Kelambatan pertuturan

Kelambatan pertuturan atau juga dikenali sebagai alalia merujuk kepada masalah kelengahan dalam perkembangan atau penggunaan mekanisme yang menghasilkan pertuturan.[1]

Disebabkan pertuturan dan bahasa merupakan dua peringkat yang berbeza, masalah kelambatan juga begitu. Contohnya, seorang kanak-kanak mungkin mengalami kelambatan pertuturan (seperti tidak berupaya menghasilkan suara pertuturan yang boleh diertikan), tetapi tidak dalam berbahasa. Dalam kes ini, kanak-kanak mungkin akan mencuba untuk menghasilkan jumlah bahasa yang bersesuaian dengan usianya, tetapi bahasa itu mungkin sukar atau mustahil untuk difahami. Sebaliknya, kerana seorang kanak-kanak dengan kelambatan bahasa biasanya belum memiliki kesempatan untuk menghasilkan suara pertuturan, kemungkinan juga ada kelengahan dalam pertuturan.

Tanda dan gejala sunting

Tanda-tanda amaran awal kelambatan pertuturan dikategorikan kepada titik pencapaian berkaitan umur, bermula dari 12 mula dan berterusan sehingga awal remaja.[2][3]

Pada usia 12 bulan, terdapat sebab yang perlu diberi perhatian sekiranya seseorang anak itu tidak dapat melakukan perkara-perkara berikut:

  • Menggunakan gerak isyarat seperti lambaian selamat tinggal dan menunjuk pada suatu objek
  • Berlatih menggunakan beberapa bunyi konsonan yang berbeza
  • Keperluan bersuara atau berkomunikasi

Di antara umur 15 hingga 18 bulan, anak-anak berada dalam risiko yang lebih tinggi bagi kelambatan pertuturan jika menunjukkan tanda-tanda berikut:

  • Tidak mampu berkata "ibu" dan "ayah"
  • Tidak membalas apabila diberitahu "tidak", "helo" dan "selamat tinggal"
  • Tidak mempunyai satu hingga tiga kosa kata pada usia 12 bulan dan sehingga 15 kata pada usia 18 bulan
  • Tidak mampu mengenal pasti bahagian tubuh badan
  • Mengalami kesukaran meniru bunyi dan tindakan
  • Lebih suka menunjukkan gerak isyarat berbanding pengujaran

Tanda-tanda tambahan kelambatan pertuturan selepas berumur 2 tahun dan ke atas sehingga 4 tahu termasuklah:[2][3]

  • Ketidakupayaan menghasilkan perkataan dan frasa secara bersahaja
  • Tidak berupaya mengikuti arahan dan perintah yang ringkas
  • Tidak mampu menyambung dua perkataan
  • Kekurangan bunyi-bunyi konsonan pada permulaan dan penghujung ayat
  • Sukar untuk mengerti anggota-anggota keluarga terdekat
  • Tidak berupaya memaparkan tugas objek-objek rumah tangga yang biasa
  • Tidak mampu membentuk dua hingga tiga ayat perkataan

Rujukan sunting

  1. ^ Dodd, Barbara (2013). Differential Diagnosis and Treatment of Children with Speech Disorder (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 8. ISBN 978-1118713341.
  2. ^ a b Nelsen, Amy. "Delayed Speech or Language Development" (dalam bahasa Inggeris). KidsHealth. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-25. Dicapai pada 12 April 2012.
  3. ^ a b Stewart, Darienne Hosley (13 Februari 2020). "Warning signs of a toddler's language delay" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-25. Dicapai pada 25 April 2021.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting