Itali tidak wujud sebagai sebuah negara sehingga ia disatukan pada tahun 1861. Disebabkan begitu lewat bersatu ini, serta autonomi yang pernah dinikmati oleh daerah-daerah yang membentuk Semenanjung Itali, banyak tradisi dan adat resam yang kini dikenali sebagai budaya Itali masih boleh dikenalpasti dengan daerah-daerah asalnya. Biarpun daerah-daerah ini berbeza dari segi politik dan sosial, namun sumbangan Itali kepada warisan budaya dan sejarah Eropah dan dunia tetap kaya. Di Itali letaknya jumlah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terbanyak (45) setakat ini, serta menyimpan kekayaan seni, budaya dan sastera sedunia dari pelbagai zaman. Itali telah menyebarkan pengaruh budaya secara meluas di dunia, juga kerana ramai orang Itali berhijrah ke negara lain dalam sejarah. Di Itali letaknya sejumlah kira-kira 100,000 monumen yang beraneka jenis (muzium, istana, binaan, patung, gereja, balai seni, vila, pancutan air, rumah bersejarah dan tinggalan arkeologi).[1]

Kota lama Venice yang dibina di atas gugusan 117 pulau.

Seni bina sunting

 
Menara Condong Pisa.

Itali mempunyai gaya seni bina yang amat luas dan beraneka dan tidak boleh dikelaskan mengikut zaman sahaja, bahkan juga mengikut daerah, kerana Itali pernah berpecah kepada beberapa negeri kota sehingga tahun 1861. Bagaimanapun, ini telah melahirkan reka bina yang amat berbagai-bagai dan eklektik. Itali terkenal kerana pencapaian seni binanya yang penting,[2] seperti pembinaan arca, kubah dan struktur-struktur yang seumpamanya pada zaman Rom kuno, penubuhan pergerakan seni bina Zaman Pembaharuan pada abad ke-14 hingga ke-16, dan juga tempat kelahiran Palladianisme, sejenis gaya pembinaan yang mengilhamkan gerakan-gerakan seperti seni bina Neoklasik, serta mempengaruhi reka bina rumah golongan bangsawan di seluruh dunia, terutamanya di UK, Australia dan AS pada lewat abad ke-17 hingga awal abad ke-20. Antara binaan-binaan terhebat dalam seni bina Barat terletak di Itali, seperti Colosseum, Gereja Besar Milan,Gereja Besar Florence, Menara Condong Pisa dan reka bina kota Venice. Itali mempunyai kira-kira 100,000 monumen pelbagai jenis (muzium, istanan, bangunan, patung, gereja, balai seni, vila, air pancutan, rumah bersejarah dan tinggalan arkeologi).[1]

Seni bina Itali juga banyak mempengaruhi seni bina seluruh dunia. Seni bina keitalian yang laris di merata dunia dari abad ke-16 hingga tengah abad ke-20, merupakan seni bina asing yang bergaya Itali. Jurubina British, Inigo Jones mendapat ilham daripada reka bentuk avant-garde pada binaan dan kota Itali dari awal abad ke-17, lalu membawa gagasan-gagasan tersebut kembali ke London, and ever since, this Italianate architecture has been popular in construction designs all over the world.

Seni sunting

 
Santapan Terakhir olehLeonardo da Vinci: sama dengan Mona Lisa, ia merupakan salah sebuah karya seni lukis keagamaan yang teragung sepanjang zaman.[3]

Sepanjang zaman, seni Itali telah mengalami banyak perubahan gaya. Seni lukis Itali biasanya bercirikan warna dan pencahayaan yang cerah, misalnya pada karya-karya Caravaggio dan Titian, serta keasyikan dengan tokoh dan motif keagamaan. Seni lukis Itali paling trampil di Eropah selama ratusan tahun, sejak zaman Romanesque dan Gothik, hingga zaman Pembaharuan dan Barok yang berbuah di Itali. Seniman-seniman terkenal yang bergiat pada zaman-zaman ini termasuk Michelangelo, Leonardo da Vinci, Donatello, Botticelli,Fra Angelico, Tintoretto, Caravaggio, Bernini, Titian dan Raphael.

