Kekeliruan perang atau fog of war (Jerman: Nebel des Krieges) adalah ketidakpastian dalam situasi sedar yang dialami oleh para askar dalam operasi ketenteraan.[1] Istilah ini bertujuan untuk menguasai ketidakpastian tentang keupayaan sendiri, keupayaan musuh, dan niat musuh ketika sesuatu pertembungan, operasi, atau kempen. Angkatan tentera cuba mengurangkan kekeliruan perang menerusi perisikan tentera dan sistem mesra pengesan kekuatan. Istilah ini juga digunakan untuk mentakrif ketidakpastian ilmu mekanik dalam latihan peperangan.

Asal-usul sunting

Perkataan "fog" (kekeliruan) yang merujuk pada ketidakpastian dalam perang telah diperkenalkan oleh penganalisis tentera berketurunan Prusia Jeneral Carl von Clausewitz didalam buku yang diterbitkan selepas kematiannya, Vom Kriege (1832), yang muncul dalam terjemahan Inggeris pada tahun 1873 dibawah tajuk On War:

War is the realm of uncertainty; three quarters of the factors on which action in war is based are wrapped in a fog of greater or lesser uncertainty. A sensitive and discriminating judgment is called for; a skilled intelligence to scent out the truth.
—Carl von Clausewitz[2]

Ia menegaskan bahawa von Clausewitz tidak merujuk kepada "fog of war" yang sebenar, menggunakan pelbagai metafora yang serupa seperti "twilight" (samar-samar) dan "moonlight" (sinar bulan) untuk menggambarkan kurangnya kejelasan.[3] Hanya pada tahun 1896 barulah "fog of war" sebenar digunakan dalam teks, digambarkan sebagai "bentuk kejahilan dimana para komander sering mendapati diri mereka mementingkan kekuatan dan posisi sebenar, bukan hanya musuh mereka, tetapi juga kawan mereka."[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Joint Service Command and Staff College, Advanced Command and Staff Course Notes dated 2001
  2. ^ Carl von Clausewitz, Vom Kriege, Book 1, Chapter 3.
  3. ^ Eugenia C. Kiesling (2001). "On War Without the Fog" (PDF). Military Review. Dicapai pada 2014-11-07.
  4. ^ “The fog of war”, by Col. Lonsdale Hale, Royal Engineers (retired), Aldershot Military Academy, March 24, 1896.

Bacaan lanjut sunting