Kejohanan Siri Super BWF

Kejohanan BWF Super Series merupakan kejohanan badminton yang baru diperkenalkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk membaiki kualiti sukan badminton. Ia mula dilancarkan pada 14 Disember 2005 dan dilaksanakan pada 2007.[1] Kejohanan badminton akan diadakan di dua belas negara yang berbeza, dan pemain yang berjaya dijemput ke Super Series akhir yang diadakan pada penghujung tahun..

Ciri-ciri sunting

Hadiah wang tunai sunting

Semua kejohanan Super Series akan menawarkan hadiah wang tunai minimum iaitu USD$200,000.[2] Kejohanan Super Series akan menawarkan hadiah wang tunai tanpa menghiraukan pusingan sehingga pemain itu disingkirkan dalam mana-mana pusingan, kecuali mereka yang hanya dapat beraksi pada pusingan kelayakan. Ini merupakan konsep yang baru diperkenalkan dalam kejohanan badminton, dan telah mula diperkenalkan pada kejohanan Super Series yang pertama diadakan di Malaysia.[3]

Secara khususnya, hadiah wang tunai akan diagihkan melalui formula berikut:[4]

 

Pusingan Perseorangan lelaki Perseorangan wanita Beregu lelaki Beregu wanita Beregu campuran
Juara 8% 6.9% 7.2% 6.1% 5.8%
Naib juara 3.2% 2.76% 2.88% 2.44% 2.2%
Separuh akhir 1.28% 1.1% 1.15% 0.975% 0.875%
Suku akhir 0.5% 0.44% 0.5% 0.5 0.5
Pusingan kedua 0.3% 0.25% 0.4% 0.4% 0.35%
Pusingan pertama 0.15% 0.3% 0.3% 0.3% 0.25%

Mata Ranking Dunia sunting

Bagi piawaian semua kejohanan badminton, BWF telah merangka satu Ranking Dunia baru pada 2007. Mata dikira berdasarkan keputusan atau setakat pusingan pemain mampu beraksi, termasuk pusingan kelayakan. Mata ranking juga digunakan dalam Ranking Super Series untuk melayakkan pemain beraksi ke Super Series Akhir.[5]

1
9,200
2
7,800
3–4
6,420
5–8
5,040
9–16
3,600
17–32
2,220
33–64
880
65–128
430
129–256
170
257–512
80
513–1024
40

Tiada pemisahan kewarganegaraan sunting

Bermula 2007, pemain yang mempunyai status kewarganegaraan yang sama tidak akan dipisahkan daripada beraksi dalam pusingan utama kejohanan. Tetapi, dua pemain pilihan teratas tidak akan dibahagikan kepada dua jadual perlawanan kejohanan.[6] Pemain terbaik China, Lin Dan mengkritik dengan perubahan format tersebut.[7]

Penyertaan peserta sunting

Hanya 32 pemain/pasangan akan beraksi pada pusingan utama, berbanding format 64 pemain/pasangan beraksi pada kejohanan sebelum ini. Antara 32 pemain/pasangan, hanya 8 pemain/pasangan yang akan dipilih sebagai pilihan kejohanan mengikut kategori. Setiap kategori hanya membenarkan 28 pemain/pasangan beraksi secara automatik mengikut ranking dunia. Sementara 4 pemain/pasangan yang lain dipilih menerusi pusingan kelayakan dengan sekurang-kurangnya 64 pemain/pasangan bertanding.[1][8]

Setiap kejohanan Super Series akan diadakan selama enam hari, dengan lima hari diperuntukkan untuk pusingan utama. Walau bagaimanapun, pada pusingan kelayakan, pemain/pasangan berpeluang bermain empat pusingan sebelum beraksi pada pusingan utama.

Kejohanan sunting

(tidak menjadi kekeliruan dengan Terbuka China dan China Masters, dua kejohanan berbeza di satu-satunya negara yang diberi permit oleh pihak BWF untuk mengendalikan dua kejohanan dalam satu musim)

 
Negara yang mempunyai kejohanan Super Series

Super Series akhir sunting

Super Series akhir merupakan penghujung musim kejohanan badminton yang bakal diadakan pada penghujung tahun yang diadakan di mana-mana venue yang terpilih di seluruh dunia. Pemain terbaik dunia berdasarkan ranking Super Series akan dijemput beraksi dalam kejohanan ini. Hanya lapan pemain teratas dalam ranking Super Series akan dijemput beraksi, tetapi habuan kemenangan ialah USD $500,000, bersamaan dua kali ganda habuan kemenangan yang ditawarkan dalam kejohanan Super Series.[9]

Jika dua pemain atau selebihnya seri dalam ranking, pemilihan pemain akan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

  • Pemain itu menyertai kejohanan Super Series terbanyak;
  • Pemain itu mengumpul mata terbanyak dalam kejohanan Super Series bermula 1 Julai.

Rujukan sunting

  1. ^ a b BWF Melancarkan Super Series
  2. ^ "New Super Series to raise prize money & profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-06. Dicapai pada 2021-08-28.
  3. ^ First round losers to take home RM1,050
  4. ^ "BWF Super Series - Proposed Distribution of Prize Money" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-11-14.
  5. ^ "New World Ranking Points" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-06-28. Dicapai pada 2007-11-14.
  6. ^ No more nationality separation
  7. ^ China’s Lin Dan hits out at BWF over rule changes
  8. ^ "Badminton: BWF spice things up". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-24. Dicapai pada 2021-09-30.
  9. ^ Badminton-IBF announce introduction of new Super Series

Pautan luar sunting