Kecurian rambut telah menjadi masalah yang berulang di serata pelusuk dunia di mana rambut manusia mendapat permintaan yang tinggi, untuk dijadikan produk komersial seperti rambut palsu, sambungan rambut palsu, serta untuk produk berunsur alatan mainan seksual -fetish. Memandangkan rambut mempunyai nilai komersial yang tinggi – pada pertengahan abad ke-19 ia dianggap bernilai dua kali ganda beratnya dalam perak – pencuri oportunis lebih menyasarkan wanita berambut panjang, berbanding mangsa lelaki dan kanak-kanak, untuk mencuri rambut mereka. Pencuri rambut biasanya akan cuba memotong rambut secara sembunyi tanpa diketahui mangsa di tempat awam, atau secara paksa dengan mencukur botak kepala mereka sewaktu rompakan dilakukan. Kuda juga menjadi sasaran penjenayah dimana ekornya kerap dipotong dan dicuri. Jenayah kecurian rambut telah dilaporkan secara meluas di Amerika Utara, Eropah, Asia, dan Australasia selama sekurang-kurangnya 300 tahun.[1]

Ekor kuda yang dipotong mewakili komoditi yang berharga untuk pencuri rambut

Rujukan sunting

  1. ^ "The Hairdressers' Journal". I (3). May 1863: 32–3. Cite journal requires |journal= (bantuan)