Kee Thuan Chye

penulis dan pelakon Malaysia

Kee Thuan Chye (lahir 25 Mei 1954) ialah pelakon, dramatis, pemuisi, dan wartawan Malaysia. Walaupun telah menceburi diri dalam bidang teater, filem, dan televisyen selama melebihi 30 tahun, beliau kini masih terus berlakon dan menulis. Pada 1981, Kee menjadi pengasas bersama sekumpulan teater yang bernama KAMI di Kuala Lumpur. Seorang pendukung hak awam yang terkemuka, Kee menyatakan pandangan politiknya melalui drama terhadap apa-apa jua yang tidak boleh dinyatakan dalam akhbar aliran utama di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA). Dia menyatakan "Saya kemudiannya telah menulis penentasan politik. Salah satu darinya ‘The Big Purge’, dengan berani memperolok Mahathir dan Operation Lalang." Kee telah dipilih sebagai salah satu penerima awal Anugerah Kebebasan Bersuara The Annexe Heroes apabila anugerah itu dilancarkan pada 2008. Pada 2010, beliau juga dipilih sebagai Warga Malaysia Ke-34 Yang Paling Boleh Dipercayai dalam suatu tinjauan yang dijalankan oleh Reader's Digest.[1]

Kee Thuan Chye
Kelahiran (1954-05-25) 25 Mei 1954 (umur 69)
PekerjaanWartawan, penyunting, penulis, dramatis, pelakon, dan pendukung hak awam
PasanganLim Choy Wan
Anak-anakSoraya Sunitra Kee Xiang Yin (anak perempuan), dan Jebat Arjuna Kee Jia Liang (anak lelaki)
Anugerah
  • Warga Malaysia Ke-34 Yang Paling Boleh Dipercayai dalam tinjauan 2010 yang dijalankan oleh Reader's Digest [1]
  • Anugerah Kebebasan Bersuara The Annexe Heroes 2008 [1]

Kerjaya sunting

Dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia, Kee Thuan Chye menyertai akhbar The National Echo yang kini tidak wujud lagi sebagai editor sastera selepas meraih ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Sains Malaysia pada 1976. Pada 1979, beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyertai akhbar New Straits Times (NST) dan berkhidmat dalam pelbagai jawatan, termasuklah subeditor, penyunting hiburan, penulis utama dan selama 10 tahun, sebagai editor sasteranya. Sebagai penulis ruang teater (1980-1981), Kee juga menulis ruang ulasan filem mingguan untuk akhbarnya (1980-1984) serta juga ruang seni mingguan untuk Business Times (1986-1987).

Sungguhpun penyusunan semula sosial di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah pun bermula selepas Peristiwa Mei 13 pada 1969, perkembangannya menjadi lebih ketara selepas Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1981. Di New Straits Times, Kee Thuan Chye menerima banyak memo daripada ketua editor kerana percubaannya untuk melonggarkan had bersuara dan memulakan perbincangan terbuka terhadap apa yang dianggap sebagai isu-isu 'sensitif'. Mempercayai dengan tegas bahawa tanggungjawab seseorang wartawan adalah untuk memaklumkan pembaca tentang kebenaran, beliau sering bercanggah dengan penjawat-penjawat atasannya dengan akibat beliau sering dihukum dan dipencilkan.[2] Pada 1988, Kee memperoleh ijazah Sarjananya dalam bidang drama daripada Essex University selepas dianugerahi dengan Fellowship British Council untuk menyertai kajian lepas ijazah di England.

Pada 2001, Kee Thuan Chye menjadi Editor Bersekutu The Star di Kuala Lumpur, lalu mencipta dan menyunting ruang Bahasa Inggeris, Mind Our English, sehingga persaraannya pada Mei 2009.[3] Ruangnya, Playing The Fool, dalam Sunday Star yang dimulakannya pada April 2001 diterbitkan hanya dua kali sebelum ditamatkan. Dalam makalah sulung, Kee menulis bahawa beliau akan bersuara secara terus-terang tentang isu-isu sosial dan politik tanpa ketakutan atau berpihak. Namun dalam makalahnya yang kedua, beliau mengutuk amalan diskriminasi ras di Malaysia. Apabila muncul makalah yang ketiga, editor-editornya menggigil dan enggan menerbitkannya. The Star akhirnya memutuskan untuk menamatkan ruang tersebut selepas Kee menyerahkan makalahnya yang keempat. Terbitan-terbitan lain yang menerbitkan makalah dan ulasan beliau termasuk Asiaweek, Far Eastern Economic Review, dan Asia Magazine.

Sebagai pelakon, pemuisi dan dramatis sunting

Kee Thuan Chye telah muncul dalam banyak filem dan siri televisyen pada melebihi 30 tahun yang lalu, termasuklah lakonan untuk iklan dan video korporat. Peranan filemnya tidak terhad kepada filem-filem tempatan seperti Sell Out!, sebuah filem Malaysia yang menerima sanjungan antarabangsa yang sangat mesra, dan 1957 Hati Malaya yang dilakonkannya watak pejuang kemerdekaan Tan Cheng Lock, malahan peranannya juga melibatkan penerbitan filem antarabangsa seperti Entrapment, Anna and the King, dan filem televisyen Hallmark Marco Polo, serta juga Secrets of the Forbidden City untuk BBC dan History Channel.

Bagi televisyen Malaysia, Kee Thuan Chye melakonkan watak tetap Han Lee dalam siri City of the Rich yang memakan masa yang lama, serta juga watak jahat dalam siri 10 (Sepuluh), selain banyak penampilan istimewa. Pada 2008, beliau menjadi watak utama dalam filem televisyen Mediacorp, Sense of Home: Kampung Kid, yang difilemkan di Siem Reap, Kemboja. Kee juga merupakan anggota barisan pelakon utama dalam siri drama Singapura, Perceptions, serta filem televisyen, Love Matters. Penampilan istimewanya juga merangkumi Phua Chu Kang Pte Ltd dan Singapore Shakes!

Bagi persembahan pentas, Kee Thuan Chye telah berlakon dalam banyak produksi pentas sejak 1977, tetapi peranan yang beliau berasa paling bangga adalah sebagai watak Willy Loman dalam Death of a Salesman, sebuah drama Arthur Miller. Juga seorang bakat suara, Kee telah membuat banyak suara latar untuk iklan radio dan televisyen. Beliau merupakan suara Ludwig von Drake dalam siri televisyen Walt Disney versi bahasa Melayu, Mickey Mouse Clubhouse dan House of Mouse.

Puisi Kee Thuan Chye diterbitkan oleh pelbagai akhbar aliran utama Malaysia serta juga kedua-dua jurnal tempatan dan jurnal antarabangsa seperti Masakini, Pacific Quarterly Moana, Southeast Asian Review of English, Sands and Coral, Solidarity, Ideya, Ariel, Kunapipi, dan Focus. Dua daripada dramanya telah dipersembahkan di pesta-pesta United Kingdom. The Big Purge dibaca di Pesta Pembacaan Drama Asia Timur Antarabangsa sebagai sebahagian Typhoon 4 di Soho Theatre pada 2005. Dramanya, The Swordfish, Then the Concubine, ditempatkan pula antara 5 Drama Terbaik di Pesta Penulisan Drama Antarabangsa Ke-21 pada 2006 di Warehouse Theatre. Tentang dramanya yang lain, 1984 Here and Now terangkum dalam Postcolonial Plays, suatu antologi antarabangsa yang diterbitkan oleh Routledge, United Kingdom, manakala We Could **** You, Mr Birch telah diterima dan digunakan sebagai buku teks oleh banyak universiti di Malaysia sejak pertengahan 1990-an. Cerpennya, A Sense of Home, dimasukkan pula ke dalam New Writing 10 yang diterbitkan oleh Picador, United Kingdom. Kee juga menulis banyak drama radio dan telah mengarahkan 10 produksi pentas.

