Kebimbangan perpisahan pada anjing

Kebimbangan perpisahan pada anjing menggambarkan keadaan yang dalamnya anjing menunjukkan kebimbangan dan masalah tingkah laku apabila terpisah daripada jurulatihnya. Kebimbangan perpisahan biasanya menjadi nyata dalam 30 minit selepas pemergian jurulatih.[1] Sebab anjing menderita daripada kebimbangan perpisahan dan yang lain pula tidak menderita tidak difahami sepenuhnya.[2] Tingkah laku mungkin bersifat sekunder terhadap keadaan perubatan tersirat.[3] Perjumpaan dengan doktor haiwan sentiasa disyorkan sekiranya tingkah laku anjing tiba-tiba berubah.

Tingkah laku tipikal sunting

Anjing menderita daripada kebimbangan perpisahan biasanya menunjukkan tingkah laku ini:

  • Terlebih-lebih mengikuti jurulatih
  • Berjalan mundar-mandir
  • Peliuran berlebihan
  • Pemuntahan
  • Pengunyahan menghancurkan
  • Salakan, raungan, cengking
  • Kencing, peninjaan di dalam rumah
  • Menyakitkan diri sendiri
  • Menggali dan menggaru di pintu atau tingkap dengan cubaan untuk bersatu semula dengan jurulatih[4]

Sebab sunting

Sebab kebimbangan perpisahan anjing tidak diketahui, tetapi mungkin dicetuskan oleh:

  • kejadian trauma
  • perubatan rutin[4]
  • perubahan besar kehidupan (contohnya, rumah baharu, bayi baharu, kematian anggota keluarga)
  • keadaan perubatan tersirat[1]

Rawatan untuk kebimbangan perpisahan pada anjing sunting

Anjing menderita daripada kebimbangan perpisahan kerap "ketagih pemilik". Penetapan sempadan akan menggalakkan keyakinan anjing dan menyediakannya untuk berdikari.[5]

Pelbagai teknik telah dicadangkan untuk membantu anjing menangani kebimbangan perpisahan:

  • Meninggalkan dan pulang ke rumah dengan senyap, tanpa kekecohan[6]
  • Menyediakan banyak senaman, permainan, dan keseronokan
  • Mengamalkan pemergian untuk melaraskan anjing akan pemergian pemilik
  • Memberi anjing makan sebelum pergi
  • Biarkan radio/TV hidup
  • Mengubati anjing dengan produk penenang tanpa preskripsi

Setakat 2012, satu saluran kabel San Diego menawarkan DOGTV, satu saluran televisyen berdasarkan kabel terutamanya untuk anjing yang pemiliknya pergi. Rancangannya, dicipta dengan bantuan pakar tingkah laku anjing, dilaraskan warnanya untuk tarikan anjing, dan menojolkan segmen 3-6 minit direka untuk menenangkan, merangsang, dan mendedahkan anjing terhadap babak kehidupan harian seperti loceng pintu atau menaiki kenderaan. Penyokong saluran ini telah menunjukkan ulasan positif daripada tempat perlindungan persatuan perikemanusiaan di Escondido, California.[7] Juruacara "doggie resort" bagi parti pembukaan untuk Dog TV di San Diego melaporkan sesetengah anjing mereka kelihatan menikmati menonton siri animasi SpongeBob SquarePants. Pencipta rancangan ini menjangkakan bahawa anjing akan menonton Dog TV sekejap-sekejap, sepanjang hari, lebih daripada kekal tergam terhadap set itu.[8][9][10]

Satu lagi penyelesaian berdasarkan teknologi untuk menenangkan anjing bimbang akan perpisahan ialah perisian bernama Digital Dogsitter.[11] Pengguna mula-mulam merakam suaranya ke dalam perisian ini. Apabila anjing kesendirian, perisian mendengar anjing dan menganalisis audio masuk melalui mikrofon komputer. Bila-bila anjing menyalak atau meraung, perisian memainkan suara pemilik kepada anjing dan anjing bawa bertenang.