Selepas itu, Itali terpaksa mengharungi penjajahan kuasa asing yang menyebabkan tumpuan beralih ke hal-ehwal politik sehingga kewibawaannya sebagai peneraju seni di Eropah pun merosot. Pada abad ke-20 barulah Itali mencapai kegemilangan semula sebagai kuasa berpengaruh dalam evolusi seni dengan aliran Futurisme, terutamanya dengan karya lukisan Umberto Boccioni dan Giacomo Balla. Futurisme disusuli oleh lukisan metafizik Giorgio de Chirico yang berpengaruh hebat terhadap gerakan Surealisme dan generasi-generasi seniman yang seterusnya.

Kesusasteraan dan teater sunting

 
Dante, terambang di antara gunung neraka sementara dan kota Florence, memaparkan rangkai kata permulaan Nel mezzo del cammin di nostra vita yang terkenal pada butiran lukisan Domenico di Michelino ini, Florence 1465.

Asas bahasa Itali moden ditetapkan oleh pemuisi Florence, Dante Alighieri yang karya paling agungnya, Divina Commedia (Komedi Kudus), diangkat sebagai kenyataan sastera terulung yang dihasilkan di Eropah pada Zaman Pertengahan. Sasterawan-sasterawan berbangsa Itali tiada kurangnya:Giovanni Boccaccio, Giacomo Leopardi, Alessandro Manzoni, Torquato Tasso, Ludovico Ariosto, dan Francesco Petrarca yang terkenal kerana mencipta gaya puisi soneta.

Ahli-ahli falsafah pula termasuk Giordano Bruno, Marsilio Ficino, Niccolò Machiavelli, dan Giambattista Vico. Itali juga berbangga kerana namanya diharumkan oleh ramai sasterawan moden yang memenangi hadiah Nobel pula termasuk pemuisi nasionalis Giosuè Carducci (1906), pengarang realisGrazia Deledda (1926), pengarang teater Luigi Pirandello (1936), pemuisi Salvatore Quasimodo (1959) dan Eugenio Montale (1975), ahli satira dan pengarang teater Dario Fo (1997).[4]

Teater Itali berakar-umbi pada tradisi Rom yang kuat dipengaruhi oleh Yunani; seperti genre-genre sastera yang lain, dramatis Rom cenderung membuat adaptasi dan terjemahan daripada Yunani. Misalnya, Phaedra oleh Seneca berasaskan karya Euripides, dan sebilangan besar karya komediPlautus adalah terjemahan langsung daripada karya-karya Menander. Pada abad ke-16 hingga ke-18, Commedia dell'arte bangkit sebagai sebentukteater improvisasi yang masih dipersembahkan hari ini. Rombongan pelakon berjelajah mendirikan pentas terbuka dan mencuit hati penonton secaramenjugel, akrobatik, dan juga lakonan lucu berasaskan repertoir watak-watak terkenal dengan jalan cerita yang kasar, iaitu canovaccio.

Muzik sunting

 
Giacomo Puccini, penggubah Itali yang terkenal kerana karya opera yang tersohor, seperti La bohème, Tosca, Madama Butterfly, dan Turandot.[5][6]

Baik muzik rakyat mahupun klasikal, muzik sentiasa memainkan peranan penting dalam kebudayaan Itali. Alat-alat muzik yang dikaitkan dengan muzik klasik, termasuk piano dan biola, dicipta di Itali, dan sebilangan besar bentuk muzik klasikal yang menonjol seperti simfoni, konserto, dan sonata, ada akar umbinya pada inovasi muzik Itali abad ke-16 dan ke-17.

Antara penggubah-penggubah muzik terkenal dari Itali termasuklah Palestrina dan Monteverdidari Zaman Pembaharuan, Alessandro Scarlatti, Corelli dan Vivaldidari Zaman Barok, Paganini dan Rossini dari zaman Klasik, serta Verdi dan Puccini dari zaman Romantik. Para penggubah Itali moden seperti Berio dan Nono membuktikan diri sebagai tokoh terkemuka dalam pembangunan muzik eksperimental dan elektronik. Walaupun tradisi muzik klasikal masih teguh di Itali, seperti yang terbukti dengan puluhan dewan opera yang terkenal seperti La Scala di Milan dan San Carlo di Naples, serta para seniman seperti pemain piano Maurizio Pollini dan penyanyi tenor mendiang Luciano Pavarotti, namun rakyat Itali tidak kurang menyambut baik persada muzik kontemporari yang rancak di negara itu.

