fire Kills More Than 100 in Bangladesh