Ubat sunting

Anjing juga boleh dirawat dengan ubat psikotropik, seperti ubat antidepresan atau antibimbang. Satu trend baru-baru ini dalam rawatan ialah penggunaan ubat psikotropik pada haiwan untuk merawat gangguan psikologi serupa pada manusia dan mengurangkan tingkah laku berkaitan dengan gangguan ini. Hubungan ini antara psikofarmakologi manusia dengan haiwan boleh membantu untuk menjelaskan betapa serupa neurobiologi pada spesies berlainan.[12]

Serupa dengan manusia, Perencat Pengambilan Semula Serotonin Terpilih, atau SSRI, atau antidepresan trisiklik digunakan untuk merawat tingkah laku bimbang dan murung pada haiwan. Satu kajian menjejaki keberkesanan klomipramina, antidepresan trisiklik, dalam mengurangkan tingkah laku kompulsif melalui pemberian antidepresan trisiklik pada anjing. Tingkah laku dipaparkan oleh anjing ini termasuk tetapi tidak terhadap terhadap pengejaran ekor, pengejaran bayang-bayang, perpusingan dan pengunyahan. Kaji menjumpai bahawa selepas sebulan pemberian harian klomipramina antidepresan trisiklik, tingkah laku kompulsif ini menurun atau lenyap pada 16 daripada 24 ekor anjing. Pengurangan tingkah laku sedikit kepada sederhana ditunjukkan pada 5 ekor anjing. Hasil ini mencadangkan bahawa klomipramina boleh berfaedah terhadap kanin memaparkan tingkah laku kebimbangan.[13]

Fluoksetina, satu SSRI digunakan oleh manusia di bawah jenama Prozac, dipreskripsikan kepada anjing di bawah jenama Reconcile. Satu lagi kajian menjumpai bahawa anjing yang dirawat dengan Reconcile dan kedua-dua Rawatan Modulasi Tingkah Laku berbanding dengan anjing menerima plasebo dan terapi tingkah laku dipanggil Rawatan Modulasi Tingkah Laku, lebih berjaya dalam pengurangan tingkah laku terhadap kebimbangan perpisahan. Selepas 8 minggu rawatan, 72% anjing diberi fluoksetina memaparkan sedikit tingkah laku buruk (peliuran berlebihan, kencing/peninjaan tidak sesuai) sementara hanya 50% kumpulan plasebo telah mengurangkan tingkah laku ini.[14]

Rawatan benzodiazepina sunting

Benzodiazepina, seperti alprazolam, ialah ubat-ubatan anksiolitik. Benzodiazepina juga telah ditunjukkan berfaedah dalam perawatan kebimbangan, atau fobia, penimbul rangsangan. Satu kajian tentang fobia ribut menjumpai bahawa 30 daripada 32 ekor kanin terlibat dalam kajian ini telah kekurangan tingkah laku kebimbangan selepas dirawat dengan alprazolam. Walau bagaimanapun, kajian ini mencadangkan bahawa cara terbak untuk memperoleh faedah daripada rawatan benzodiazepina adalah apabila digunakan bersama dengan Rawatan Modulasi Tingkah Laku dan antidepresan.[15]

Kesan buruk sunting

Kesan buruk paling biasa berkaitan dengan rawatan fluoksetina ialah selera mengurang, dialami oleh 23% anjing dalam kajian, dan ketidakbermayaan, dialami oleh 39% anjing dalam kajian. Sesetengah kanin sebenarnya mengalami kebimbangan bertambah buruk dan tingkah laku langsang.[16]

Dalam kajian dengan klomipramina, 9 ekor anjing melalui pengunduran selepas rawatan terhenti. 5 ekor daripada anjing itu berjaya dalam menangani pengunduran, sementara 4 ekor anjing bentan.[13] Berhubung dengan hasil ini penting untuk memerhatikan bahawa saiz sampel ini agak kecil, maka kita patut berhati-hati tentang membuat kesimpulan terburu-buru. Walau bagaimanpun, kajian ini telah memberikan pandangan terhadap salah satu pemboleh ubah berhubung dengan pengunduran ubat psikoaktif.[13][15]

