Kelantan

negeri di Malaysia
(Dilencongkan dari Kelantan Darul Naim)

Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم); atau nama pendeknya Kelantan (Melayu Kelantan: Klatè, Dengari/klɑːˈtɛ/) merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Negeri Narathiwat, Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Kelantan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM7,985 pada tahun 2006, iaitu kira-kira sebahagian kecil daripada negeri kaya lain seperti Selangor dan Pulau Pinang.[8] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Kelantan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM13,593 pada 2017.[9]

Kelantan

Klatè
Kelantan Darul Naim
کلنتن دار النّعيم
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiکلنتن
Moto: 
Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan
Lagu: Selamat Sultan
Kelantan in Malaysia.svg
   Kelantan di   Malaysia
Koordinat: 5°15′N 102°0′E / 5.250°N 102.000°E / 5.250; 102.000Koordinat: 5°15′N 102°0′E / 5.250°N 102.000°E / 5.250; 102.000
Ibu negeriKota Bharu
Bandar dirajaKubang Kerian
Kerajaan
 • JenisParlimen Islamik & Raja berperlembagaan
 • Al-SultanMuhammad V
 • Menteri BesarAhmad Yakob (PN-PAS)
Luas
 • Jumlah17,100 km2 (6,600 batu persegi)
Paras tertinggi2,181 m (7,156 ft)
Penduduk
 (2018)[2]
 • Jumlah2,001,000
 • Kepadatan120/km2 (300/batu persegi)
 • Demonim
Oré klaté
sek klaté
 • Bahasa
Indeks Pembangunan Manusia
 • HDI (2019)0.779 (high) (13th)
poskod kebangsaan
15xxx to 18xxx
Nombor panggilan09
Kod ISO 3166MY-03
Pendaftaran kenderaanD
Dibawah Kerajaan Pattani[3]1603
Naungan Siam[3]November 1786
Kesultanan Melayu Kelantan[4]1800
Penjajahan British[4]1909
Jajahan Jepun[4]8 December 1941
Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu[5]1 February 1948
Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu[6]31 August 1957
Membentuk Persekutuan Malaysia[7]16 September 1963
Laman webwww.kelantan.gov.my

Berdasarkan pada Statistik Penduduk Suku ke-4 2019, Kelantan mempunyai seramai 2,000,000 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar iaitu sebanyak 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% daripada penduduk Kelantan beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%. Kelantan merupakan antara negeri yang mempunyai peratus penduduk Melayu yang tinggi selain Terengganu iaitu sebanyak 95% berbanding negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung.

SejarahSunting

Asal usul namaSunting

 
Peta Mao Kun pada abad ke-17 dari Wubei Zhi yang berdasarkan peta abad ke-15 Zheng He yang menunjukkan muara sungai Kelantan (吉蘭丹港)

Terdapat beberapa teori asal usul nama Kelantan. Satu teori mengatakan bahawa perkataan "Kelantan" berasal daripada perkataan gelam hutam yang diubah suai, iaitu perkataan Melayu untuk pokok Gelam (Melaleucaleucadendron). Teori lain mendakwa bahawa nama Kelantan itu berasal daripada perkataan Melayu iaitu "kilatan". Ada juga mengatakan berasal daripada perkataan "kolam tanah"[10]. Kelantan juga dipanggil Kalantan (Bahasa Thai: กลันตัน) oleh orang Siam ketika di bawah pengaruh mereka.

Satu lagi teori yang dikatakan Kelantan asalnya daripada perkataan India iaitu "Kolaan Thana" atau "Kolaam Thana" yang bermaksud "Tanah Kolaan" atau "Tanah Kolaam", istilah kolaan atau kolaam merujuk kepada lukisan lantai atau gambar rajah dalam banyak kuil Hindu yang menghiasi tanah pada zaman dahulu. Teori ini mengatakan bahawa Kolaan Thana atau Kolaam Thana secara beransur-ansur menjadi Kelantan sesuai dengan pertuturan penduduk tempatan.

Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.[11]

Sejarah awalSunting

Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi penemuan arkeologi menunjukkan bukti Kelantan sebagai petempatan manusia di zaman prasejarah.[12][13] Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya, Majapahit dan Siam.[14][15] Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.

