Kejohanan Eropah UEFA Wanita 2022

Kejohanan Bola Sepak Wanita Eropah UEFA 2022, yang biasanya dirujuk sebagai Liga Wanita Euro UEFA 2022 atau ringkasnya Euro 2022, ialah edisi ke-13 Kejohanan Wanita UEFA, kejohanan bola sepak antarabangsa empat-tahunan yang dianjurkan UEFA bagi pasukan kebangsaan wanita Eropah. Ia merupakan edisi kedua sejak ia diperluaskan kepada 16 pasukan. Kejohanan itu dianjurkan oleh England, dan pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 7 Julai hingga 1 Ogos 2021.[1] Bagaimanapun, berikutan pandemik COVID-19 di Eropah dan penangguhan Sukan Olimpik Musim Panas 2020 serta UEFA Euro 2020 ke musim panas 2021, kejohanan itu dijadualkan semula pada 6 hingga 31 Julai 2022.[2][3][4] Kali terakhir England menjadi tuan rumah kejohanan itu adalah pada 2005, yakni edisi terakhir yang menampilkan lapan pasukan.[5][6]

Kejohanan Wanita Eropah UEFA 2022
UEFA Women's Euro 2022
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah England
Tarikh6–31 Julai
Pasukan16
Tempat10 (di 8 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara England (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Jerman
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan31
Jaringan gol95 (3.06 per perlawanan)
Kehadiran574,865 (18,544 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Beth Mead
Alexandra Popp
(6 gol setiap seorang)
Pemain terbaik Beth Mead
Permain muda terbaik Lena Oberdorf
2017
2025

Juara bertahan Belanda, yang memenangi UEFA Wanita Euro 2017 sebagai tuan rumah, telah disingkirkan pada suku akhir oleh pasukan Perancis. Tuan rumah England memenangi kejohanan Wanita UEFA pertama mereka dengan menewaskan Jerman 2–1 selepas masa tambahan pada perlawanan akhir, yang diadakan di Stadium Wembley, London.[7] Sebagai pemenang, mereka akan bersaing dalam Finalissima Wanita 2023 sulung menentang Brazil, pemenang Copa América Femenina 2022.[8]

Pembantu pengadil video (VAR) serta teknologi garisan gol, digunakan dalam kejohanan akhir.[9]

Pemilihan hos sunting

England adalah satu-satunya negara yang mengemukakan bidaan sebelum tarikh akhir.[10] Mereka telah disahkan sebagai tuan rumah pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UEFA di Dublin, Republik Ireland, pada 3 Disember 2018.[11][6][5]

Rujukan sunting

  1. ^ "UEFA Women's EURO 2021: England". UEFA.com. Union of European Football Associations. 9 December 2019.
  2. ^ "Resolution of the European football family on a coordinated response to the impact of the COVID-19 on competitions". UEFA.com. Union of European Football Associations. 17 Mac 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020.
  3. ^ "Women's European Championship: Tournament to be moved back a year". bbc.co.uk. BBC. 1 April 2020. Dicapai pada 2 April 2020.
  4. ^ "UEFA Women's EURO moved to July 2022". UEFA.com. Union of European Football Associations. 23 April 2020. Dicapai pada 23 April 2020.
  5. ^ a b "England to host UEFA Women's EURO 2021". UEFA.com. Union of European Football Associations. 3 Disember 2018.
  6. ^ a b "Women's Euro 2021: England named hosts of European Championship". BBC Sport. 3 Dismber 2018. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ "England win Euro 2022 and end wait for first major trophy – reaction". BBC Sport. 30 July 2022. Dicapai pada 31 July 2022.
  8. ^ "UEFA and CONMEBOL launch new intercontinental events". UEFA.com. Union of European Football Associations. 2 June 2022. Dicapai pada 3 June 2022.
  9. ^ "Format change for 2020/21 UEFA Nations League". UEFA.com. Union of European Football Associations. 24 September 2019.
  10. ^ "England only applicant to host European Women's Championship in 2021". BBC Sport. 31 Ogos 2018. Dicapai pada 31 Ogos 2018.
  11. ^ "UEFA Executive Committee agenda for Dublin meeting". UEFA.com. Union of European Football Associations. 16 November 2018.

Pautan luar sunting