Pada 1998, Kee Thuan Chye dijemput untuk menjadi penulis tamu bagi Melbourne Writers Festival, Brisbane Writers Festival, dan Spring Writing di Sydney. Lalu pada 2001, beliau dijemput pula untuk menyertai Standard Chartered International Literary Festival yang sulung yang diadakan di Hong Kong. Kee juga dijemput pada 2011 untuk menyertai segolongan penulis Turki, Mesir, Iraq, Ethiopia, dan Malaysia bagi menyertai Writers Unlimited Tour yang diadakan di Kuala Lumpur.

Sebagai hakim sastera sunting

Kee Thuan Chye pernah menjadi hakim dan pengerusi serantau bagi anugerah Commonwealth Writers Prize yang berprestij. Beliau juga menganggotai panel tersebut pada tahun 1997 dan 1998 sewaktu penilaian terakhir masing-masing dilakukan di London dan di Jamaica. Pada 2010, Kee dijemput kembali untuk menjadi hakim bagi wilayah Asia Tenggara dan Pasifik Selatan.

Sokongan hak awam sunting

Kesedaran politik Kee Thuan Chye dibangkitkan sewaktu beliau tidak mampu mengejar kursus ijazah Sarjananya kecuali berjaya mendapatkan kerja sebagai tutor.[2] Beliau memohon untuk jawatan tersebut tetapi jawatan itu kemudian ditawarkan pula kepada siswazah yang lain, sedangkan beliau merupakan siswazah yang terbaik pada tahun itu.[2] Justeru, Kee menyertai akhbar National Echo yang kini tidak wujud lagi sebagai editor sastera dan menulis rencana-rencana tentang politik. Berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menyertai akhbar New Straits Times pada 1979, beliau melihat dengan lebih jelas bagaimana bangsa telah dipolitikkan oleh kerajaan untuk membahagikan rakyat. Mahathir bin Mohamad yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1981 semakin bersikap diktator dan tidak mentoleransi sebarang kritikan terhadap diri atau pemerintahannya dalam media.

Namun apa-apa yang Kee Thuan Chye tidak boleh mendedahkan melalui akhbar, beliau akhirnya menyatakannya dalam bentuk drama. 1984 Here and Now yang bersuara secara terus terang terhadap Big Brother dan diskriminasi ras berinstitusi menerima sambutan yang amat mesra pada 1985,[2] disusuli antara lain oleh The Big Purge yang mempersendakan Mahathir serta Operasi Lalang.

Sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 2008 diumumkan, Kee Thuan Chye bergegas menerbitkan bukunya, March 8: The Day Malaysia Woke Up, dalam tempoh hanya 3 bulan, disebabkan sifat kandungan bukunya. Ini disusuli oleh buku yang berjudul March 8: Time for Real Change pada 2010. Kerana bersuara tanpa ketakutan atau berpihak, Kee dipilih sebagai salah satu penerima awal Anugerah Kebebasan Bersuara The Annexe Heroes sewaktu anugerah itu dilancarkan oleh The Annexe Gallery di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada 2008 bagi menghargai warga Malaysia yang telah memberikan sumbangan yang luar biasa kepada perjuangan kebebasan bersuara pada tahun sebelumnya.[4] Pada 2010, Kee Thuan Chye juga dipilih sebagai Warga Malaysia Ke-34 Yang Paling Boleh Dipercayai dalam suatu tinjauan yang dijalankan oleh Reader's Digest.[1]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Judul Peranan Catatan
2008 Sell Out! CEO 1 Diarahkan oleh Yeo Joon Han (Amok Films)
2007 1957 Hati Malaya Tan Cheng Lock Diarahkan oleh Shuhaimi Baba (Pesona Pictures)
2004 Ah Lok Kafe: The Movie Char Koay Teow Diarahkan oleh Anwardi Jamil
2001 Snipers Mr. Tan Ditulis dan diarahkan oleh James Lee
2000 Lips to Lips Scrabble Man Ditulis dan diarahkan oleh Amir Muhammad
1999 Anna and the King Hakim Kedua Diarahkan oleh Andy Tennant, dan dibintangi oleh Jodie Foster (Twentieth Century Fox)
Entrapment Pedagang #1 Diarahkan oleh Jon Amiel, dan dibintangi oleh Sean Connery (Twentieth Century Fox)