Kesultanan Melayu KelantanSunting

Pada 1499, Kelantan telah menjadi negeri bawahan Kesultanan Melaka.[16] Legenda Cik Siti Wan Kembang dikatakan telah memerintah Kelantan dari abad ke-16 hingga ke-17. Dengan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walau bagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.

Pada 1800, Sultan Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang mempunyai penduduk terbanyak serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan juga pertikaian,seperti yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.

 
Beribu-ribu orang berbondong-bondong ke jalan raya Kota Bharu untuk menyaksikan Perarakan Burung Petala pada tahun 1933.

Setelah kematian Long Muhammad yang tidak mempunyai anak mencetuskan satu lagi perang saudara di kalangan penuntut takhta. Anak saudaranya dan anak kepada Long Tan (Temengggong), Long Senik Mulut Merah, berjaya mengatasi bapa saudaranya dan sepupunya dan menaiki takhta pada tahun 1835 sebagai Sultan Muhammad II.

Sultan Muhammad II memanfaatkan pakatan longgarnya dengan Siam untuk membentuk negeri Kelantan moden, berpusat di kubu barunya di tebing timur sungai Kelantan, yang menjadi Kota Bharu pada tahun 1844.

Penjajahan BritishSunting

Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada British, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.

Kedatangan tentera JepunSunting

Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.

PersekutuanSunting

Kelantan menjadi sebahagian dari Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

KerajaanSunting

Sultan Negeri Kelantan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Menteri Besar Kelantan sekarang ialah Datuk Ahmad Yakob yang juga merupakan Timbalan Mursyidul Am kepada parti yang memerintah negeri Kelantan, Parti Islam Se-Malaysia(PAS).

GeografiSunting

Kelantan Darul Naim terdiri daripada 11 jajahan iaitu :[17]

  • Jajahan Kota Bharu (کوتا بهارو atau كوتا بارو atau كوتبهارو)
    • Daerah Badang
    • Daerah Beta
    • Daerah Banggu
    • Daerah Kadok
    • Daerah Kemumin
    • Daerah Kota
    • Daerah Kubang Kerian
    • Daerah Ketereh
    • Daerah Limbat
    • Daerah Panji
    • Daerah Pendek
    • Daerah Peringat
    • Daerah Salor
    • Daerah Sering
    • Daerah Pusat Bandar Kota Bharu
  • Jajahan Pasir Mas (ڤاسير مس)
    • Daerah Rantau Panjang
    • Daerah Kangkong
    • Daerah Pasir Mas
    • Daerah Gual Periok
    • Daerah Chetok
    • Daerah Alor Pasir
    • Daerah Lemal
    • Daerah Bunut Susu
    • Daerah Kubang Sepat
    • Daerah Kubang Gadong
  • Jajahan Pasir Puteh (ڤاسير ڤوتيه)
    • Daerah Bukit Jawa
    • Daerah Padang Pak Amat
    • Daerah Limbongan
    • Daerah Jeram
    • Daerah Bukit Awang
    • Daerah Bukit Abal
    • Daerah Gong Datok
    • Daerah Semerak
  • Jajahan Bachok (باچوق)
    • Daerah Mahligai
    • Daerah Telong
    • Daerah Gunong
    • Daerah Melawi
    • Daerah Tanjung Pauh
    • Daerah Tawang
    • Daerah Bekelam
  • Jajahan Kuala Krai (کوالا کراي)
    • Daerah Mengkebang
    • Daerah Dabong
    • Daerah Olak Jeram
  • Jajahan Machang (ماچڠ)
    • Daerah Labok
    • Daerah Ulu Sat
    • Daerah Temangan
    • Daerah Pangkal Meleret
    • Daerah Pulai Chondong
    • Daerah Panyit
  • Jajahan Jeli (جلي)
    • Daerah Jeli
    • Daerah Batu Melintang
    • Daerah Kuala Balah

Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

IklimSunting

Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Biasanya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Suhu setiap hari dianggarkan lebih kurang 28 °C.

Demografi pendudukSunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1980893,753—    
19911,207,684+35.1%
20001,313,014+8.7%
20101,539,601+17.3%
20191,885,700+22.5%
Source:[18]

Bilangan penduduk Kelantan.[19]

Kedudukan Jajahan Bilangan penduduk (2010)
1   Kota Bharu 491,237
2   Pasir Mas 189,292
3   Tumpat 153,976
4   Bachok 133,152
5   Tanah Merah 121,319
6   Pasir Puteh 117,383
7   Kuala Krai 109,461
8   Machang 93,087
9   Gua Musang 90,057
10   Jeli 40,637

Ekonomi dan budayaSunting

BudayaSunting

Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah didominasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala (Jala), Narathiwat (Menara), Patani dan Songkhla (Senggora).

