Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering

Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co. Ltd. (DSME; Melayu: Kejuruteraan Marin dan Pembinaan Kapal Daewoo, Korea: 대우조선해양) ialah salah sebuah daripada pembina kapal terbesar di dunia dan salah satu daripada tiga pembina kapal terbesar dari Korea Selatan bersama-sama Samsung dan Hyundai).

Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co. Ltd. (DSME)
Jenis/bentuk sahAwam
ISINKR7042660001 Sunting ini di Wikidata
IndustriPembinaan kapal
Ditubuhkan23 Oktober 2000; 23 tahun yang lalu (2000-10-23)
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
Tokoh pentingNam Sang Tae,
Presiden, CEO, dan Pengarah
KeluaranFPSO, Separa-tenggelam, kapal gerudi, kapal penumpang, LNG/LPG, VLGC/VLCC, LNG-RV, struktur luar pantai. dan kapal tentera laut
HasilAS$ 8.75 bilion
PemilikKorea Development Bank, Hana Bank Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan25,000
Syarikat indukKorea Development Bank Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatDSME Shandong, Samwoo Heavy Industries Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.dsme.co.kr
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering
Hangul대우조선해양
Hanja大宇造船海洋
Perumian SemakanDae-u Joseon Haeyang
McCune–ReischauerTaeu Chosŏn Haeyang

Sejarah sunting

Pada 21 Februari 2011, A. P. Moller-Maersk Group (Maersk) menempah 10 kapal kontena besar di DSME, masing-masing dengan kapasiti 18,000 kontena, melebihi kapal kontena terbesar pada masa itu, iaitu. Mærsk kelas E yang berkapasiti 15.200 kontena.[1] Kontrak ini bernilai $1,9 milyar.[2] Kapal pertama dijadulkan selesai pada tahun 2014. Pada Jun 2011, Maersk menempak sepuluh kapal peti kemas lagi, dengan nilai kontrak $1,9 milyar juga.[2] Kapal-kapal ini kini tergolong sebagai kelas Triple E.

Pada 20 Disember 2011, Daewoo Shipbuilding Marine Engineering memenangi kontrak pertahanan terbesar yang pernah dimenangi oleh syarikat Korea Selatan, yang bernilai $ 1.07 bilion untuk membuat tiga kapal selam untuk Indonesia.[3] Kontrak ini juga menandai ekspor kapal selam pertama dari Korea Selatan.[4]

Pada 22 Februari 2012, DSME menerima kontrak dari Kementerian Pertahanan Britain berilai £452 juta untuk membina empat unit kapal pengisian bahan bakar 'MARS' berlambung ganda seberat 37.000 tan untuk Royal Fleet Auxiliary. Keempat-empat kapal ini dijangka mulai beroperasi pada tahun 2016.[5]

DSME juga membuat 15 unit kapal pemecah ais LNG/kapal tangki untuk Yamal LNG untuk digunakan untuk mengeksport gas asli cecair dari Artik Rusia. Setiap kapal direka untuk dikendalikan selama setahun penuh dari Semenanjung Yamal dan boleh memecahkan ais hingga setebal 2.5 meter. Kapal tangki ini direka di Finland oleh Aker Arctic Technology Inc.[6][7]

Pada 15 Jun 2016, Dewan Audit dan Pemeriksaan Korea Selatan menemukan penipuan perakaunan beenilai 1,5 trilipn won (sekitar US$1,27 bilion) pada buku DSME.[8] Pada Julai 2016, diumumkan bahawa saham DSME dihentikan perdagangannya sekurang-kurang hingga 28 September 2017.[9] Setelah kehilangan 3.3 trilion won pada tahun 2015 dan 2.7 trilion won pada tahun 2016, kerajaan memberikan pinjaman kepada DSME sebanyak 2.9 trilion won (US $ 2.6 bilion) pada bulan Mac 2017 untuk mengelakkannya muflis.[10]

Pada tahun 2017, ia telah diumumkan bahawa Korea Utara mungkin telah menceroboh sistem dan mencuri reka bentuk kapal perang DSME pada bulan April 2016.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ Emma Mærsk Diarkibkan 2009-03-27 di Wayback Machine
  2. ^ a b "Triple-E Class Container Ships". ship-technology.com. Dicapai pada 2014-10-10.
  3. ^ "RI orders 3 submarines worth $1b in regional 'catch-up'". December 22, 2011.
  4. ^ "DSME to Build Three Submarines for Indonesia". October 10, 2011.
  5. ^ "South Korea wins Royal Navy tanker deal worth £452m". BBC News. 22 February 2012.
  6. ^ Eric Roston (July 9, 2018). "Russia Is Building $320 Million Icebreakers to Carve New Arctic Routes: The 1,000-foot-long vessels for hauling liquefied natural gas can cut through ice up to 7 feet thick". Bloomberg. Dicapai pada July 11, 2018.
  7. ^ "Aker Arctic Technology Inc Newsletter" (PDF). akerarctic.fi. Aker Arctic. March 2018. m/s. 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada July 11, 2018. Dicapai pada July 11, 2018.
  8. ^ "Watchdog finds 1.5 tln in accounting fraud in Daewoo Shipbuilding". Yonhap News Agency. 15 June 2016. Dicapai pada 22 June 2016.
  9. ^ Kyunghee Park (29 September 2016). "Daewoo Shipbuilding Told by Exchange to Improve Financials". Bloomberg.
  10. ^ Youkyung Lee (23 March 2017). "South Korea to inject $2.6 bln into ailing shipyard Daewoo". SFGate. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2017.
  11. ^ "North Korea hacked Daewoo Shipbuilding, took warship blueprints". Reuters. 2017-10-31.

Pautan luar sunting