Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)

(Dilencongkan dari Kelab Penyokong Kerajaan)

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (Bahasa Inggeris: Barisan Nasional Backbenchers Club, BNBBC) merupakan satu kelab elit khusus kepada ahli Dewan Rakyat Malaysia dari parti Barisan Nasional sahaja. Ketika ini, pengerusinya adalah Datuk Seri Tiong King Sing manakala Datuk Bung Mokhtar Radin merupakan timbalan pengerusi.

IsuSunting

Lawatan sambil belajar ke TaiwanSunting

Pada 7-12 September 2008, BNBBC telah mengambil inisiatif menganjurkan lawatan mengejut ke Taipei, Taiwan. Lawatan pada bulan puasa ini diadakan dengan tujuan meningkatkan pengetahuan berkaitan teknologi pertanian di Taiwan. Sepatutnya lawatan itu ke China tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Ramai tidak dapat pergi kerana kesuntukan masa.[1]

Seramai 52 orang ahli parlimen telah menyertai lawatan ini. Ini termasuklah 10 dari Sabah, 12 dari Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung Malaysia.[1][2] Mereka berangkat dengan pesawat China Airlines dan Cathay Pacific jam 2.20 petang dan 1.45 petang hari Isnin 8 September 2008 dari KLIA.[3]

RujukanSunting

  1. ^ a b "BNBBC Tamatkan Lawatan Rasmi Pelajari Pertanian Ke Taiwan". Bernama.com. 12 September 2008. Dicapai pada 8 Oktober 2008.
  2. ^ "49 Anggota Parlimen BN Berlepas Ke Taiwan Untuk Lawatan Sambil Belajar". Bernama.com. 8 September 2008. Dicapai pada 8 Oktober 2008.
  3. ^ Ariffuddin Ishak dan Nurul Ain Mohd Hussain (8 September 2008). "49 anggota BN-BBC ke Taiwan, 'cuti' dipendekkan hanya 8 hari". mStar Online. Diarkib daripada yang asal |archive-url= memerlukan |url= (bantuan) pada 10 September. Periksa date values in: |archivedate= (bantuan); |access-date= memerlukan |url= (bantuan)