Televisyen sunting

Kee Thuan Chye muncul dalam melebihi 20 drama televisyen, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Tahun Judul Peranan Catatan
2009 10 (Sepuluh) Liew Siri drama TV 8-episod
Mr Siao's Mandarin Class Robert Toh Sitcom televisyen
2008 Sense of Home: Kampung Kid Marcus Owyang Watak utama dalam filem televisyen yang difilemkan di Siem Reap, Kemboja
Secrets of the Forbidden City Xia Yuanji Melakonkan watak Menteri Kewangan kepada Maharaja Yongle dalam filem dokumentari terdramatisasi bagi BBC dan History Channel
2007 Marco Polo: Discovery of the World Pencipta Peta Utama Filem televisyen Hallmark
2006 Realiti David Yeoh Siri televisyen
2004 Singapore Shakes! David Setoh Episod 'Bulan Ketujuh' dalam siri televisyen Singapura
Perceptions Victor Wong Anggota barisan pelakon utama dalam siri televisyen 13-episod Singapura
2003 Each Other Ronnie Ng Watak separa tetap dalam siri drama 13-episod
2002 Kopitiam Kok Hui Penampilan istimewa dalam satu episod pada musim ke-3
Love Matters: The Marriage Factor Daddy Filem televisyen Singapura
2001 Phua Chu Kang Pte Ltd Lim Pek Kong Penampilan istimewa dalam satu episod sitcom Singapura
2000 Teh Tarik Dot Com Vince Anggota barisan pelakon utama dalam sitcom 13-episod
1999 Kopitiam Mejar Lim Penampilan istimewa dalam satu episod sitcom (musim ke-2)
1996-1997 City of the Rich Han Lee Anggota barisan utama dalam siri televisyen 200-episod
1984 Maria Peter Drama televisyen Melayu
1977 Bailey's Bird Ming Ho Penampilan istimewa dalam siri televisyen Jerman-Australia

Drama sunting

Kee Thuan Chye menulis, mengarahkan, dan melakon dalam banyak drama, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Tahun Judul Peranan Catatan
2011 Swordfish + Concubine:
The Fall of Singapura
Penulis Diarahkan oleh Jonathan Lim, Young 'n' Wild, Singapura
The Baling Talks Pelakon
(sebagai Chin Peng)
Dipersembahkan di Pesta Seni Singapura untuk Five Arts Centre
2008 The Swordfish, Then the Concubine Penulis Diarahkan oleh Ivan Heng, dengan persembahan perdana diadakan sebagai drama pembukaan bagi Pesta Teater Singapura 2008 yang dianjurkan oleh Wild Rice Productions.
2006 The Swordfish, Then the Concubine Penulis Drama ini tergulung dalam 5 drama terbaik antara 500 peserta dalam Pesta Penulisan Drama Antarabangsa yang dianjurkan oleh Warehouse Theatre di Croydon, United Kingdom, dengan petikannya dipersembahkan di pesta tersebut pada November 2006
2005 The Big Purge Penulis Dipilih untuk Typhoon 4, suatu pesta pembacaan drama yang dianjurkan oleh Yellow Earth Theatre dan yang diadakan di Soho Theatre, London
2002 Beautifully Read Pelakon Suatu persembahan yang ditajakan oleh Kedutaan Amerika Syarikat dan diarahkan oleh Karin delaPena, Pengarah Artistik Speaking of Stories, yang berpusat di Santa Barbara, California
1994 We Could **** You Mr. Birch Penulis-merangkap-pengarah Dipersembahkan selama dua musim pada Jun dan Disember 1994. Drama itu dipelawakan ke Pesta Seni Pentas Asia di Singapura pada 1995 lalu dipersembahkan pada 5-6 Jun di Oditorium World Trade Centre.
1993 The Birch and the Rod Pengarah Drama yang ditulis oleh K.S. Maniam, dengan persembahan perdana diadakan di Sidang Australasian Drama Studies Association di Perth, Australia Barat
1992 Macbeth Pengarah Drama Shakespeare
1990 Gulls Watak utama Diarahkan oleh Robert Hewett
The Proposal Pelakon
(sebagai Chubukhov)
Drama yang ditulis oleh Anton Chekhov
1989 Death of a Salesman Actor (as Willy Loman) Drama yang ditulis oleh Arthur Miller, dramatis Amerika
1988 The Big Purge Penulis Dipilih untuk Typhoon 4, suatu pesta pembacaan drama yang dianjurkan oleh Yellow Earth Theatre di Soho Theatre, London
1987 Anak Tanjung Pelakon
(sebagai Ah Heng)
Drama Melayu yang ditulis oleh Noordin Hassan
1986 The Coffin Is Too Big for the Hole Pelakon (persembahan solo) Drama yang ditulis oleh Kuo Pao Kun
1985 1984 Here and Now Penulis Diarahkan oleh Krishen Jit dan dipersembahkan pada 1985 oleh Five Arts Centre
Yap Ah Loy - The Play Pelakon
(pelbagai peranan)
Drama yang ditulis oleh Chin San Sooi
1984 Long Day's Journey Into Night Pelakon
(sebagai Jamie Tyrone)
Drama yang ditulis oleh Eugene O'Neill
1981 Rosencrantz and Guildenstern Are Dead Pelakon
(sebagai Claudius)
Drama yang ditulis oleh Tom Stoppard
1977 Eyeballs, Leper, and a Very Dead Spider Penulis-merangkap-pengarah -
Antigone Pelakon
(sebagai Creon)
Drama yang ditulis oleh Jean Anouilh
1974 Oh, But I Don't Want To Go, Oh, But I Have To... Penulis-merangkap-pengarah -
The Situation of the Man who Stabbed a Dummy or a Woman and was Disarmed by the Members of the Club for a Reason Yet Obscure, If There Was One Penulis-merangkap-pengarah -
1973 An Old Man Died Today Penulis-merangkap-pengarah -

Pelakonan dalam iklan dan video korporat sunting

Tahun Syarikatl Peranan Catatan
2010 Pengusaha harta tanah Urban Redevelopment Authority (URA), Singapura Video korporat
2009 Watak utama Telekom Malaysia Video korporat
2007 Jurutera Dutch Royal Shell Iklan global-merangkap-filem ringkas yang diarahkan oleh Kevin Macdonald (pengarah untuk The Last King of Scotland) dengan John Mathieson (Pengarah Fotografi untuk Gladiator, Kingdom of Heaven, [[The

Phantom of the Opera]], dll) sebagai Pengarah Fotografi

2006 Suami Astro Max Iklan televisyen
2001 Watak utama
(Ketua Pegawai Eksekutif)
Nippon Paints Iklan televisyen
2000 Watak utama
(Bapa kepada anak yang
bersikap ingin tahu)
Perodua Iklan televisyen
Mentor Wira Gilette Iklan televisyen
1999 Watak utama
(Bapa yang bimbang)
Great Eastern Life Assurance Iklan televisyen
Watak utama
(Ketua Pegawai Eksekutif)
Hong Leong Bank Iklan televisyen
1995 Guru besar Fraser & Neave Iklan televisyen
1991 Watak utama
(Pengurus Bank)
Standard Chartered Iklan televisyen

Penulisan skrip untuk televisyen sunting

Penerbitan buku utama sunting

Selain daripada menerbitkan banyak makalah, Kee Thuan Chye juga menulis banyak buku, termasuklah:

Fellowship/Biasiswa/Anugerah/Hadiah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Lim Kit Siang.com: Hero worship
  2. ^ a b c d Lim Kit Siang.com: Kee Thuan Chye unmasked
  3. ^ "Goodbye and thank you". The Star. 22 May 2009. Dicapai pada 13 August 2009.
  4. ^ Loyarburok: LoyarBurokkers Receive ANNEXE HEROES Freedom Of Expression Awards 2010 (11 Dec, 12pm)

Pautan luar sunting