Anai-anai

(Dilencongkan dari Kelekatu)

Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.

Anai-anai
Julat zaman: Trias Akhir - Kini
Anai-anai Coptotermes formosanus askar (kepala merah) dan pekerja (kepala pucat).
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Infrakelas:
Superorder:
Order:
Isoptera
Famili

Mastotermitidae
Kalotermitidae
Termopsidae
Hodotermitidae
Rhinotermitidae
Serritermitidae
Termitidae

Di Malaysia, ada tiga famili anai-anai yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.

Organisasi sosial sunting

Kitaran hidup anai-anai adalah kompleks kerana ia hidup dalam kasta. Bermula dengan raja dan permaisurinya yang menghasilkan beribu-ribu telur dan menetaskannya. Ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askar atau kadang-kala menjadi kelekatu (anai-anai bersayap).

Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru.

Anai-anai pekerja biasanya tidak bersayap, mandul dan buta. Anai-anai askar juga tidak bersayap dan mandul tetapi mempunyai kepala dengan mandibel (bahagian mulut serangga) yang kuat untuk menggigit bagi mempertahankan koloni.

Selain itu, anai-anai peringkat rendah terpaksa bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria untuk menghadamkan kayu yang dimakan. Manakala anai-anai peringkat tinggi seperti anai-anai busut menggunakan kultur kulat untuk penghadaman dan pada masa tertentu cendawan busut akan keluar dari sarang anai-anai ini.

Kebanyakan anai-anai makan secara trofalaksis iaitu askar akan memberi pekerja makan, sama ada dari mulut ke mulut atau anus (dubur) ke mulut.

Galeri sunting

Kelkatu;anai-anai bersayap dikenali sebagai keladu dalam Bahasa Melayu Pattani.Masyarakat Melayu Pattani yang tinggal di persekitaran Utara Perak;Sungai Kurau dan Gerik memanggil serangga terbang ini dengan panggilan kladu.

Rujukan sunting