 
Luciano Pavarotti, salah seorang tenor termasyhur sepanjang zaman.

Itali terkenal sekali sebagai tempat kelahiran opera.[7] Opera Itali dipercayai diasaskan pada awal abad ke-17, di bandar-bandar Itali seperti Mantua dan Venice.[7] Lama-kelamaan, karya-karya yang digubah oleh tokoh Itali pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 seperti Rossini, Bellini, Donizetti, Verdi dan Puccini, berada di kalangan opera-opera paling sohor yang pernah digubah dan kini masih dipersembahkan di dewan-dewan opera di merata dunia. Dewan opera La Scala di Milan merupakan salah sebuah dewan opera yang terunggul di dunia. Antara bakat-bakat nyanyian opera Itali yang termasyhur sekali ialah Enrico Caruso,Alessandro Bonci, Luciano Pavarotti, Andrea Bocelli, dan ramai lagi.

Sejak diperkenalkan pada 1920-an, muzik jazz mendapat tempat yang kukuh di Itali, dan masih popular walaupun berdepan dengan dasar kebudayaan xenofobia oleh rejim Fasis. Kini, pusat-pusat muzik jazz yang paling terkenal terletak di Milan, Rom, dan Sicily. Kemudian, Itali menerajui gerakanrock progresif pada 1970-an dengan kumpulan-kumpulan handalan seperti PFM dan Goblin. Kini, muzik pop Itali diutarakan dengan acara tahunan Pesta Muzik Sanremo yang menjadi inspirasi kepada peraduan lagu Eurovision, dan Pesta Dua Dunia diSpoleto. Bakat-bakat nyanyian seperti Mina, Andrea Bocelli, Laura Pausini, dan Eros Ramazzotti telah mendapat sanjungan antarabangsa.

Perfileman sunting

 
Federico Fellini, salah seorang tokoh perfileman yang tersohor pada abad ke-20.[8]

Sejarah perfileman Itali bermula beberapa bulan selepas Lumière bersaudara memulakan pameran wayang gambar bergerak. Filem buatan Itali yang sulung hanya beberapa saat panjangnya, menunjukkan Paus Leo XIII menyampaikan restu ke hadapan kamera. Industri perfileman Itali lahir sekitar tahun 1903–1908 dengan penubuhan tiga syarikat, iaitu Società Italiana Cines, Ambrosio Film dan Itala Film, disusuli oleh syarikat-syarikat lain di Milan dan Naples. Dalam masa yang singkat sahaja, syarikat-syarikat terawal tersebut mencapai mutu perfileman yang memuaskan, sehingga mampu memasarkan filem-filemnya ke luar Itali. Seni perfileman juga dipergunakan oleh Benito Mussolini yang mengasaskan studio Cinecittàyang masyhur di Rom untuk penghasilan bahan dakyah Fasis hingga Perang Dunia Kedua.[9]

Selepas peperangan, filem-filem Itali disambut hangat dan dieksport ke merata dunia sehingga 1980-an apabila ia mengalami kemerosotan kesenian. Antara pengarah-pengarah filem Itali yang terkenal dari zaman tersebut termasuk Vittorio De Sica, Federico Fellini, Sergio Leone, Pier Paolo Pasolini, Luchino Visconti, Michelangelo Antonioni dan Dario Argento. Antara filem-filem Itali yang menjadi pusaka perfileman sedunia ialahLa dolce vita, Il buono, il brutto, il cattivo dan Ladri di biciclette.

Baru-baru ini, persada perfileman Itali sekali-sekala mendapat perhatian antarabangsa, antaranya La vita è bella arahan Roberto Benigni danIl postino oleh Massimo Troisi.

Sains sunting

 
Galileo merupakan salah seorang pelopor sains moden.[10][10][11][12]

Selama ratusan tahun, Itali telah melahirkan ramai ahli sains yang handal-handal belaka, antara mereka ialah mungkin polimat yang paling terkenal dalam sejarah, iaitu Leonardo da Vinci yang membuat bermacam-macam sumbangan kepada pelbagai bidang, termasuk seni, biologi, dan teknologi. Galileo Galilei ialah seorang ahli fizik, matematik, dan astronomi yang memainkan peranan utama dalam Revolusi Sains. Antara pencapaian beliau ialah pemerhatian astronomi menerusi teleskop, dan sokongan kepada fahaman Copernicus. Enrico Fermi, ahli fizik yang memenangi hadiah Nobel merupakan ketua pasukan yang membina reaktor nuklear pertama dan juga dikenang kerana banyak lagi sumbangannya kepada bidang fizik, termasuklah pembangunan teori kuantum.