Di bawah perjanjian British-Siam pada tahun 1948, demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.

Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu. Kebudayaan Kelantan yang unik, Mak Yong diiktiraf oleh UNESCO. Bentuk teater purba ini dicipta oleh masyarakat Melayu Malaysia menggabungkan lakonan, muzik vokal dan instrumental, gerak isyarat dan pakaian rumit. Khususnya kepada kampung-kampung Kelantan di barat laut Malaysia, di mana tradisi itu berasal, Mak Yong dilakukan terutamanya sebagai hiburan atau untuk tujuan ritual yang berkaitan dengan amalan penyembuhan.[20][21]

Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu. Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri Kelantan. Kini, masyarakat semakin mengenali dan mengetahui khasiat budu. Di samping itu, nasi kerabu juga popular di negeri Kelantan. Hanya masyarakat Kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap. Terdapat pelbagai makanan lain yang enak di negeri Kelantan antaranya nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi kapit, nasi air, laksam, kuih akok, kuih talam, ayam percik dan ketupat sotong.[22][23]

BahasaSunting

Penduduk di Kelantan kebanyakannya menggunakan bahasa Melayu Kelantan. Bahasa ini merupakan loghat daripada bahasa Melayu piawai. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu Terengganu tetapi digunakan sehingga di Pulau Perhentian dan bahagian utara daerah Besut Terengganu.

Tarikan utamaSunting

  • Pasar Besar Siti Khadijah - Nama ini berasal dari Khadija binti Khuwaylid, isteri Nabi Muhammad yang merupakan ahli perniagaan pada masa itu.[24]
  • Taman Negara - Terletak di Wilayah Gua Musang, Kelantan, berhampiran sempadan Pahang dan Terengganu. Ia terletak di dalam hutan rizab Bukit Hantu dan Lebir.[25]
  • Wat Machimmaram Sitting Buddha - Salah satu sitting buddha yang terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Kampung Jubakar Darat,Tumpat
  • Wat Photivihan Sleeping Buddha atau Kuil Photivihan - Kuil ini adalah salah satu daripada 25 kuil yang terdapat di Tumpat, dan merupakan salah satu yang paling popular di negara ini.[26]
  • Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra - Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.[27]
  • Pantai Irama Bachok - Terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.[28]
  • Gunung Stong - Gunung Stong setinggi 1,433 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara.[29]
  • Masjid Muhammadi - Salah satu lambang kemegahan di dalam bandar ini yang mempunyai ciri-ciri gerbang yang anggun dan warna keemasan. Nama Masjid Al- Muhammadi sebagai satu penghormatan Almarhum Sultan Muhammad ke IV di atas sumbangan dan jasa terhadap negeri ini.[30]
  • Masjid Al-Ismaili - Masjid yang terletak di Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru. Masjid Al-Ismaili merupakan cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan ianya merupakan hadiah abadi daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V kepada Ayahanda baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra [31]
  • Pantai Bisikan Bayu - Juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, angin lembut di pantai menghasilkan bunyi yang tenang, kata penduduk setempat, berbunyi seperti bisikan yang menenangkan.[32]
  • Kraftangan Desa dan Muzium Kraftangan - Juga dikenali sebagai "Balai Getam Guri", ia menempatkan banyak contoh halus ketukangan Kelantan seperti sulaman tradisional, tenunan songket, percetakan batik, kerja perak dan ukiran kayu.[33]
  • Pantai Cahaya Bulan - Merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.[34]
  • Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah - masjid ini terletak di Mukim Pulau Gajah, Pengkalan Chepa. Menariknya, masjid ini mempunyai Kombinasi hiasan dan binaan masjid yang dipertontonkan dibawa khas dari pelbagai negara. Antaranya, pintu utama masjid ini diimport dari Yaman, dua tiang yang berwarna hijau di mimbar masjid pula dari Maghribi, set geduk dari Indonesia, lampu gantung dari India dan paip yang unik untuk berwuduk pula diimport dari Turki.[35]

