Kejuruteraan pengeluaran petroleum

Kejuruteraan pengeluaran petroleum ialah cabang kejuruteraan petroleum.

Jurutera pengeluaran petroleum mereka bentuk dan memilih peralatan subpermukaan untuk menghasilkan bendalir daripada telaga minyak dan gas.[1] Kejuruteraan pengeluaran petroleum kebiasaannya terdiri daripada lepasan ijazah kejuruteraan petroleum. Walau bagaimanapun, bidang-bidang teknikal yang lain (contohnya, kejuruteraan mekanik, kejuruteraan kimia, dan fizik) boleh diambil untuk bekerja dan seterusnya dilatih oleh syarikat minyak dan gas.

Gambaran keseluruhan sunting

Tanggungjawab jurutera pengeluaran petroleum termasuk:

  1. Menilai prestasi aliran masuk dan aliran keluar antara reservoir dan dasar lubang telaga.
  2. Mereka sistem pelengkapan, termasuk pemilihan tetiub, teknik tebukan, kawalan pasir, perangsangan matriks dan peretakan hidraulik.
  3. Memilih peralatan angkat buatan, termasuk pam angkat rod penyedut (biasanya pengepaman rasuk), julangan gas, pam boleh tenggelam elektrik, pam hidraulik subpermukaan, pam kaviti progresif, dan angkat locok.
  4. Memilih (bukan mereka) peralatan untuk fasiliti permukaan yang mengasingkan dan menyukat bendalir yang terhasil (minyak, gas asli, air, dan bendasing), menyediakan minyak dan gas untuk pengangkutan ke pasaran, dan mengendalikan pelupusan sisa air dan bendasing.

Nota: Peralatan permukaan direka oleh jurutera Kimia dan jurutera Mekanik menurut data yang disediakan oleh jurutera pengeluaran petroleum.

Cadangan bacaan sunting

  • Journal of Petroleum Technology, Society of Petroleum Engineers

Aliran keluar ditakrifkan sebagai aliran dari tebukan selongsong ke fasiliti permukaan.

Rujukan sunting

  1. ^ Clegg, Joe Dunn, penyunting (2007). Petroleum-Engineering-Handbook-Volume-IV-Production-Operations-Engineering. Dallas, Texas: Society of Petroleum Engineers. m/s. 900. ISBN 978-1-55563-118-5.
Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera