Kebebe ialah makanan tradisional bagi masyarakat berbangsa Melayu di Lenggong, negeri Perak.[1] Ia berasal daripada keturunan Pattani di Thailand selatan. Masakan ini selalunya disajikan kepada tetamu semasa aktiviti gotong-royong atau sebelum majlis perkahwinan berlangsung.[2]

Kebebe
JenisMakanan Sunting ini di Wikidata
Tempat asal Malaysia
Kawasan/rantauLenggong, Perak
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kebebe terdiri daripada gabungan 13 bahan antaranya ialah buah nenas, belimbing buluh, jantung pisang, putik nangka, buah ara, cili padi, belacan, putik jambu batu, buah cermai serta bahan pengawet seperti gula dan garam.[2] Untuk mengekalkan keaslian serta rasa yang sebanar, lesung kayu tradisional digunakan sebagai acuan.[2] Ia memiliki rasa yang pahit, masin, masin, manis serta pedas.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Kebebe resipi tradisional Lenggong". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2018. Dicapai pada 28 April 2018.
  2. ^ a b c d "Inilah Budaya Kita; Kebebe, Sajian Unik Negeri Perak". Jil. 41. Kuntum, The Star (Malaysia). 2020. m/s. 52. Cite magazine requires |magazine= (bantuan)