Penduduk terkenalSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011. Dicapai pada 24 January 2011.
  2. ^ "Population by States and Ethnic Group". Department of Information, Ministry of Communications and Multimedia, Malaysia. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2016. Dicapai pada 12 February 2015.
  3. ^ a b http://studentsrepo.um.edu.my/835/5/BAB_2.pdf
  4. ^ a b c Ismail, Hafawati (2015). Kuih Dan Manisan Kelantan: Langkah Demi Langkah. ISBN 9789678605694.
  5. ^ "Federation of Malaya is inaugurated – Singapore History". eresources.nlb.gov.sg.
  6. ^ "Official Portal of Malaysia National Archives". Arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2018. Dicapai pada 2018-08-18.
  7. ^ "Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia". www.arkib.gov.my.
  8. ^ http://umkeprints.umk.edu.my/209/1/Paper%202.pdf
  9. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=d21BMHFxZFBIcFlCNExIYUQ1cE92Zz09
  10. ^ http://www.penerangan.gov.my/dmdocuments/malaysia_2017/files/basic-html/page84.html
  11. ^ http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=70639
  12. ^ https://books.google.com.my/books?id=fiTzg88b0X4C&pg=PA21&lpg=PA21&dq=penemuan+penempatan+awal+di+kelantan&source=bl&ots=YcpMGrT2a1&sig=BdVPKJdusnQQ8OWPQsdl5o3_SXQ&hl=ms&sa=X&ved=2ahUKEwjxh_b27-3cAhWOfH0KHVusB0o4ChDoATAAegQIABAB#v=onepage&q=penemuan%20penempatan%20awal%20di%20kelantan&f=false
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-14. Dicapai pada 2018-08-15.
  14. ^ https://books.google.com.my/books?id=4ZBvBgAAQBAJ&pg=PT46&lpg=PT46&dq=Early+Kelantan+had+links+to+the+Funan+Kingdom,+the+Khmer+Empire,+Sri+Vijaya,+Majapahit+and+Siam&source=bl&ots=HqoWjr44eU&sig=_5o9oCbexBtD0Ikk6JWZjf2xrMw&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiCwfvZ--3cAhWPWX0KHRmCB8IQ6AEwBHoECAYQAQ#v=onepage&q=Early%20Kelantan%20had%20links%20to%20the%20Funan%20Kingdom%2C%20the%20Khmer%20Empire%2C%20Sri%20Vijaya%2C%20Majapahit%20and%20Siam&f=false
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-15. Dicapai pada 2018-08-15.
  16. ^ https://ir.unimas.my/19842/1/Seni%20ukir%20keris%20di%20negeri%20Kelantan%20(24%20pages).pdf
  17. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-10. Dicapai pada 2016-03-10.
  18. ^ Kelantan population
  19. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 January 2013. Dicapai pada 2012-06-17.CS1 maint: archived copy as title (link)
  20. ^ https://ich.unesco.org/en/RL/mak-yong-theatre-00167
  21. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dondang-sayang-terima-pengiktirafan-unesco-192690
  22. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20111017/281745561151202
  23. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-15. Dicapai pada 2018-08-15.
  24. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2018-08-18.
  25. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2018-08-18.
  26. ^ https://www.thestar.com.my/metro/focus/2017/08/28/this-is-the-default-headline/
  27. ^ Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.
  28. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2018-08-18.
  29. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20120421/pl_01/Jambatan-gantung-di-Gunung-Stong-menjadi-daya-tarikan Diarkibkan 2018-08-18 di Wayback Machine.
  30. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2018-08-18.
  31. ^ http://bm.therakyatpost.com/rakyat-gallery/pemandangan-senja-masjid-al-ismaili/[pautan mati kekal]
  32. ^ http://www.tourism.gov.my/en/my/web-page/places/states-of-malaysia/kelantan/pantai-bisikan-bayu-beach-of-whispering-breeze
  33. ^ http://www.tourism.gov.my/en/my/web-page/places/states-of-malaysia/kelantan/handicraft-village-and-craft-museum
  34. ^ https://soscili.my/4-nama-tempat-kat-malaysia-yang-ditukar-nama-dan-kenapa/
  35. ^ https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/10/481917/masjid-ar-rahman-sulam-keunikan-seni-bina-melayu-islam

Pautan luarSunting