Birah tengkorak

spesies kacukan tumbuhan
(Dilencongkan dari Keladi Amazon)

Birah tengkorak atau keladi Amazon ialah spesies kacuk antara Alocasia watsonia dan Alocasia sanderiana,[1][2] yang diberikan nama kacukan Alocasia × mortfontanensis (sin. A. × amazonica). Nama setempatnya masih menggunakan 'birah tengkorak'.

Birah tengkorak
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Genus: Alocasia
Spesies:
A. x mortfontanensis
Nama binomial
Alocasia x mortfontanensis
André[1]
Sinonim[1]
  • Alocasia × amazonica Reark

Keladi hiasan ini menjadi kegemaran pencinta tanaman hiasan kerana bentuknya yang unik serta warna yang terang.

Gambaran sunting

Birah tengkorak mempunyai batang yang tidak nyata, berubi dan berakar selirat. Tangkai daunnya bersambung dengan daun secara sempurna. Daunnya mempunyai urat berwarna hijau muda yang ketara manakala hujung urat daun pula membentuk unjuran menjadikan daunnya kelihatan berlekuk-lekuk. Permukaan daun tersebut mempunyai lapisan seperti lilin.

Tumbuhan ini membiak daripada anak pokok yang tumbuh daripada umbinya. Tumbuhan telah tersebar secara meluas apabila pokoknya banyak ditanam dalam industri seni laman. Pokoknya lambat menghasilkan anak pokok dan lambat membesar.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Alocasia × mortfontanensis André". World Checklist of Selected Plant Families (WCSP). Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 27 Julai 2023.
  2. ^ Alocasia Amazonica. The Exotic Rainforest Plants in the Exotic Rainforest Collection. Dicapai pada 27 Julai 2023.