Keimanan Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 dibintangi oleh Izreen Azminda, Jason Chong, Iqram Dinzly dan Adeline Tsen. Diadaptasi dari novel 2011 bertajuk sama karya Munie Asra terbitan Galeri Ilmu, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Ratu TV9 dari 5 September 2011 hingga 4 Oktober 2011.

Keimanan Cinta
GenreDrama, agama, keluarga
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Munie Asra
Ditulis olehUmmu Hani Hassan
PengarahAidilfitri Mohd Yunos
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Padamu Ku Bersujud" oleh Afgan Syah Reza
Lagu penutup"Padamu Ku Bersujud" oleh Afgan Syah Reza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Abdul Halim Che Pa
  • Rohaya Ibrahim
Penerbit
  • Abu Hassan Morad
  • Yusri Yusof
PenyuntingHerman Shah
SinematografiMohaimin Azaini Mohamad
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Layar Consult
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Siaran asal5 September 2011 – 4 Oktober 2011

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[1]

Sinopsis sunting

Rahsia Ilahi tiada siapa yang tahu. Begitu juga dengan jodoh, ajal dan maut seseorang memang tidak dirancang tetapi semuanya adalah kuasa Allah SWT. Fazura merupakan seorang jurutera di syarikat kepunyaan Tan Sri Yong yang juga merupakan datuk kepada Alan. Tan Sri Yong, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang merupakan salah seorang hartawan Malaysia. Beliau suka membantu sesiapa sahaja yang berada di dalam kesusahan termasuklah Azman, lakonan Iqram Dinzly. Azman merupakan anak angkat kepada Tan Sri Yong dan tinggal bersama-sama Tan Sri Yong sekeluarga sejak kehilangan ibu dan bapanya. Azman dan Alan juga merupakan sahabat baik. Menghidapi penyakit yang boleh membawa maut adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh Fazura. Allah SWT telah memberi satu dugaan terhebat kepadanya selain daripada kematian ibu bapanya. Namun, Fazura redha dengan ketentuanNya kerana setiap titis darah, hembusan nafas dan degupan jantungnya adalah milik Yang Maha Esa. Dialah yang lebih berhak ke atas kehidupan setiap hamba Nya. Pertemuan Fazura dengan Tan Sri Yong merupakan sesuatu yang tidak dijangka. Menikahi cucu hartawan itu pula langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Fazura akhirnya nekad berkahwin dengan Alan tanpa mengetahui ada hati insan lain yang memendam rasa. Bagi Azman, wanita sebaik Fazura bukan sepatutnya dimiliki oleh lelaki seperti Alan. Jane yang mengenali Fazura sejak kecil mula merasakan manisnya keimanan cinta Fazura. Setiap insan yang muncul dalam diri Fazura akan menyayangi insan ini. Namun, sempatkah untuk Fazura menyaksikan KEIMANAN CINTAnya subur mekar dalam setiap jiwa insan-insan di sekelilingnya? Kelmarin adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan dan misteri…

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Airis Yasmin sebagai Jannah
  • Wong Sip Nen sebagai Tan Sri Yong
  • Zoee Tan sebagai Camelia
  • Maslina Nasir sebagai Alia
  • Shafiq Razlan sebagai Adam
  • Bustaman Haron sebagai bapa Fazura
  • Mandy Chong sebagai ibu Jane
  • Razali Abd Ghani sebagai Iman
  • Hasnita Mahmood sebagai Ita
  • Taib Mahmood sebagai Pengawal Kebajikan

Undangan khas sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Keimanan Cinta (2011): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 6 Disember 2018.