Kebakaran paip minyak Nairobi 2011

Kebakaran paip minyak Nairobi 2011 berlaku di Nairobi, Kenya pada 12 September 2011,[1] membunuh 100 orang dan 116 cedera dengan pelbagai tahap terbakar. Talian paip minyak itu dari negara kaya minyak benua Afrika, Nigeria melalui kawasan kumuh setinggan di Sinai, Kenya.

Letupan dan kebakaran paip minyak milik Kenya Pipeline Company (KPC) itu berpunca dari sebuah tangki minyak yang terbakar di kawasan perindustrian Lunga Lunga, Nairobi dan kebocoran itu merebak ke daerah Sinai pada jam 9.00 waktu tempatan. Letupan terjadi keesokan paginya, ketika penduduk mengumpul minyak yang tumpah. Kebocoran minyak melimpah dan mengalir ke sungai.[2]

Punca kebakaran sunting

Puncanya belum diketahui, tetapi mungkin daripada api pembakaran sampah yang ditiup angin. Minyak itu tumpah kerana injap paip tidak berfungsi dengan baik. Minyak mengalir ke dalam parit pembetungan najis dan orang ramai berpusu-pusu mencedoknya untuk kegunaan sendiri.[3] Masih ramai yang hilang ke dalam Sungai Ngong berdekatan kerana mereka menyembunyikan diri / menyelamatkan diri daripada kebakaran.

Reaksi sunting

Perdana Menteri Kenya Raila Odinga melawat lokasi kejadian berjanji akan menjalankan siasatan terperinci. Presiden Mwai Kibaki melawat mangsa di Hospital Kebangsaan Kenyatta. Malangya hospital itu hanya mempunyai 22 buah katil sahaja dan kekurangan makanan dan peralatan. Ramai pesakit memerlukan derma darah.

Kiraitu Murungi selaku Menteri Tenaga ,pada mulanya berkata bahawa KPC akan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi kemudian KPC menyatakan bahawa mereka tidak akan berbuat demikian kerana insiden itu di luar tanggungjawab mereka. Selepas banyak kali amaran diberikan tetapi penduduk kawasan setinggan enggan pindah.

Keupayaan Kenya untuk mengawal selia piawaian keselamatan dan mengurangkan bahaya industri yang berpotensi adalah dipersoalkan. Penempatan tidak formal telah tumbuh di sepanjang landasan kereta api di Muthurwa, Mukuru dan Kibera dan tempat-tempat lain. "Setinggan" seolah-olah tidak sedar risiko yang bakal dihadapi.

Tragedi serupa sunting

  • 1998 : lori tangki bergolek ke dalam sebuah ladang jagung di Sidindi, Ugenya.
  • 2009 : seramai 129 terbunuh apabila penduduk berebut-rebut mendapatkan minyak yang tumpah daripada sebuah lori tangki yang terbalik di Lembah Riff, Molo, Kenya. Minyak yang tumpah itu menyambar api dari puntung rokok.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Jeffrey Gettleman (12 September 2011). "Scores Dead in Kenyan Pipeline Fire". New York Times. Dicapai pada 12 September 2011.
  2. ^ Kenya gasoline explosion kills more than 60 in Nairobi slum LA Times
  3. ^ "Scores killed as slum pipeline bursts again". Sydney Morning Herald. 14 September 2011.
  4. ^ Pipeline fire kills dozens in Nairobi slum Guardian