Buka menu utama

Kehakiman (kadang-kala juga dipanggil judisiari) merupakan badan yang bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang-undang. Badan ini juga dikenali sebagai sistem perundangan dan ahlinya terdiri dari para hakim dan majistret yang biasanya dilantik oleh Ketua negara masing-masing. Mereka juga biasanya menjalankan tugas di mahkamah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis dalam menegakkan undang-undang.

Peranan kehakimanSunting

Antara peranan badan kehakiman termasuklah:

  • Mentafsir undang-undang
  • Mengadili tindakan-tindakan sivil
  • Mengadili pendakwaan jenayah
  • Mendengar rayuan dari Mahkamah bawahan
  • Membuat dekri hal ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll)
  • Pengurusan pusaka
  • Mengeluar waran tangkap

Lihat jugaSunting