Kejuruteraan penggerudian

Kejuruteraan penggerudian ialah cabang kejuruteraan petroleum.

Jurutera pengggerudian mereka bentuk dan melaksanakan sebaik mungkin prosedur-prosedur untuk menggerudi telaga dengan selamat dan ekonomi. Mereka bekerja rapat dengan kontraktor penggerudian, kontraktor perkihdmatan, dan personel komplians, dan juga dengan ahli geologi dan pakar-pakar teknikal yang lain. Jurutera penggerudian juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kos diminimumkan dalam mendapatkan maklumat untuk menilai formasi-formasi yang ditembusi, melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja dan personel yang lain, dan melindungi alam sekitar.[1]

Gambaran keseluruhan sunting

Fasa-fasa perancangan yang terlibat dalam penggerudian minyak atau gas biasanya melibatkan pengaggaran nilai rizab, menganggarkan kos untuk mencapai rizab, memperoleh harta milik oleh pajakan mineral, bancian geologi, rancangan telaga, dan susun atur jenis peralatan yang diperlukan untuk mencapai sasaran kedalaman telaga. Jurutera penggerudian bertanggungjawab dalam proses perancangan dan penggerudian telaga-telaga. Tanggungjawab ini termasuklah:

  1. Mereka bentuk program telaga (contohnya, saiz selongsong dan takat selongsong ) untuk mencegah sembur-keluar telaga (pelepasan bendalir telaga tidak terkawal) tetapi pada masa yang sama membolehkan  penilaian formasi yang memadai.
  2. Mereka bentuk atau menyumbang kepada reka rentetan selongsong dan pelan penyimenan, pelan penggerudian berarah, program bendalir penggerudian, dan program rentetan gerudi dan mata gerudi.
  3. Menspesifikasikan peralatan, bahan, dan penilaian serta gred bahan yang akan digunakan dalam proses penggerudian.
  4. Memberikan bantuan teknikal dan audit ketika proses penggerudian.
  5. Membuat anggaran dan analisis kos.
  6. Menguruskan hal-hal kontrak dengan vendor.

Kejuruteraan penggerudian kebiasaannya terdiri daripada lepasan ijazah kejuruteraan penggerudian. Walau bagaimanapun, bidang-bidang teknikal yang lain (contohnya, kejuruteraan mekanikal atau geologi) boleh diambil untuk bekerja dan seterusnya dilatih oleh syarikat minyak dan gas. Pengalaman bekerja sebagai jurutera lumpur, pengelog lumpur atau pekerja rig juga diambil kira sebagai kelayakan bekerja.

Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Hyne, N.J. (2000), Nontechnical Guide to Petroleum Geology, Exploration, Drilling and Production
  • Journal of Petroleum Technology, Society of Petroleum Engineers
  • Md. Yassin, A.A. et al (1998), Kejuruteraan Penggerudian Telaga Minyak : Prinsip dan Praktik

Rujukan sunting

Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera