Kekeruhan ialah ketidakjernihan atau kekaburan sesuatu bendalir disebabkan oleh zarah individual (pepejal terampai) yang biasanya tidak boleh dilihat oleh mata kasar, serupa dengan asap di dalam udara. Pengukuran kekeruhan ialah ujian kekunci mutu air. )

Piawaian kekeruhan 5, 50, dan 500 NTU.

Bendalir boleh mengandungi jirim pepejal terampai yang terdiri daripada pelbagai saiz. Sementara sesetengah bahan terampai akan menjadi cukup besar dan cukup berat untuk mengenap dengan cepat ke dasar dasar bekas sekiranya sampel cecair dibiarkan (pepejal boleh enap), zarah sangat kecil akan mengenap dengan sangat perlahan atau tidak langsung sekiranya sampel itu digoncang dengan nalarn atau zarah bersifat koloid. Zarah pepejal kecil ini menyebabkan cecair kelihatan keruh.

Kekeruhan (atau jerebu) juga digunakan terhadap pepejal lut sinar seperti kaca atau plastik. Dalam pengeluaran plastik, jerebu ditakrifkan sebagai peratusan cahaya yang dipesongkan melebihi 2.5° dari arah cahaya mendatang.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Haze technical definition". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-22. Dicapai pada 2013-12-28.

Pautan luar sunting