Buka menu utama

Sebanyak 107 pasukan memasuki pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 1978, yang bermula dengan cabutan kelayakan awal pada 20 November 1975 di Bandar Guatemala, bersaing untuk sejumlah 16 tempat di dalam kejohanan akhir. Argentina, sebagai tuan rumah, dan Jerman Barat, sebagai juara bertahan, layak secara automatik, meninggalkan 14 tempat-tempat terbuka untuk pertandingan.

Kelayakan Piala Dunia FIFA 1978
Perincian kejohanan
Pasukan107 (dari 6 konfederasi)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan252
Jaringan gol723 (2.87 per perlawanan)
1974
1982

16 tempat disediakan di Piala Dunia 1978 akan diagihkan kepada zon Eropah seperti berikut:

  • Eropah (UEFA): 9 atau 10 tempat, 1 tempat daripada itu yang layak secara automatik adalah Jerman Barat, manakala 9 tempat-tempat lagi dipertandingkan oleh 31 pasukan. Pasukan kesembilan yang menang akan mara ke play-off antara benua (menentang pasukan dari CONMEBOL).
  • Amerika Selatan (CONMEBOL): 3 atau 4 tempat, 1 tempat daripada itu yang layak secara automatik adalah Argentina, manakala 3 lagi tempat yang lain dipertandingkan sebanyak 9 pasukan. Pasukan ketiga yang menang akan mara ke play-off antara benua (menentang pasukan dari UEFA).
  • Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF): 1 tempat, ditandingi oleh 17 pasukan.
  • Afrika (CAF): 1 tempat, ditandingi oleh 26 pasukan.
  • Asia (AFC) dan Oceania (OFC): 1 tempat, ditandingi oleh 22 pasukan.

Sebanyak 95 pasukan bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan kelayakan. Seramai 252 perlawanan kelayakan dimainkan, dan 723 gol dijaringkan (purata 2.87 satu perlawanan).

Zon BenuaSunting

Untuk melihat tarikh dan keputusan pusingan kelayakan bagi setiap zon Eropah, klik pada artikel berikut:

Kumpulan 1 - Poland layak.
Kumpulan 2 - Itali layak.
Kumpulan 3 - Austria layak.
Kumpulan 4 - Belanda layak.
Kumpulan 5 - Perancis layak.
Kumpulan 6 - Sweden layak.
Kumpulan 7 - Scotland layak.
Kumpulan 8 - Sepanyol layak.
Kumpulan 9 - Hungary mara ke Play-off Antara Benua UEFA / CONMEBOL.
Brazil dan Peru layak.
Bolivia mara ke Play-off Antara Benua UEFA / CONMEBOL.
Mexico layak.
Tunisia layak.
Iran layak.

Play-off Antara BenuaSunting

Pasukan yang akan bermain menentang satu sama lain di tempat sendiri dan tempat lawan. Pemenang akan layak.

29 Oktober 1977
Hungary   6 – 0   Bolivia
Tibor Nyilasi   12'
András Törőcsik   19'
Sándor Zombori   22'
Varadi   27'
Pinter   39'
Nagy   81'
Budapest, Hungary
Pengadil: Barreto Ruiz (Uruguay)

30 November 1977
Bolivia   2 – 3
(2 – 9 agg.)
  Hungary
Aragonés   45' (pen.)90' Tórócsik   36'
Halasz   43'
Del Llano   84' (g.s.)
La Paz, Bolivia
Pengadil: Corver (Belanda)

Hungary layak.

Pasukan layakSunting

 
Status kelayakan Akhir
  •      Negara layak ke Piala Dunia
  •      Negara tidak layak ke Piala Dunia
  •      Negara tidak menyertai Piala Dunia
  •      Negara bukan ahli FIFA
  • Berikut 16 pasukan layak ke Piala Dunia FIFA 1978:

    Pasukan Kemunculan Catatan Kemunculan Terakhir
      Argentina (tuan rumah) 7 kali 2 1974
      Austria 4 kali 1 1958
      Brazil 11 kali 11 1974
      Perancis 7 kali 1 1966
      Hungary 7 kali 1 1966
      Iran 1 kali 1
      Itali 9 kali 5 1974
      Mexico 8 kali 1 1970
      Belanda 4 kali 2 1974
      Peru 3 kali 1 1970
      Poland 3 kali 2 1974
      Scotland 4 kali 2 1974
      Sepanyol 5 kali 1 1966
      Sweden 7 kali 3 1974
      Tunisia 1 kali 1
      Jerman Barat (Juara bertahan) 9 kali 7 1974

    NotaSunting

    • Buat kali pertama, lebih 100 pasukan memasuki kelayakan untuk Piala Dunia.
    • Secara statistik, ini adalah Piala Dunia paling sukar untuk melayakkan diri. Tidak mengira kedua-dua tempat automatik dan pasukan yang menarik diri sebelum bermain, 95 pasukan bertanding untuk 14 tempat (14.7%). Bilangan tempat telah meningkat kepada 24 untuk Piala Dunia akan datang.

    RujukanSunting

    Pautan luarSunting