Kek pisang merupakan sejenis kek yang sedap dan enak rasanya. Kek ini sesuai untuk hidangan minum petang.

Kek pisang yang sedap dan enak rasanya.

Kek Pisang merujuk kepada sejenis kuih kek yang diperbuat daripada tepung gandum, telor, minyak masak, gula, dan pisang. Doh yang terhasil kemudiannya akan dimasukkan kedalam bekas loyang dan dibakar dalam ketuhar dengan api perlahan sehingga naik dan masak. Terdapat juga orang yang menyediakannya dengan cara mengukus bagi memastikan kek pisang yang terhasil kekal gebu dan lembab. [1]

Kuih pisang merupakan sejenis kuih yang mudah didapati di Malaysia masa kini. Ia banyak dijual dipasar raya dan kedai runcit dalam bungkusan plastik dalam bentuk panjang. Kuih pisang ini kemudiannya akan dipotong sebelum dihidangkan. Pada masa kini, kek pisang telah dipasarkan secara komersial dan dijual secara besar-besaran. [2]

Asal sunting

Kek pisang ini popular diseluruh Malaysia. Kek pisang ada terdapat dijual secara meluas pada bila-bila masa. Ia mudah dihidang dan harganya juga berpatutan. Secara kebiasaanya kek pisang yang disediakan secara komersial dihidangkan begitu sahaja tanpa tambahan gula aising ataupun buah di dalamnya. Kek pisang mempunyai bentuk yang gebu dan tidak terlalu padat seperti biskut atau terlalu berspan seperti kek span.

Nama sunting

Kek pisang mendapat namanya kerana ia merupakan sejenis kek dan mempunyai perisi pisang, menjadikannya dikenali sebagai kek pisang. Biasanya tiada perisa lain ditambahkan kepadanya, dan selain itu, kek pisang juga boleh disediakan dengan menggunakan pisang yang lebu (terlalu masak). Pisang yang lebu ini mempunyai kelebihan kerana ia mempunyai rasa yang lebih manis yang menambah rasa kek pisang.

Penyebaran sunting

Kek pisang popular di seluruh Malaysia dan banyak dijual terutama di kedai runcit dan pasarraya. Oleh kerana ia mudah dihidangkan, tahan lama, lazat dan harganya yang berpatutan, ia banyak dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal. Pada masa kini, ia banyak dihasil dan diedar secara besar-besaran oleh beberapa syarikat pengilang.

Dalam budaya popular sunting

Kek pisang sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana rasanya yang sedap dan manis. Ia juga sering dihidangkan dalam jamuan pejabat atau semasa mesuarat kerana ia mudah dihidangkan, tahan lama, tidak melekit atau mengotorkan dan rasanya juga sedap.

Pada masa kini, adunan kek pisang segera juga dijual di pasaraya dan boleh dihasilkan dengan mudah, dengan hanya menambah air dan telur sebelum dibakar. Ia biasanya dijual dalam paket kedap udara sebelum dimasukkan dalam kotak.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting


Pautan luar sunting

 
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi