Buka menu utama

Kelas Kasturi mengandungi dua buah korvet iaitu KD Kasturi (25) dan KD Lekir (26). Kelas ini direka berdasarkan reka bentuk FS 1500 dan mempunyai persamaan dengan kelas Almirante Padilla Tentera Laut Colombia. Kadangkala, berlaku kekeliruan dalam merujuk penarafan kapal-kapal ini di mana ia kerap dianggap sebagai frigat. Tambahan pula nombor pennant dua angka yang biasanya melambangkan frigat digunakan oleh TLDM. Pihak Tentera Laut Colombia sendiri menaraf kapal- kapal kelas Almirante Padilla sebagai frigat. Walaupun begitu, TLDM hanya menggunakan reka bentuk korvet sahaja dan beroperasi di bawah Skuadron korvet ke-22.

KD Lekir during passing exercise 2011 1801x1165.jpg
Korvet Kelas Kasturi bersama kapal penjelajah tentera laut Amerika
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:Howaldtswerke-Deutsche Werft
Ditauliah pada:15 Ogos 1984
Jumlah disiapkan:2
Ciri-ciri umum
Sesaran: list error: <br /> list (help)
1,500 tan standard
1,850 tan muatan penuh
Panjang: 98 m (321 ka 6 in)
Lunas: 11.3 m (37 ka 1 in)
Draft: 3.5 m (11 ka 6 in)
Jana kuasa: list error: <br /> list (help)
4 × MTU 20V 1163 TB92 diesel
21,460 hp
2 aci
Halaju: 28 knot (52 km/h)
Anak kapal: 124
Sistem penderia dan
pemprosesan:
list error: <br /> list (help)
Radar pencari laut/ udara Thales Nederland DA-08
Radar navigasi Thales Defence yang beroperasi pada Band-I
TACTICOS CMS
Sonar ASW yang dipasang pada badan kapal,Atlas Elektronik DSQS-21
Radar kawalan tembakan Signaal WM-22
Peperangan elektronik
& pengumpan:
list error: <br /> list (help)
ESM dengan pemintas RAPIDS
Penyesak isyarat Scimitar
2 × pelancar pengumpan Matra Dagaie
Persenjataan: 1 × meriam Bofors 57 mm/70 DP
*2 × meriam berkembar anti udara 30mm buatan MSI-Defence System
*Pertahanan udara MANPAD
*2 × 4 MBDA Exocet MM40-Blok 2
*2 × torpedo berkembar tiga Eurotorp B515 with A244-S ASW
Kemudahan penerbangan: Pelantar mendarat di buritan untuk helikopter ringan (Westland Super Lynx 300 atau Eurocopter Fennec)

Tugasan ArmadaSunting

Kasturi dan Lekir telah ditauliahkan pada tahun Ogos 1984 dan kini berkhidmat dalam Skuadron Korvet ke-22. Walaupun hanya korvet, kapal-kapal ini sebenarnya lebih besar dari KD Rahmat, satu lagi frigat TLDM ketika itu (KD Rahmat, frigat, mempunyai nombor pennant 24), satu lagi sebab kedua kapal ini sering dirujuk sebagai frigat. Selama hampir 20 tahun, Kasturi dan Lekir merupakan kapal termoden dan paling berupaya dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ketika pertikaian Spratly, kapal-kapal ini terlibat secara aktif dalam rondaan-rondaan dan pengawasan, terutama pemantauan aktiviti kapal selam.

Exocet MM40Sunting

Kedua korvet ini telahpun ditingkat upaya dengan menggantikan peluru berpandu Exocet MM38 kepada versi MM40 block II dengan jangkauan yang lebih jauh. Sebelumnya Kasturi dan Lekir hanya membawa 4 buah peluru berpandu MM38. Kini setelah modifikasi dilakukan, bukan sahaja jarak jangkauan bertambah, bilangan peluru berpandu Exocet juga ditambah kepada 8. Peluru berpandu MM40 Exocet block II menggunakan panduan inersia pada fasa mula seterusnya menggunakan kuncian tuju radar difasa tamatan. Peluru berpandu ini mempunyai kelajuan hampir Mach 1 dan boleh menjangkau sasaran sehingga 70km, seterusnya memusnahkan sasaran tersebut dengan kepala peletupnya seberat 165kg.

Pembaharuan berterusanSunting

 
Mortar Limbo anti kapal selam akan digantikan dengan sistem pelancar torpedo

Kapal-kapal kelas Kasturi juga dijadualkan melalui program pemanjangan hayat perkhidmatan atau SLEP (bahasa Inggeris: Service Life Extension Program), bagi membolehkan kedua-duanya meneruskan khidmat sehingga tahun-tahun mendatang. Dalam program ini, Kasturi dan Lekir menerima sistem pengurusan tempur TACTICOS CMS yang baru. Serentak dengan itu Kasturi dan Lekir menerima radar penjejak permukaan DA08 dan kawalan tembakan Mirador-IR dari Thales. Kapal-kapal ini direka untuk tugas-tugas anti kapal selam dari awal, justeru langkah TLDM meningkat upaya sonar dan senjata torpedo bertepatan dengan fungsinya. Sonar DSQS-21C yang baru berupaya mengesan sasaran dengan mengambil kira perubahan air laut seperti kelikatan, darjah kemasinan, suhu dan kedalaman dasar yang biasanya merumitkan operasi. Kasturi dan Lekir juga menerima dua pelancar torpedo ganda tiga B515 seperti yang terdapat pada kapal-kapal kelas Lekiu.Untuk pertahanan udara pula meriam berkembar Emerlec Mk.74 digantikan dengan meriam 30mm buatan MSI-Defence System. Untuk perluru berpandu pertahanan udara pula MANPAD adalah pilihan.[1]

GaleriSunting

Pautan luarSunting

  1. ^ ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm