Keladi

Genus tumbuhan

Pokok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus Colocasia, Alocasia, Caladium, Dieffenbachia, Typhonium, Homalomena dan Xanthosoma.[1] Bagaimanapun, ia juga boleh merujuk kepada satu spesies khusus dalam subfamili ini yang paling meluas ditanam, Colocasia esculenta.[2] Pokok tropika saka ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup dan terdapat dengan meluas di negara kita.

Untuk pemahaman setempat, kata 'keladi' juga dipakai untuk nama keladi senduk, keladi layar, keladi air, keladi cabang, dan keladi bunting walaupun masing-masing genus Limnocharis, Sagittaria dan Eichhornia tidak tergolong dalam keluarga Araceae.

Keladi
YosriPokokKeladi.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:

Secara budaya, keladi telah lama ditanam oleh masyarakat di Asia Tenggara sebagai sumber makanan seperti pokok keladi Cina, keladi minyak, keladi telur, keladi Betawi dan keladi udang dari spesies Colocasia esculenta.

Pokok keladi juga sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Ia juga boleh ditanam di ruangan sebagai hiasan. Antara spesies keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium bicolor. Lihat juga Keladi hiasan.

Sekiranya terdedah langsung kepada bahang matahari yang terik, pokok keladi akan cepat layu dan daunnya akan menjadi pucat. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25-30°C.

PenanamanSunting

Baja paling baik untuk meningkatkan kesuburan pokok keladi ialah bahan yang mengandungi kadar nitrogen yang tinggi. Selain keladi corak yang berwarna-warni, keladi makan seperti keladi betawi, keladi udang dan keladi minyak juga boleh dimanfaatkan untuk hiasan taman.

Sesetengah peminat seni taman sanggup membina bangsal kalis panas untuk mengekalkan suhu dan kelembapan bagi membolehkan pokok keladi hidup dengan subur. Teknik ini membolehkan keladi ditanam di atas tanah lapang tanpa pasu. Kesuburannya juga tidak terbantut.Kekreatifan penanam amat penting dalam menyusun tona warna keladi supaya kelihatan menarik.

Jenis-jenis keladiSunting

  1. Keladi aiskrim
  2. Keladi babi
  3. Keladi Banjar
  4. Keladi bantan
  5. Keladi belang hitam[3]
  6. Keladi Betawi
  7. Keladi birah hitam
  8. Keladi birah kijang
  9. Keladi Bugis
  10. Keladi bukit
  11. Keladi cali
  12. Keladi cantik
  13. Keladi Cina
  14. Keladi cincang wangi[4]
  15. Keladi corak
  16. Keladi dara
  17. Keladi gajah
  18. Keladi kapas
  19. Keladi kebuk
  20. Keladi kelapa
  21. Keladi kemoyang
  22. Keladi kuning
  23. Keladi lilin
  24. Keladi huma
  25. Keladi mawar
  26. Keladi merah
  27. Keladi merbah
  28. Keladi minyak
  29. Keladi moyang
  30. Keladi nibung
  31. Keladi peladang
  32. Keladi pinang
  33. Keladi putih
  34. Keladi rimau
  35. Keladi Sarawak
  36. Keladi sawah
  37. Keladi sebaring
  38. Keladi seberang
  39. Keladi serakit hitam
  40. Keladi songket[5]
  41. Keladi telur
  42. Keladi tengkorak
  43. Keladi tengkorak hijau
  44. Keladi Thailand
  45. Keladi tikus
  46. Keladi tongsan
  47. Keladi udang
  48. Keladi ular


Lain-lain:-

  1. Keladi air
  2. Keladi bunting
  3. Keladi cabang
  4. Keladi itik
  5. Keladi layar
  6. Keladi merawan
  7. Keladi senduk

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ https://www.belangtarung.com/2021/02/kenali-jenis-jenis-keladi-hiasan-dan.html?m=1
  2. ^ Dr Lim Chin Lam (17 Jun 2013). "I yam not taro". The Star Online. Dicapai pada 25 Januari 2014.
  3. ^ Genetic Resources of Under-Utilised Plants in Malaysia: Proceedings of the National Workshop on Plant Genetic Resources Held in Subang Jaya, Malaysia, 23 November 1988, A. H. Zakri, Malaysian National Committee on Plant Genetic Resources, Jan 1, 1989 - Botany, Economic - 179 pages
  4. ^ Abstract Collection, 21st International Horticultural Congress, August 29th-September 4th, 1982, Hamburg, Federal Republic of Germany, International Society for Horticultural Science - Horticulture
  5. ^ Genetic Resources of Under-Utilised Plants in Malaysia: Proceedings of the National Workshop on Plant Genetic Resources Held in Subang Jaya, Malaysia, 23 November 1988, A. H. Zakri, Malaysian National Committee on Plant Genetic Resources, Jan 1, 1989 - Botany, Economic - 179 pages

Pautan luarSunting