Keganasan di Kashmir

Keganasan di Kashmir telah terjadi dalam pelbagai bentuk, terutamanya di Jammu dan Kashmir, bahagian yang di bawah kawasan India di wilayah dipertikai itu. Kashmir telah menjadi sasaran kempen ketenteraan oleh semua pihak dalam konflik ini. Ribuan nyawa telah hilang sejak 1989 disebabkan pemberontakan dan penindasan yang makin menjadi-jadi. Korban termasuklah orang awam, angkatan keselamatan India serta Pakistan dan militan sama ada dari Kashmir atau luar.

Kashmir: Kawasan hijau dikuasai Pakistan, kawasan coklat (Jammu dan Kashmir) dikuasai India manakala Aksai Chin dikuasai China.

Kashmir merupakan kawasan dunia yang sangat penting dari segi ekonomi, kerana mengandungi emas, batu zamrud dan batu delima.

Pencabulan hak asasiSunting

Terhadap umat IslamSunting

Majoriti penduduk Kasmir adalah Muslim. Seperti kebanyakan umat Islam lain yang terdapat di benua Asia, rakyat di Kashmir telah menghabiskan separuh kedua abad ke-20 dalam kancah peperangan dan konflik.