Buka menu utama

Keinterseksan manusia merujuk kepada gabungan ciri fizikal pertengahan atau atipikal yang biasanya membezakan lelaki daripada perempuan. Ini biasanya difahami sebagai kongenital dan melibatkan:

  • kromosom; dan
  • anomali morfologi, kemaluan dan/atau gonad, misalnya penyimpangan daripada perwakilan XX=wanita atau XY=lelaki yang stereotaip seperti yang berikut:
    • balikan seks (XY=perempuan, XX=lelaki);
    • ketaksaan kemaluan; dan
    • perbezaan pembangunan seks.

Individu interseks mempunyai kedua-dua ciri biologi jantina lelaki dan perempuan.[1] Keinterseksan ialah istilah yang diperkenalkan dalam bidang perubatan pada abad ke-20 untuk merujuk kepada manusia yang mempunyai jantina biologi yang tidak dapat dikelaskan sebagai lelaki mahupun perempuan.[2][3][4] Sebaliknya, interseks ialah istilah yang diterimagunakan oleh gerakan politik identiti untuk: [5][6]

  • mengutuk protokol perubatan yang berkenaan dengan penentuan jantina; dan
  • menuntut hak untuk didengar dalam pembinaan istilah yang baharu.


Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "''On-Line Glossary of Technical Terms in Plant Pathology''". Plantpath.cornell.edu. Dicapai 2009-08-21. 
  2. ^ Marañón, Gregorio (1929). Los estados intersexuales en la especie humana. Madrid: Morata. 
  3. ^ Money, John (1972). Man & Woman Boy & Girl. Differentiation and dimorphism of gender identity from conception to maturity. USA: The Johns Hopkins University Press.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)
  4. ^ Domurat Dreger, Alice (2001). Hermaphrodites and the Medical Invention of Sex. USA: Harvard University Press. 
  5. ^ A world free of shame, secrecy, and unwanted genital surgery Intersex Society of North America.
  6. ^ OII’s Statement of Dissent Organisation Intersex International

Pautan luarSunting