Kelayakan Piala Asia 2023 – Pusingan Play-off

Kelayakan Piala Asia 2023 untuk Pusingan Play-off akan dimainkan pada 7 September dan 12 Oktober 2021.[1] Pada asalnya dijadualkan pada 3-8 September, 13 Oktober dan 17 November 2020, tetapi AFC mengubah tarikhnya kerana pandemik COVID-19 di Asia.[2][3]

Format sunting

Sebanyak empat pasukan (empat pasukan tempat kelima terendah di kelayakan Piala Asia pusingan kedua) akan bertanding di pusingan play-off. Kedua-dua pemenang play-off akan bergabung dengan 22 pasukan yang mara terus dari kelayakan Piala Asia pusingan kedua ke pusingan ketiga, untuk bersaing untuk 11 slot terakhir di Piala Asia 2023.

Pusingan play-off pada mulanya sepatutnya terdiri daripada 12 pasukan yang bermain selama 2 pusingan. Berikutan Qatar dan China yang telah layak ke kejohanan akhir, jumlahnya dikurangkan menjadi 4 daripada 12.[4] Pasukan play-off yang kalah akan menyertai enam pasukan yang tewas dalam kelayakan Piala Asia pusingan pertama. Mereka akan bertanding dalam Piala Solidariti AFC 2020, yang mana telah dibatalkan.[5]

Pasukan layak sunting

Kumpulan
(Pusingan Ke-2)
Tempat Kelima (4 terbawah)
A   Guam
B   Taipei Cina
C   Kemboja
D
E
F
G   Indonesia
H

Cabutan sunting

Cabutan untuk pusingan play-off akan diadakan pada 24 Jun 2021, 15:00 MYT (UTC+8), di Rumah AFC di Kuala Lumpur, Malaysia.[4][6] Keempat pasukan (Kemboja, Taipei Cina, Guam, dan Indonesia) ditempatkan dalam dua pasangan. Pasukan cabutan pertama dalam setiap pasangan menjadi tuan rumah perlawanan pertama, dan pasukan cabutan kedua dalam setiap pasangan menjadi tuan rumah perlawanan kedua.[7]

Perlawanan sunting

Setiap pasangan bermain tempat sendiri dan tempat lawan secara timbal balik. peraturan gol tempat lawan, masa tambahan (gol tempat lawan tidak berlaku pada masa tambahan) dan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu (Peraturan Artikel 8.4).[8]

Perlawanan pertama akan dimainkan pada 9 Oktober, dan perlawanan kedua akan dimainkan pada 12 Oktober 2021.[1] Oleh kerana pandemik COVID-19, venue untuk perlawanan ini akan diadakan di tempat netral, dengan Bahrain dan Thailand menjadi tuan rumah acara ini.[9][10]


Pasukan #1 Agg. Pasukan #2 Tempat sendiri Tempat lawan
Guam   1–3   Kemboja 0–1 1–2
Indonesia   5–1   Taipei Cina 2–1 3–0
Guam  0–1  Kemboja
Laporan Chan Vathanaka   26'
Kehadiran: 0
Pengadil: Hussein Abo Yehia (Lubnan)
Kemboja  2–1  Guam
Laporan

Kemboja menang 3–1 menerusi agregat.


Indonesia  2–1  Taipei Cina
Laporan Hsu Heng-pin   90'
Kehadiran: 0
Pengadil: Payam Heydari (Iran)
Taipei Cina  0–3  Indonesia
Laporan
Kehadiran: 0
Pengadil: Mohammad Arafah (Jordan)

Indonesia menang 5–1 menerusi agregat.

Penjaring gol sunting

Terdapat 10 gol telah dijaringkan dalam 4 perlawanan, dengan purata 2.5 gol setiap perlawanan.

1 gol

Rujukan sunting

  1. ^ a b "AFC Competitions Calendar 2021" (PDF). AFC. 24 February 2021.
  2. ^ "AFC Competitions Calendar 2020". Asian Football Confederation. 25 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-12-06. Dicapai pada 2021-06-17.
  3. ^ "Update on upcoming FIFA World Cup qualifiers in Asia". AFC. 12 August 2020. In light of the current COVID-19 situation in many countries, FIFA and the Asian Football Confederation (AFC) have jointly decided that the upcoming qualifying matches for the FIFA World Cup Qatar 2022 and AFC Asian Cup China 2023, originally scheduled to take place during the international match windows in October and November 2020, will be rescheduled to 2021.
  4. ^ a b "Line-up for AFC Asian Cup China 2023 Qualifiers Final Round unveiled". AFC. 16 June 2021.
  5. ^ "AFC Executive Committee announces updates to 2020 competitions calendar". AFC. 10 September 2020.
  6. ^ "AFC Women's Asian Cup India 2022 and AFC Asian Cup China 2023 hopefuls to discover opponents in Qualifiers' Draws". AFC. Dicapai pada 23 June 2021.
  7. ^ "Guam to face Cambodia in playoffs, Indonesia drawn against Chinese Taipei". AFC. Dicapai pada 24 June 2021.
  8. ^ "8. Qualifiers". Competition Regulations AFC Asian Cup China 2023. AFC. 10 September 2020. m/s. 25.
  9. ^ Rodriguez, Jose (6 August 2021). "Bahrain to host Cambodia vs Guam Asian Cup play-offs". Khmer Times.
  10. ^ Adiyaksa, Muhammad (29 September 2021). "Resmi! AFC Setuju, 2 Laga Timnas Indonesia Vs Chinese Taipei pada Play-off Kualifikasi Piala Asia 2023 Digelar di Buriram". Bola.com (dalam bahasa Indonesia).

Pautan luar sunting