Antara tokoh-tokoh Itali lain yang mengembangkan ilmu sains dan teknologi sedunia ialah Giovanni Domenico Cassini, ahli astronomi yang membuat banyak penemuan penting tentang Sistem Suria; Alessandro Volta, ahli fizik yang mencipta bateri elektrik; ahli-ahli matematik yang menjayakan kemajuan besar dalam bidang mereka, iaitu Lagrange, Fibonacci, dan Gerolamo Cardano yang terkenal kerana Ars Magna yang diiktiraf umum sebagai layanan moden yang pertama pada matematik; Marcello Malpighi, seorang doktor dan pengasasanatomi mikroskopik; Lazzaro Spallanzani, ahli biologi yang menjalankan penyelidikan penting tentang fungsi badan, pembiakan haiwan, dan teori sel; Camillo Golgi, ahli fizik, patologi, dan pemenang hadiah Nobel yang terkenal kerana menemui kompleks Golgi serta membuka laluan kepada penerimaan doktrin Neuron; dan Guglielmo Marconi yang menerima Hadiah Nobel dalam Fizik kerana mencipta radio.

 
Felipe Massa memandu kereta lumba Ferrari di Grand Prix Malaysia 2010.

Sukan sunting

Itali mengamalkan tradisi kesukanan sejak sekian lama. Dalam pelbagai sukan, baik berpasukan mahupun perseorangna, Itali bermaruah tinggi dan mencapai banyak kejayaan. Sukan yang paling diminati ramai tak lain tak bukan bola sepak, diikuti oleh bola keranjang dan bola tampar yang turut dikuasai oleh Itali. Pasukan bola sepak Itali memenangi empat Piala Dunia FIFA setakat ini, kali terakhir pada tahun 2006.[13] Itali juga mempertaruhkan jaguh-jaguh handalan dalam sukan lumba basikal, tenis, balapan dan padang, lawan pedang, sukan musim sejuk danragbi. Scuderia Ferrari dari Itali ialah pasukan paling lama yang masih aktif dalam perlumbaan Grand Prixsemenjak mulai bertanding pada tahun 1948, apatah lagi ia juga pasukan Formula Satu yang paling cemerlang dalam sejarah dengan rekod 15 kejuaraan pemandu dan 16 kejuaraan pengeluar kereta (setakat 2010).

Fesyen dan reka ben sunting

Itali juga mengamalkan tradisi fesyen yang amat kukuh, sehingga mendapat nama sebagai antara pusat fesyen terkemuka di dunia, di samping Perancis, Amerika Syarikat, UK dan Jepun. Milan, Florence dan Rom merupakan pusat-pusat fesyen utama di Itali, tetapi mendapat saingan daripada Naples, Turin, Venice, Bologna, Genoa dan Vicenza. Menurut Global Language Monitor 2009, Milan dinamakan sebagai pusat fesyen sejati di dunia yang mengatasi bandaraya-bandaraya lain seperti New York, Paris, London dan Tokyo, manakala Rom mendapat tempat ke-4.[14] Jenama-jenama fesyen utama dari Itali seperti Gucci, Prada, Versace, Valentino,Armani, Dolce & Gabbana, Missoni, Fendi, Moschino, Max Mara dan Ferragamo, dipandang sebagai syarikat-syarikat fesyen yang terunggul di dunia. Begitu juga, Vogue Italia disanjungi sebagai majalah fesyen yang paling terkemuka dan berprestij di dunia.[15]

