Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 (Play-off antara konfederasi)

Bagi Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 Play-off antara konfederasi[nota 1], akan ada dua pertembungan perlawanan yang dijadualkan untuk menentukan dua lagi tempat terakhir untuk layak ke Piala Dunia FIFA 2022. Perlawanan akan dimainkan pada 13–14 Jun 2022 di Qatar.[1][2]

Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 (Play-off antara konfederasi)
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Qatar
BandarAl Rayyan
Tarikh13–14 Jun 2022
Pasukan(dari 4 konfederasi)
Tempat(di 1 bandar)
2018
2026

Format sunting

Cabutan untuk play-off antara konfederasi telah diadakan pada 26 November 2021, 17:00 CET, di Zürich, Switzerland.[1]

Empat pasukan dari empat Konfederasi (AFC, CONCACAF, CONMEBOL dan OFC) akan ditarik ke dalam dua pertemuan.

Pada asalnya, kedua-dua pasukan dalam setiap perlawanan pertemuan akan bermain di tempat sendiri-dan-tempat lawan secara timbal balas. Bagaimanapun, perlawanan itu kini akan menjadi satu perlawanan kalah mati tunggal di Qatar.[1][2]

Play-off ini akan menjadi perlawanan timbal balik terakhir yang memutuskan baki dua slot ke Piala Dunia untuk kejohanan 32 pasukan. Bermula dengan kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2026, yang diperluaskan kepada 48 pasukan, kejohanan playoff melibatkan enam pasukan akan diadakan untuk menentukan dua tempat terakhir.[3]

Pasukan layak sunting

Konfederasi Penempatan Pasukan
AFC Pemenang Pusingan Keempat (Play-off tempat ke-5)   Australia
CONCACAF Tempat ke-4 Pusingan Ketiga   Costa Rica
CONMEBOL Tempat ke-5   Peru
OFC Pemenang kejohanan kelayakan   New Zealand

Perlawanan sunting

Buat pertama kalinya, FIFA memutuskan untuk mengadakan satu perlawanan tunggal di negara tuan rumah Piala Dunia, Qatar. Mereka dijadualkan pada 13–14 Jun 2022 di Stadium Ahmad bin Ali di Al Rayyan.[4] Mereka pada asalnya dijadualkan pada Mac tahun itu, tetapi telah dipindahkan kerana perubahan dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.[2][5]

AFC v CONMEBOL sunting

Pasukan 1  Jaringan  Pasukan 2
Australia   0–0 (s.m.t.) (5–4 pen.)   Peru

CONCACAF v OFC sunting

Pasukan 1  Jaringan  Pasukan 2
Costa Rica   1–0   New Zealand
Costa Rica  1–0  New Zealand
Laporan

Nota sunting

  1. ^ Notasi di laman web rasmi FIFA ialah "FIFA World Cup Qatar 2022 intercontinental play-offs".

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Draw date set for new-look FIFA World Cup Qatar 2022 intercontinental play-offs". FIFA. 19 November 2021.
  2. ^ a b c Allen, William (26 November 2021). "2022 World Cup inter-confederation play-off draw: fixtures and format". as.com. Dicapai pada 30 November 2021.
  3. ^ "Bureau of the Council recommends slot allocation for the 2026 FIFA World Cup". FIFA. 30 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Last two FIFA World Cup 2022™ berths to be decided at Qatar's Ahmad Bin Ali Stadium". FIFA. 4 May 2022. Dicapai pada 15 May 2022.
  5. ^ "FIFA Council unanimously approves COVID-19 Relief Plan". FIFA. 25 June 2020. Dicapai pada 25 June 2020.

Pautan luar sunting