Kelab PAS Luar Negara

Kelab PAS Luar Negara merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh Parti Islam Se-Malaysia bagi membantu menjalankan urusan-urusan yang berkaitan dengan parti di luar negara Malaysia. Ia dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia bagi meneruskan dakwah Islam dan menghimpunkan penyokong warganegara Malaysia penyokong PAS yang berada di luar negara.

Kelab PAS Luar Negara
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Tapak webpas.org.my
Sejarah
Dibentuk11 April 2020; 4 tahun yang lalu (2020-04-11) di Dalam talian
PengasasAbdul Hadi Awang
Pengurusan
Organisasi indukParti Islam Se-Malaysia
GabunganParti Islam Se-Malaysia Sunting ini di Wikidata
Maklumat lain
Dahulunya dikenali sebagaiMajlis Perwakilan PAS
PAS Representative Council (PRC)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perkembangan sunting

Mengikut sejarah perkembangan awal PAS di luar negara, cabang pertama PAS di luar negara bermula di Mekah yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia yang menuntut ilmu dengan alim ulama di sekitar tanah suci Mekah pada tahun 1954 yang diketuai oleh Ustaz Mustafa Afifi. Seterusnya PAS turut melebarkan pengaruhnya di Timur Tengah seperti di Mesir, Iraq dan beberapa negara lagi bermula dengan pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di luar negara mahupun rakyat Malaysia berkerja di luar negara. Kemudian usaha tersebut terus berkembang apabila ahli-ahli PAS menubuhkan kelab-kelab PAS di Eropah seperti di United Kingdom dan Ireland.

Pada 2001, PAS akan mendapatkan persetujuan Dewan Pemuda parti itu bagi menubuhkan kelab PAS di luar negara sebagaimana kewujudan kelab UMNO di luar negara[1].

Pada 11 April 2020, Jabatan PAS Luar Negara secara rasminya telah dilancarkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang secara atas talian melalui sebuah program usrah bulanan dengan ahli-ahli PAS yang berada di luar negara. Untuk mendekatkan PAS dan ahlinya yang berada di luar negara terutamanya ketika PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perikatan Nasional, maka PAS menubuhkan Jabatan PAS Luar Negara supaya setiap ahli mendapat maklumat terkini dan tepat terutamanya mengenai PAS, kerajaan, dasar serta polisi terkini kerajaan[2]. Pelancaran turut disaksikan oleh Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Peranan sunting

Selain menjadi perantara di antara PAS dengan organisasi-organisasi politik[3], badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan-pertubuhan Islam serta kebajikan, kelab ini juga berperanan untuk menjadi medium penghubung dua hala di antara Parti, masyarakat Malaysia di luar negara. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menganjurkan pertemuan maya dan mangadakan pertemuan bersama pemimpin-pemimpin & tokoh-tokoh PAS.

Rangkaian sunting

Terdapat beberapa buah kelab PAS luar negara yang ditubuhkan di negara-negara lain.

Kelab PAS United Kingdom sunting

Kelab PAS United Kingdom dirasmikan penubuhannya pada 24 Disember 2010 di Manchester Conference Centre (MCC), Manchester, United Kingdom oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dengan nama PAS Representative Council United Kingdom & Ireland (PRC UK-Eire). Majlis ini dianggotai oleh beberapa individu rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di United Kingdom & Ireland. Keanggotaan awal adalah seramai 100 orang rakyat Malaysia[4][5].

Kelab PAS Ireland sunting

Kelab PAS Ireland dirasmikan penubuhannya pada 24 Disember 2010 di Manchester Conference Centre (MCC), Manchester, United Kingdom oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dengan nama PAS Representative Council United Kingdom & Ireland (PRC UK-Eire). Majlis ini dianggotai oleh beberapa individu rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di United Kingdom & Ireland. Keanggotaan awal adalah seramai 100 orang rakyat Malaysia[5]. Kelab PAS Ireland pernah menjadi mewakili Kelab PAS Luar Negara sebagai perwakilan[6] dalam beberapa siri Muktamar Tahunan PAS Pusat.

Majlis Perwakilan PAS Australia Barat sunting

Majlis Perwakilan PAS Australia Barat dirasmikan penubuhannya pada Januari 2012 oleh Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dengan nama PAS Representative Council Western Australia. Majlis ini dianggotai oleh beberapa individu rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Australia, khususnya Perth.

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2035450/pas-bercadang-tubuh-kelab-di-luar-negara
  2. ^ Muhammad Khalil Abdul Hadi (16 April 2020). "Pelancaran Jabatan PAS Luar Negara". Harakahdaily. Dicapai pada 24 April 2020.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-13. Dicapai pada 2016-05-01.
  4. ^ https://prcuke.wordpress.com/mengenai-prc/sejarah_prc/
  5. ^ a b https://www.facebook.com/notes/salahuddin-ayub/tahniah-majlis-perwakilan-pas-luar-negara/476146936844
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-30. Dicapai pada 2020-01-30.

Lihat juga sunting

Pautan Luar sunting