Daya cipta Itali tidak terhad kepada busana, malah berkembang rancak dalam reka bentuk, khususnya reka bentuk dalaman, reka bina, reka bentuk industri dan reka bentuk bandar. Itali telah melahirkan pereka perabot yang mahir belaka seperti Gio Ponti dan Ettore Sottsass, manakala ungkapan bahasa Itali seperti "Bel Disegno" (reka bentuk cantik) dan "Linea Italiana" (pendekatan Itali) telah terserap ke dalam kosa kata reka bentuk perabot.[16] Contoh-contoh barangan putih dan hasil perabot Itali yang klasik ialah mesin basuh dan peti sejuk buatan Zanussi,[17] the "New Tone" sofas by Atrium,[17] dan rak buku pasca-moden oleh Ettore Sottsass atas ilham lagu “Memphis Blues” oleh Bob Dylan.[17] Kini, Milan dan Turin adalah yang terunggul di negara dalam bidang reka bina dan reka bentuk industri. Di bandaraya Milan diadakannya FieraMilano, pesta rekabentuk terbesar di Eropah.[18]Milan juga menjadi tuan rumah kepada acara-acara berkaitan seni bina dan reka bentuk yang besar-besaran seperti "Fuori Salone" dan Salone del Mobile, di samping menjadi tempat kediaman Bruno Munari, Lucio Fontana, Enrico Castellani dan Piero Manzoni[19]

 
Piza Neapolitan yang asli.

Masakan sunting

Masakan Itali moden telah berevolusi seiring dengan perubahan sosial dan politik berabad-abad, dengan akar umbinya seawal-awal abad ke-4 SM. Perubahan hebat berlaku apabila Dunia Baru ditemui dan jenis sayur-sayuran baru ditemui, seperti ubi kentang, tomato, cili kembung dan jagung. Bagaimanapun, ramuan-ramuan utama masakan Itali moden ini tidak diperkenalkan secara besar-besaran sebelum abad ke-18.[20]

Ramuan dan hidangan tempatan berbeza-beza mengikut setempat. Bagaimanapun, banyak juga hidangan daerah yang telah tersebar ke merata negara dalam pelbagai bentuk kelainan. Keju dan wain sebati sekali dalam masakan Itali kerana memainkan peranan-peranan yang berbeza di peringkat daerah dan negara dengan kepelbagaian jenisnya serta undang-undang Denominazione di origine controllata (penamaan terlaras). Tidak lupa juga minuman kopi, khususnya espresso, yang sudah menjadi mustahak sekali dalam masakan kebudayaan Itali. Some famous dishes and items include pasta, pizza,lasagna, focaccia, dan gelato.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Eyewitness Travel (2005), ms. 19
  2. ^ Architecture in Italy, ItalyTravel.com
  3. ^ Vitruvian Man is referred to as "iconic" at the following websites and many others:Vitruvian Man,Fine Art Classics,Key Images in the History of Science;Curiosity and difference;The Guardian: The Real da Vinci Code
  4. ^ "All Nobel Laureates in Literature".
  5. ^ "Quick Opera Facts 2007". OPERA America. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-01. Dicapai pada 23 April 2007.
  6. ^ Alain P. Dornic (1995). "An Operatic Survey". Opera Glass. Dicapai pada 23 April 2007.
  7. ^ a b Kimbell, David R. B (29 April 1994). Italian Opera – Google Books. Books.google.co.uk. ISBN 9780521466431. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  8. ^ Burke and Waller, 12
  9. ^ "The Cinema Under Mussolini". Ccat.sas.upenn.edu. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  10. ^ a b Weidhorn, Manfred (2005). The Person of the Millennium: The Unique Impact of Galileo on World History. iUniverse. m/s. 155. ISBN 0-595-36877-8.
  11. ^ Finocchiaro (2007)
  12. ^ "Galileo and the Birth of Modern Science, by Stephen Hawking, American Heritage's Invention & Technology, Spring 2009, Vol. 24, No. 1, p. 36
  13. ^ "Previous FIFA World Cups™". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-18. Dicapai pada 8 Januari 2011.
  14. ^ "The Global Language Monitor » Fashion". Languagemonitor.com. 20 Julai 2009. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  15. ^ http://books.google.com/books?id=pkeaOOxb_isC&pg=PA16&sig=JJmC6YC-Hmmm6Z5P2Cfbvz_jrSA#v=onepage&q=&f=false
  16. ^ Miller (2005) p.486
  17. ^ a b c Insight Guides (2004) p.220
  18. ^ "Design City Milan". Wiley. Dicapai pada 3 Januari 2010.
  19. ^ "Frieze Magazine | Archive | Milan and Turin". Frieze.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-12. Dicapai pada 3 January 2010.
  20. ^ Del Conte, 11–21.