Berhubung dengan rawatan benzodiazepina, kanin dijumpai boleh mendapat kebergantungan pada jenis ubat ini dan melalui proses pengunduran sama seperti manusia. Contohnya, ambang sawannya dikurangkan dan bentan kebimbangan boleh berlaku selepas menghentikan rawatan benzodiazepina.[17] Keserupaan dengan gangguan kebimbangan manusia, benzodiazepina ialah rawatan pilihan terakhir, kerana potensi ketagihannya.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Woodard, Sherry. "Separation Anxiety in Dogs" (PDF). Best Friends Animal Society. Dicapai pada 9 OGos 2012. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ of the US, Humane Society. "Separation Anxiety". Dicapai pada 9 Ogos 2012.
  3. ^ MD, Pet. "Separation Anxiety in Dogs". Dicapai pada 9 Ogos 2012.
  4. ^ a b "Separation Anxiety: The Humane Society of the United States". Dicapai pada 8 Mac 2012.
  5. ^ Kilcommons, Brian. "How to Cure Your Dog's Separation Anxiety". Dicapai pada 9 Ogos 2012.
  6. ^ "Separation Anxiety In Dogs and How to Deal with It - Coping with Destructive and Obsessive Compulsive Behaviors". Dicapai pada 9 Mac 2012.
  7. ^ Gorman, Steve. Dogs like to watch SpongeBob on TV. The Columbus Dispatch. Capaian 23 April 2012.
  8. ^ "Fetch the remote, it's DogTV | UTSanDiego.com". Dicapai pada 8 Mac 2012.
  9. ^ "Can Dog TV Make a Profit? - Businessweek". Dicapai pada 8 Mac 2012.
  10. ^ "DOGTV - Watch". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-22. Dicapai pada 8 Mac 2012.
  11. ^ "Digital Dogsitter - Cure for dogs' separation anxiety". Dicapai pada 26 November 2012.
  12. ^ a b Hamby, Tori Medication now used to treat pet’s behavioral disorders 30 September 2012 http://www.huntersvilleherald.com/news/2012/09/30/medication-now-used-to-treat-pets-behavioral-disorders/
  13. ^ a b c Seksel, K; Lindeman, MJ (2001). "Use of clomipramine in treatment of obsessive-compulsive disorder, separation anxiety and noise phobia in dogs: A preliminary, clinical study". Australian Veterinary Journal. 79 (4): 252–6. doi:10.1111/j.1751-0813.2001.tb11976.x. PMID 11349411.
  14. ^ Simpson, BS; Landsberg, GM; Reisner, IR; Ciribassi, JJ; Horwitz, D; Houpt, KA; Kroll, TL; Luescher, A; dll. (2007). "Effects of reconcile (fluoxetine) chewable tablets plus behavior management for canine separation anxiety". Veterinary therapeutics. 8 (1): 18–31. PMID 17447222.
  15. ^ a b Crowell-Davis, Sharon L.; Seibert, Lynne M.; Sung, Wailani; Parthasarathy, Valli; Curtis, Terry M. (2003). "Use of clomipramine, alprazolam, and behavior modification for treatment of storm phobia in dogs". Journal of the American Veterinary Medical Association. 222 (6): 744–8. doi:10.2460/javma.2003.222.744. PMID 12675296.
  16. ^ Irimajiri, M; Luescher, AU; Douglass, G; Robertson-Plouch, C; Zimmermann, A; Hozak, R (2009). "Randomized, controlled clinical trial of the efficacy of fluoxetine for treatment of compulsive disorders in dogs". Journal of the American Veterinary Medical Association. 235 (6): 705–9. doi:10.2460/javma.235.6.705. PMID 19751167.
  17. ^ Frey, Hans-Hasso; Philippin, Hans-Peter; Scheuler, Wolfgang (1984). "Development of tolerance to the anticonvulsant effect of diazepam in dogs". JEuropean Journal of Pharmacology. 104 (1–2): 27–38. doi:10.1016/0014-2999(84)90365-0. PMID 6437848.

Pautan luar sunting