Caladium bicolor

(Dilencongkan dari Keladi merah)

Keladi hias[1], keladi merah atau angel wings dalam bahasa Inggeris (nama saintifik: Caladium bicolor (Ait.) Vent.) adalah sejenis tumbuhan berubi (rizom) dari keluarga Keladi-keladian.[2] Tumbuhan ini berasal dari benua Amerika Selatan tersebar luas ke barat Afrika dan Asia Tenggara lantaran kesesuaian iklim.

Keladi hias
Starr 071024-9740 Caladium bicolor.jpg
Keladi hias, Caladium bicolor
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
C. bicolor
Nama binomial
Caladium bicolor
(Aiton) Vent.
Sinonim
  • Alocasia rex N.E.Br. [Invalid]
  • Alocasia roezlii N.E.Br.
  • Arum bicolor Aiton
  • Arum pellucidum Fulchir ex Kunth [Invalid]
  • Arum pulchrum Salisb.
  • Arum vermitoxicum Vell.
  • Arum vermitoxicum Vell. ex Kunth
  • Caladium albopunctatissimum Jacob-Makoy ex H.Karst.
  • Caladium amoenum Engl.
  • Caladium appunianum Engl. [Invalid]
  • Caladium argyrospilum Lem.
  • Caladium barraquinii Hérincq
  • Caladium barraquinii Lem.
  • Caladium brongniartii Lem.
  • Caladium chantinii Lem.
  • Caladium concolor K.Koch
  • Caladium connaertii Engl.
  • Caladium curwadlii Engl.
  • Caladium devosianum Lem.
  • Caladium discolor Engl.
  • Caladium duchartrei Engl.
  • Caladium dussii Sieber & Voss
  • Caladium eckhartii Lem. ex Engl.
  • Caladium enkeanum K.Koch
  • Caladium firmulum Schott
  • Caladium gaerdtii K.Koch & Fint.
  • Caladium griseoargenteum Engl.
  • Caladium haageanum K.Koch
  • Caladium haematostigma Kunth
  • Caladium hendersonii Engl.
  • Caladium hortulanum Bridsey
  • Caladium × hortulanum Birdsey
  • Caladium houbyanum Engl.
  • Caladium houlletii Lem.
  • Caladium jacquinii Ten.
  • Caladium ketteleri Engl.
  • Caladium kochii K.Koch
  • Caladium kramerianum Engl.
  • Caladium laucheanum K.Koch
  • Caladium leopoldii Engl.
  • Caladium lindenii Engl. [Invalid]
  • Caladium macrophyllum Lem.
  • Caladium marginatum K.Koch & C.D.Bouché
  • Caladium marmoratum Mathieu ex K.Koch
  • Caladium martersteigianum Engl.
  • Caladium medioradiatum L.Linden & Rodigas
  • Caladium mirabile Lem.
  • Caladium mooreanum Engl.
  • Caladium neumannii Lem.
  • Caladium ottonis Engl. [Invalid]
  • Caladium pallidinervium Engl.
  • Caladium pallidum K.Koch & C.D.Bouché
  • Caladium pellucidum DC.
  • Caladium perrieri Lem.
  • Caladium pictum DC.
  • Caladium poecile Schott
  • Caladium punctatissimum Engl.
  • Caladium purdieanum Schott
  • Caladium pusillum K.Koch
  • Caladium regale Lem.
  • Caladium reichenbachianum Stange ex Engl.
  • Caladium rougieri Verschaff.
  • Caladium rubellum K.Koch & Fint.
  • Caladium rubricaule Lem.
  • Caladium rubrovenium Engl.
  • Caladium sagittifolium Sieber ex Engl.
  • Caladium sieboldii Engl. [Invalid]
  • Caladium sororium Schott
  • Caladium splendens K.Koch & Fint.
  • Caladium spruceanum Schott
  • Caladium stangeanum K.Koch
  • Caladium steudneriifolium Engl.
  • Caladium surinamense Miq.
  • Caladium thelemannii Verschaff.
  • Caladium thripedestum Lem.
  • Caladium vellozoanum Schott
  • Caladium verschaffeltii Lem.
  • Caladium wagneri Engl.
  • Caladium wightii Lem.
  • Cyrtospadix bicolor (Aiton) Britton & P.Wilson

PenanamanSunting

Di Malaysia keladi ini banyak tersebar ke kawasan ladang kelapa sawit dan tepi paya melalui benih pokok yang hanyut dibawa aliran air hujan dan bah. Rizomnya akan tercabut bersama anak pokok dan tersebarkan ke tempat baru. Keladi ini boleh membiak dengan pantas di tempat redup atau panas, dengan sumber air yang mencukupi.

Bentuk dan coraknya yang menarik sangat sesuai ditanam di laman rumah. Saiznya yang sederhana pula memudahkan tanaman ini ditanam di dalam pasu mahupun di atas tanah lapang. Anak pokok baru akan diasingkan terus ke tempat semaian untuk dibiakkan. Untuk kegunaan seni laman hiasan, pokok ini biasanya ditanam sebagai penambah serlah pokok utama. Daunnya juga dapat membantu mengelakkan tanah menjadi kering dan semacamnya.

PeneranganSunting

Keladi hias adalah tumbuhan renek tanah lembap yang hidup di kawasan tanah teduh, subur dan sedikit berasid dengan ketinggian 0.8 m. Batang semu atau tangkai daun keladi ini adalah bergabus, tidak bercabang dan bercantum sempurna dengan daun. Bentuk daunnya pula seperti hulu panah mirip keladi minyak dengan corak berwarna-warni mengikut variasi. Daun ini juga kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin di permukaan daun.

Bunga keladi ini adalah berbentuk centong dengan seludang bunga berwarna kuning cair. Tangkai bunga pula berwarna hijau cerah. Bunga jantan dan bunga betina di dalam seludang akan didebungakan oleh serangga melalui aromanya. Buah keladi hias adalah berwarna merah jingga agak membujur.[3]

GambarSunting

Beberapa variasi atau kelainan spesies keladi hias yang sering ditanam oleh penggemar tanaman hiasan termasuklah:- [4]

 
Keladi hias White Queen
 
Keladi putih; Caladium White
 
Keladi bintik; Caladium Tricolor
 
Keladi bintang merah; Red Star
 
Keladi batik atau keladi wayang; Thai beauty, Pink Symphony

RujukanSunting