Kebodohan buatan (bahasa Inggeris: artificial stupidity) umumnya digunakan sebagai suatu lawanan kepada idea kecerdasan buatan untuk menunjukkan ketidakmampuan teknologi kecerdasan buatan melakukan fungsinya secara memadai.[1] Dalam konteks bidang sains komputer lagi, kebodohan buatan juga merujuk kepada teknik "membodohi" program komputer agar menghasilkan ralat atau kesilapan dengan sengaja.

Istilah ini juga digunakan dalam rekaan permainan komputer. Lars Liden berpendapat bahawa reka bentuk permainan yang baik harus melibatkan keseimbangan antara "kecerdasan" komputer dan kemampuan pemain untuk menang. Dengan menyempurnakan tahap "kebodohan buatan", untuk membuat permainan yang dikendalikan komputer tetapi membolehkan pemain untuk menang, "tanpa kelihatan terlalu bodoh".[2]

Rujukan sunting

  1. ^ O’Connell, M., 2017. Art as ‘artificial stupidity’. [online] Falmer, East Sussex: University of Sussex. Available at: <http://sro.sussex.ac.uk/id/eprint/67604> [Accessed 3 Aug. 2020]. p. 44
  2. ^ Lidén, Lars (2004), S. Rabin (penyunting), "Artificial Stupidity: The art of making intentional mistakes", AI Game Programming Wisdom 2, Charles River Media, Inc., m/s. 41–48

Bacaan lanjut sunting