Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia
Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia ialah sebuah pertandingan skuasy peringkat antarabangsa yang dimainkan oleh pasukan-pasukan yang mewakili pelbagai negara. Negara-negara peserta menghantar tiga atau empat orang pemain untuk mewakili mereka dalam acara yang dipertandingkan. Dalam setiap pusingan, pasukan-pasukan berentap sesama mereka dalam pertandinagan perseorangan. Pertandingan ini dilangsungkan setiap dua tahun sekali dengan tempat acara dilangsungkan berubah setiap kali. Biasanya acara bagi lelaki dan wanita diadakan secara berbeza di dua lokasi berbeza.