Kebakaran hutan negeri Washington 2015

Siri kebakaran hutan negeri Washington 2015 telah bermula sejak 28 Jun, 2015, dan masih berlaku di beberapa bahagian di negeri Washington, Amerika Syarikat. Sejak Setakat Ogos 21, 2015 seramai 3,000 ahli bomba telah dikejarkan ke kawasan dilanda kebakaran untuk memadam kebakaran hutan yang mencecah keluasan tanah 600,000 ekar (2,400 km2).[4][6] Pada 21 Ogos, Presiden Barack Obama telah mengisytiharkan kebakaran ini sebagai suatu bentuk kecemasan persekutuan.[7] Akibat daripada aktiviti kebakaran berleluasa, untuk pertama kalinya dalam sejarah negeri Washington, pihak berwajib meminta penduduk secara sukarela untuk membantu memadamkan kebakaran.[7] Pada 24 Ogos, Komplek Kebakaran Okanogan menjadi kompleks kebakaran terbesar dalam sejarah negeri Washington.[8] According to the National Interagency Fire Center[9] di Boise, Idaho, pada 25 Ogos, api marah berterusan membakar dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 66 komplek kebakaran besar yang memusnahkan kira-kira 1.6 juta ekar hutan di 11 buah negeri,[9] dengan 29,000 orang ahli bomba dikerahkan untuk memadam mana-mana 100 lebih tompok merah yang menandakan tompok panas dan kering yang menyerang bahagian barat pesisir, termasuk Washington, Idaho, Oregon, Montana dan California.[6] Terdapat 12 kebakaran besar berlaku di negeri Washington yang memusnahkan keluasan hutan 709,246 ekar (2,870.22 km2).[9] Sehinga 25 Ogos, Brigade Artileri Lapangan ke-17 Amerika Syarikat, Tentera Amerika Syarikat telah menghantar 200 orang askar dari Joint Base Lewis–McChord bagi membantu memadamkan kebakaran[9] dan 4000 sukarelawan telah dilantik untuk membantu dalam memadamkan api secara profesional di Washington.[10]

Kebakaran hutan negeri Washington 2015
Kepulan asap akibat kebakaran Wolverine pada 4 Ogos 2015
LokasiWashington, Amerika Syarikat
Perangkaan
Jumlah kebakaran16+
Jumlah keluasan600,000 ekar (240,000 he) (August 23)[1]
Tarikh28 Jun 2015 (2015-06-28) – kini
PenyebabDibawah penyiasatan, panahan petir[2]
Bangunan musnah200 homes[3]
Kematian3[4]
Tercedera4[5]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Respon dan kemajuan sunting

Jun sunting

Pada 23 Jun, sudah ada lebih kurang 313 tompok kebakaran besar di sekitar negeri Washington.[11]

Tindakan gabenor sunting

Gobenor Washington Jay Inslee telah mengeluarkan perisytiharaan pada 26 Jun bahawa mengesahkan negeri dalam keadaan darurat, seterusnya membuat "Pelan Pengurusan Kecemasan Komprehensif Negeri Washington", dan mengarahkan perletakan Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat dan lain-lain organisasi ketenteraan bagi tujuan khidmat bantuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini, ini semua disebabkan risiko ramalan bahawa kebakaran hutan berlaku pada musin kering daripada biasa di bulan Jun.[11][12] Pesuruhjaya Tanah Awam Peter J. Goldmark, ketua Jabatan Sumber Asli Washington, telah mengeluarkan perintah berkuatkuasa larangan pembakaran terbuka yang dikeluarkan pada 22 Jun, sebagai larangan yang lebih awal telah digantikan dengan pengumuman Gabenor. Larangan Pesuruhjaya ke atas apa-apa bentuk kem api dalam kawasan hutan, taman negara dan taman hutan sehingga 30 September 2015, telah dikeluarkan pada 26 Jun 2015.[11][13]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Raab, Lauren (August 23, 2015). "Washington state's wildfires rage beyond 600,000 acres". Los Angeles Times. Dicapai pada August 24, 2015.
  2. ^ "Significant new resources arrive in WA following approval of Emergency Declaration" (Siaran akhbar). Office of the Governor of Washington. August 23, 2015. Dicapai pada August 24, 2015.
  3. ^ "Wildfires in US state of Washington destroy 200 homes". Aljazeera. August 24, 2015.
  4. ^ a b "Fallen firefighters remembered as heroes as thousands battle blazes across west". Fox News. August 21, 2015.
  5. ^ Warren, Ted S.; Johnson, Gene (August 20, 2015). "3 Firefighters Die in Wildfire After Vehicle Crashes". ABC News. Associated Press.
  6. ^ a b "Wildfires explode in size as high winds blast region". KOMO-TV. August 21, 2015. Dicapai pada August 22, 2015.
  7. ^ a b "Washington recruits volunteer firefighters as wildfires declared federal emergency". RT. August 21, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-23. Dicapai pada August 23, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ The Associated Press (August 25, 2015). "Okanogan Complex fire the largest in Washington state history". Ottawa, Ontario: CBC News. Dicapai pada August 26, 2015.
  9. ^ a b c d "Current Fire Information". National Interagency Fire Center. August 25, 2015. Dicapai pada August 26, 2015.
  10. ^ Darren Boyle (August 25, 2015). "Washington wildfires the 'worst in the state's history' as firefighters travel from Australia and New Zealand to help battle the blazes". UK: Daily Mail. Dicapai pada August 26, 2015.
  11. ^ a b c "Governor Inslee and Commissioner of Public Lands Goldmark take steps to reduce wildfire risk" (Siaran akhbar). Office of the Governor of Washington. June 26, 2015. Dicapai pada August 23, 2015.
  12. ^ Inslee, Jay (June 26, 2015). "Proclamation by the Governor 15-11" (PDF). Office of the Governor of Washington. Dicapai pada August 23, 2015.
  13. ^ Goldmark, Peter J. "Commissioner's Order 201526" (PDF). Washington Department of Natural Resources. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada August 23, 2015.

Pautan luar sunting