Kelenjar peluh merupakan kelenjar kecil yang amat penting. Bilangan kelenjar ini banyak didapati di bahagian tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak (aksila). Kelenjar ini terbina daripada tiub yang berlingkar dan ia dibekalkan dengan banyak salur darah. Dari kelenjar ini, salurnya akan naik ke atas dan menembusi lubang-lubang seni pada permukaan kulit yang dikenali sebagai liang peluh / liang roma. Berdasarkan struktur dan kedudukannya, kelenjar peluh bolah dibahagikan kepada dua jenis utama:

  1. Kelenjar peluh ekrin (merokrin)
  2. Kelenjar peluh apokrin

Kelenjar peluh ekrin (merokrin) sunting

Kelenjar peluh ekrin ini sering diketemui. Kelenjar ini ialah kelenjar tubul bergelung ringkas yang terletak di subkutaneus dan duktus ekskretorinya membuka ke ruang epedermis. Kelenjar ini tersebar di seluruh kulit, terutama nyadi tapak tangan dan tapak kaki.

Kelenjar peluh ekrin berfungsi sepanjang hidup dan sentiasa menghasilkan rembesan yang lebih berair berbanding dengan rembesan kelenjar apokrin.

Kelenjar peluh apokrin sunting

Kelenjar peluh apokrin ialah kelenjar tubul bercabang ringkas. Kelenjar ini terdapat di bahagian kulit iaitu pada aksila (ketiak), bahagian pubik dan di kawasan berpigmen buah dada (areola).

Bahagian rembesan kelenjar peluh apokrin terletak di dalam dermis atau lapisan subkutaneus (hipodermis) dan duktus ekskretorinya membuka ke folikel rambut. Kelenjar ini mula berfungsi semasa baligh dan menghasilkan rembesan yang tidak berbau. Jika rembesan ini terurai oleh mikrob di permukaan kulit, ia akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

Bahan keluaran sunting

Peluh berasal daripada darah dan ia mengandungi air dan natrium klorida. Air peluh ialah salah satu bahan kumuh yang dikeluarkan oleh tubuh. Ia berfungsi sebagai medium yang menyejukkan tubuh, membantu dalam pengawalan suhu tubuh badan dan mengimbangi air dan letrolit tubuh. Perpeluhan terbahagi kepada dua bahagian:

  • Perpeluhan tidak sedar - Peluh sentiasa dihasilkan, tetapi pada masa rehat, peluh ini akan disejat dengan cepat dan tidak begitu nyata.
  • Perpeluhan nyata - Peluh terhasil dengan berlebih-lebihan atau apabila sejatannya terganggu.