Kelab Rotary
Kelab Rotary (Bahasa Inggeris: Rotary International) merupakan satu pertubuhan kelab perkhidmatan yang terletak di seluruh dunia. Ia merupakan pertubuhan sekular yang terbuka kepada semua orang tanpa mengira kaum, warna, kepercayaan, atau kecenderungan politik. Terdapat lebih 32,000 kelab dan 1.2 juta ahli di seluruh dunia.[2] Ahli Kelab Rotary dikenali sebagai Rotarian. Matlamat pertubuhan yang dinyatakan ialah menghimpun pemimpin perniagaan dan profesional bagi memberikan perkhidmatan kemanusiaan, menggalakkan piawaian etika lebih baik dalam semua usaha, dan membantu mendirikan perasaan muhibah dan keamanan di dunia. Ahli biasanya bertemu sekali seminggu untuk makan pagi, tengahari atau malam, yang juga merupakan acara sosial dan peluang bagi mengurus kerja bagi matlamat perkhidmatan mereka.
150px Lambang Kelab Rotary | |
Pembentukan | 1905 |
---|---|
Jenis | kelab perkhidmatan |
Ibu pejabat | Evanston, Illinois |
Ahli | 1.2 juta |
Bahasa rasmi | Inggeris, Sweden, Portugis, Itali, Perancis, Sepanyol, Jerman, Korea, dan Jepun |
Presiden | John Kenny (2009-2010)[1] |
Orang penting | Paul P. Harris (Pengasas) |
Laman sesawang | www.rotary.org |
NotaSunting
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kelab Rotary |
- Rotary International official website
- Rotary International in Great Britain and Ireland official website
Koordinat: 42°02′45″N 87°40′57″W / 42.045826°N 87.682397°W